Jun 13 2009

eCover Produk Mampu Meningkatkan Hasil Jualan

Jika anda menjual produk - produk digital, pastikan anda tidak mengabaikan rupa bentuk produk digital anda tersebut.

Sebagai contoh jika anda menjual ebook, maka sudah semestinya anda memerlukan rupa bentuk cover ebook untuk menzahirkan ebook tersebut. Maksudnya dengan adanya rupa bentuk eCover yang bersesuaian, ia dapat meningkatkan keyakinan pengguna untuk membeli produk anda.

Untuk menghasilkan ecover, terdapat 3 cara iaitu:

1. Mengupah designer menghasilkan ecover untuk anda
2. Melakukan ecover sendiri secara manual dari scratch
3. Menggunakan action script ecover

Pilihan pertama
Jika anda mempunyai modal, anda boleh mengupah designer menghasilkan ecover untuk anda. Kebiasaannya mereka (Designer) akan caj sekitar RM30 - RM150 untuk menghasil SATU (1) jenis ecover sahaja!

Bayangkan jika anda mempunyai 10 produk? Berapakah modal yang anda perlukan?

Read More

TAGS:
May 19 2009

Britney Spears boros

britney-spears

BRITNEY yang berbelanja RM3.31 juta sebulan hanya
membelanjakan RM641,442 untuk dua anaknya.

LOS ANGELES: Bintang pop, Britney Spears mungkin seorang jutawan tapi dia sebenarnya tidak bijak menguruskan pendapatannya.

Britney dilapor memperoleh pendapatan lebih RM41.3 juta tahun lalu tetapi dia membelanjakan RM36.4 juta dalam tempoh hanya 11 bulan hingga hujung Disember tahun lalu.

Dia sememangnya terkenal suka berbelanja mewah dan audit yang diserahkan kepada mahkamah Los Angeles mengesahkan dia berbelanja kira-kira RM3.31 juta sebulan.

Penyanyi itu kini kembali menikmati kejayaan dalam kariernya sebagai penyanyi selepas dua tahun berdepan masalah mental hingga menyebabkan dia dirawat di pusat psikiatrik.

Read More

TAGS:
May 6 2009

Usahawan web tolak RM540 juta

mainpix

HIDUP MEWAH…Michael pernah menyewa helikopter untuk
membawa teman wanitanya bersiar-siar di Whitstable, Kent.

LONDON: Seorang ahli perniagaan muda Internet menolak tawaran lebih RM540 juta bagi menjual sebuah firma baru dilancarkan kira-kira 12 minggu lalu bagi membolehkan dia mengembangkan bisnes berkenaan.

Tanpa mahu menyatakan butiran tawaran itu, Andrew Michael berkata, dia terpaksa menolaknya walaupun lumayan kerana dia masih seronok mengendalikan firma berkenaan, dikenali sebagai Livedrive.

Menurut Michael, 29, dia mungkin bersedia menjual Livedrive selepas firma itu dikembangkan lagi.

“Saya baru memulakan Livedrive 12 minggu lalu dan sangat teruja mengendalikannya,” katanya semalam.

Livedrive menawarkan perkhidmatan penyimpanan data tanpa had secara online dengan bayaran kurang daripada RM212 setahun.

Matlamat firma itu adalah menggantikan fungsi komputer peribadi atau bisnes sebagai tempat simpanan pelbagai data.

Melalui Livedrive, pelanggan boleh mengakses data dari sebarang lokasi melalui Internet.

“Ketika ini saya tidak memerlukan wang,” katanya.

Pada Mei 2006, Michael untung RM238 juta apabila syarikat Jerman membeli perisian membangunkan laman web ciptaannya, Fasthosts.

