Pencuri Domain
Pada hari Isnin yang lepas saya bercadang nak beli satu domain baru iaitu http://www.cikguonline.com bagi memudahkan cikgu-cikgu berforum kerana forum cikguonline hanya menumpang di forum percuma di http://www.invisionfree.com.
Setelah membuat carian di beberapa penyedia hosting domain tersebut sudah boleh di beli semula kerana sebelum ini domain tersebut sudah digunakan. Saya pun telah membuat tempahan untuk domain tersebut pada malam semalam untuk memiliki domain tersebut.
Esoknya pagi-pagi lagi saya telah membuat carian semula untuk domain tersebut tapi apa yang saya dapati domain tersebut telah pun di pakai oleh orang lain. Macam tau-tau je saya nak pakai domain tersebut. Mungkin rasanya ada software yang boleh kesan orang buat carian domain oleh itu mereka boleh tahu domain apa yang orang nak.
Jadi dengan itu terpaksalah membeli domain yang lain walaupun telah ditempah domain tersebut. Di sini saya ingin menyatakan sebab-sebab atau kemungkinan yang berlaku dari apa yang telah saya lakukan.
- Jangan membuat carian domain setiap hari berturut untuk mendapatkan kepastian semasa ingin membeli domain.
- Jangan membuat carian berulang domain yang sama di penyedia hosting yang berlainan.
- Jangan menaip terus domain yang dikehendaki di Location Bar.
Saya menyarankan anda sekiranya ingin membeli domain buat carian domain di penyedia hosting yang anda percayai dan terus membuat tempahan. Harap post kali ini dapat memberikan serba sedikit panduan berguna untuk anda semasa membeli domain.
December 15th, 2006 at 1:21 pm
Entah2 En. Aku kot yang beli.. Buat parking. Hehe..
December 15th, 2006 at 2:30 pm
oh.. harap maklum, penyedia hosting pon kenkadang kompromi tanpa mereka sedar. kalau domain cikguonline tu dihold selama seminggu lebih, bolehlah cuba tahun depan.. cuba check balik dalam seminggu, atau sudah seminggu? aku tak mau check, takot dikesan. Ini telah dibincangkan dalam blog lama aku. aku bernasib baik sebab ewanita.com memang tak ada nilai traffic secara type in. harap cikguonline pon camtu.
December 15th, 2006 at 2:32 pm
sorry cekgu, aku check jugak: 12-dec-2006 - 12-dec-2007 ok.. masih ada can… biarkan domain tu tak berpengunjung, insyaALLAH dalam esok atau lusa depa akan drop…
December 16th, 2006 at 10:30 am
oh.. di sini rupanya cikgu bersembunyi.. rumah baru… dari haritu saya cari.. mana pulak cikgu ni pindah.. tahniah… hari ni baru jumpa blog cikgu..
Fasal domain tu.. saya pun akan search sekali jer biasanya..
December 16th, 2006 at 1:02 pm
Mungkin syarikat domain yang cikgu tempah tu kurang pantas.Saya biasa beli domain di godaddy.com.Hanya 10 minit selepas buat pesanan domain dah jadi milik saya.
Mungkin kebetulan dia beli balik pada masa yang sama, kalau ada niat lain biasanya pembeli akan cuba jual balik domain tu pada harga yang lebih tinggi.
Kalau dah beli domain pun tak semestinya selamat, pastikan domain dikunci kerana ianya boleh dipindah milik
December 16th, 2006 at 2:16 pm
IC..setahu saya kalau kita dah tempah domain, orang lain tak boleh ambil domain anda, kecuali anda booked dan tak membuat pembayaran. org lain akan ambil domain tersebut.
December 16th, 2006 at 4:09 pm
Search di sempoihosting :D.. memang sempoi hehe
December 19th, 2006 at 1:07 pm
hai cikgu, wah kat sini rupanya. mm, bagus gak info ni. baru ler tau ada lak cam tu yer. thanks. Labanon; betul tu mmg sempoi
December 20th, 2006 at 3:32 pm
Tak payah risau cikgu.. domain lain ada banyak.. kalau konten bagus, shouldnt be worry, domain ape pun boleh…
maizul.com sedap ape nama domain tu ? ada nilai2 komersil tuu
December 21st, 2006 at 12:12 am
beli la cikguinline.hehe.
December 21st, 2006 at 1:25 pm
ntah..ikut pengalaman aku lar nie:
Aku ada wat search domain aku tue tiap-tiap ari (suatu masa dahulu) pastue tetiba satu ari tue takleh…pas seminggu aku check balik, dia available balik…
December 23rd, 2006 at 1:54 am
Kenapa boleh jadi macam tu ye..setakat ni belum lagi alami masalah demikian..kira pelajaran baru ni
January 4th, 2007 at 10:31 am
betul tu linn yg comel,
saya tak pernah hadapi situasi macam ni,
so, mcm mana cikgu? rugi apa2 tak? dah bayar ke masa nk tempah tu?
http://www.IrfanReka.com (Logo Dah Siap, Baru Bayar)
http://www.TheLogoBrand.com