Selamat Hari Raya Aidil Adha & Tahun Baru 2007

Dapatkan kemaskini dari blog ini dengan segera melalui langganan RSS feed atau dengan mendapatkan newsletter dari blog ini.

Selamat Hari Hari Aidiladha buat semua pembaca blog saya. Ada ke orang baca blog ni hari ni? Kalau ada sila angkat tangan!!!

Rasanya pasti ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman bagi merayakan Hari Raya Korban di kampung halaman di sebabkan penggal persekolahan bagi sesi 2007 akan bermula pada 03.01.2007. Ianya juga disebabkan ke sebukkan membuat persediaan untuk anak-anak melangkah semula ke sekolah kerana cuti persekolahan hampir tamat dan akan memulakan sesi yang baru.

Di sini juga saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru buat semua pembaca blog Maizul Dot Com. Oleh itu dengan sukacitanya saya telah menyediakan ruangan Forum Pemasaran Internet bagi memeriahkan lagi bidang keusahawanan yang semakin berkembang di negara kita. Marilah beramai-ramai memeriahkan forum ini dengan pandangan, cadangan, idea, pengetahuan anda yang dapat dikongsi bersama semoga ianya bermanafaat.

Leave a Reply