Read More

May 3 2009

Kuasa Forum (dilancarkan) + bonus

Hi. Sudah sudah agak lama saya tidak menulis apa-apa di ruangan blog ini. Di harap anda tak terkena sawang-sawang yang ada di blog ini. Bukan saja rumah yang di tinggalkan bersawang blog yang ditinggalkan pun bersawang jugak. Ok baik lah…

Hari ini saya ingin memberitahu anda tentang sebuah ebook baru yang telah pun dilancarkan iaitu Kuasa Forum. Kuasa Forum membincangkan bagaimana anda boleh melakukan permasaran  iaitu promosi, melakukan Joint Venture (JV) dan juga membina kredibiliti. Untuk penerangan lebih lanjut klik gambar dibawah.

Nanti dulu… Bagi anda yang membeli produk Kuasa Forum melalui blog saya ini saya akan hadiahkan ada sebuah lagi ebook iaitu Panduan Asas Membina Forum.

Ringkasan Panduan Asas Membina Forum ialah Panduan bagaimana membina ruangan komuniti forum anda sendiri & bagaimana mana menjana pendapatan dengan menjual iklan di forum.

*Beri tahu saya sekiranya anda mendapatkan ebook Kuasa Forum dari blog ini di ruangan komen. Saya akan melakukan semakan & akan membuat penghantaran bagi bonus yang dijanjikan.

Terima kasih.

Apr 6 2009

Lobang-lobang kerja.

Hi, tropong sakti dan hikmat tolong tunjukkan kalau ada lobang-lobang kerja… begitulah diantara dialog  yang terdapat dalam cerita Laksamana Do Re Me. Aku pasti korang pun pernah menontonnya dan suka akan cerita tersebut. Nak tengok lagi cerita tu boleh gi kat sini YouTube.

Mengenai lobang-lobang kerja ni saya menjemput rakan-rakan pembaca blog ini untuk mendaftar sebagai agen affiliate bagi 2 produk baru yang saya jual iaitu Panduan Minisite & Sistem Affiliate. Panduan pendaftaranya telah pun saya siapkan di dalam satu manual ebook. [ Download ]

Agak lama juga saya tidak menulis di blog ni disebabkan kelajuan internet yang semakin lembab macam siput dan ganguan yang berlaku pada hosting. Semalam sempat juga menjenguk di Pikom FC Fair di Stadium Indra Mulia, Ipoh. Satu barang je aku beli iaitu FM Modulator untuk mendegar audio dari Majalah IM. Bukan apa sambil-sambil memandu tu boleh la dengar-dengar fail-fail mp3 mengenai perniagaan internet. Ada lagi sebenarnya nak beli tapi dah terlalu ramai nak beli pun tak selesa.

Mar 18 2009

Kepentingan Minisite Dalam Pemasaran Internet

Satu lagi produk terbaru edaran saya adalah Pakej Panduan Minisite. Panduan ini merupakan Pakej Video Tutorial bagaimana membina laman jualan mini ataupun lebih dikenali sebagai minisite. Sila lihat contoh video di bawah untuk melihat contoh-contoh minisite yang boleh anda hasilkan.

YouTube Preview Image

Tahukah anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan laman web yang dikategorikan sebagai minisite? Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web iaitu laman web berkonsepkan shopping cart, content management, blog dan sebagainya.

Read More

Mar 9 2009

Bapakaya kembali lagi…

Beberapa hari yang lalu saya agak sibuk dengan memindahkan ruangan forum bapakaya.com | Kuasai Minda Bapakaya ke script SMF dan hosting yang baru. Sambil melakukan kerja-kerja teknikal tersebut sambil update ebook Panduan Asas Forum. Insyallah sekiranya update tersebut telah selesai saya akan hantarkan kepada mereka yang telah mendapatkannya. Buat masa ini ebook tersebut masih lagi dalam harga promosi iaitu RM10. Saya bercadang untuk menaikkan harganya untuk versi update nanti. Kerana ada beberapa tajuk tambahan yang akan saya masukkan terutamanya bagaimana menjana pendapatan melalui forum.

