Blog Lama

Lama jugak saya tidak mengupdate blog ni disebabkan kesibukan. Biasalah pada awal tahun banyak kerja yang perlu di buat terutamanya melibatkan buku-buku baru yang perlu di uruskan.

Alhamdulillah semalam saya telah mendapat komisyen dari En. Tazilan melalui penjualan CD Rom IdeaBisnesLuarBiasa. Terima kasih En. Tazilan. Anda juga boleh mendapatkan banyak informasi berguna mengenai Cetusan Minda, Keusahawanan, Perniagaan Internet, Masyarakat, Politik & