Biar Kecil Asalkan Berhasil

Sinopsis

Bermulalah dengan apa yang ada.. berniagalah tanpa perlu berhutang. Berjiwa besarlah bukan berhati besar…

Tidak perlu kesempurnaan sebelum mula berniaga. Dekatkanlah diri dengan Tuhan dan fahamilah jiwa sendiri…

Tingkatkan ilmu dalam bisnes yang diceburi. Ambillah iktibar daripada mereka yang telah berjaya.

biar-kecil.gifDiatas adalah sinopsis sebuah buku Dr. Rusly atau lebih dikenali sebagai Chef Li yang baru saya miliki. Judul-judul buku yang telah saya miliki karangan Dr. Rusly ialah Jutawan Senyap & Petunjuk Jalan Kekayaan.

Buku Biar Kecil Asalkan Berhasil banyak memberikan saya ilmu yang baru bagaimana ingin memulakan sesuatu perniagaan. Setiap perniagaan memerlukan modal. Bagaimana kita boleh mendapatkan modal tanpa memerlukan kita meminjam di bank atau pun Ceti Haram (along)

Bukan semua perniagaan memerlukan modal yang besar. Anda boleh menggunakan barangan yang telah sedia anda miliki sebagai modal anda. Ramai yang tidak nampak bahawa barangan yang mereka miliki boleh di jadikan modal sebenarnya dan inginkan kesempurnaan dalam memulakan perniagaan yang mana sanggup meminjam di bank dengan beratus ribu ringgit untuk menyediakan semua kelengkapan bagi menjalankan perniagaan.

Sebagai contoh anda boleh menggunakan kuali, sudip, sudu, mangkuk, pinggan dan lain-lain lagi sebagai modal anda. Tidak perlulah anda menapatkan segala peralatan yang baru untuk menajalankan perniagaan anda. Perniagaan apa yang menggunakan kuali ni?

Biarlah perniagaan anda kecil tetapi berhasil daripada besar akhirnya bubar. Banyak lagi panduan berguna yang boleh ada perolehi dari buku ini. Saya mencadangkan anda mendapatkan buku yang bagus ini.

Most Commented Posts

One Response to “Biar Kecil Asalkan Berhasil”

  1. cjcm Says:

    Saya dah beli dan baca Jutawan Senyap… sangat menarik tulisan Chef Li. Saya mmg berminat dgn perniagaan makanan.. Insyallah kalau ada rezeki di sana…. suatu hari nanti akan termakbul cita2 saya :)

Leave a Reply