Anda boleh melihat contoh ruangan forum yang bakal anda hasilkan nanti seperti di laman web berikut. http://www.bapakaya.com untuk ebook versi terbaru nanti. Terdapat fungi baru yang boleh anda gunakan diruangan forum ini iaitu fungsi berjual beli seperti di laman lelong & ebay

trade

Sekiranya anda mempunyai sesuatu yang ingin dijual bolehlah menyenaraikannya di ruangan forum. Bagi ahli yang telah lama mendaftar di ruangan forum boleh gunakan username dan password yang terdahulu. Bagi ahli baru boleh lah mendaftar sebagai ahli forum yang baru. Jemput-jemput jangan malu-malu.

Feb 28 2009

Gelombang ClickBank

Sejak Gobala & Zamri Nanyan mengeluarkan produk terbaru mereka mengenai clickbank, jualan ebook Click Bank Step by Step turut meningkat. Lebih menarik lagi Pakej Video Youtube telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan apabila seorang remaja berjaya mengumpul RM14,000 dan seorang suri rumah berjaya mengumpul RM7,000 dengan menggunakan Teknik Pakej Video Youtube. [read more]

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bagaimana untuk menjana pendapatan dari clickbank bolehlah pergi ke laman web berikut clickbankguide.com

Feb 22 2009

Pakej Video Sistem Affiliate Dilancarkan.

Pada hari ini saya ingin melancarkan produk terbaru iaitu Pakej Video Sistem Affiliate. Sempena hari pelancaranyan pada hari ini saya menawarkan pakej ini dalam bentuk muat turun dan juga CD yang akan dihantar ke rumah anda.

Video tutotial yang disertakan didalam pakej ini akan mengajar anda bagaimana memasang Script Sistem Affiliate Lite. Script yang digunakan dalam pakej ini telahpun dimodifikasi ke dalam Bahasa Melayu. Sekiranya anda pernah menyertai program-program affiliate tempatan sebelum ini kesemua konfigurasi dan juga menu sistem didalam Bahasa Inggeris.

Selain itu juga anda boleh menjalan Program Pay Per Lead menggunakan script ini. Ianya bagi memperkenalkan produk anda dibasaran dengan cepat kerana ianya dibayar. Kalau tak percaya anda boleh cuba membuatnya. Untuk maklumat lanjut sila ke laman web http://www.sistemaffiliate.biz

Saya juga turut menyediakan ruangan affiliate bagi anda yang ingin mencuba dan melihat antara muka script ini dan menjana komisyen bagi setiap jualan produk. Bagi anda yang ini menjadi agen affiliate bagi  mempromosikan produk dan menjana komisyen bagi setiap salinan produk yang terjual ini boleh mendaftar di sini. Daftar

Feb 17 2009

Memiliki Pekerja Maya Secara Percuma

Tahukah anda bahawa anda boleh memiliki sekumpulan pekerja maya yang boleh membantu untuk memasarkan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan di internet dengan mudah, cepat dan berkesan?

Apa yang anda perlukan hanyalah satu bentuk “system” pengurusan yang dikenali sebagai system affiliate untuk mengurus, memantau serta merekod aktiviti pekerja – pekerja maya ini melakukan pemasaran buat anda.

Yang sebenarnya, pekerja maya ini adalah dikenali sebagai “agen affiliate”. Mereka ini akan dibayar “gajinya” hanya apabila mereka berjaya menghasilkan jualan terhadap produk yang dipasarkan.

Senang cerita, mereka diberikan “komisyen” untuk usaha promosi dan jualan yang mereka lakukan. Anda boleh memiliki pekerja ini secara percuma dengan menawarkan peluang “bekerja” atau “joint  venture” kepada kenalan – kenalan online anda.

Katakan produk anda bernilai RM50.00, maka anda bolehlah menawarkan komisyen berdasarkan jumlah keuntungan anda kepada agen affiliate ini.

Sebagai contoh produk anda adalah kasut. Harga jualan yang anda tawarkan adalah RM50.00 manakala harga kos produk yang anda perolehi adalah RM20.00.

Read More

Page 1 of 1212345»...Last »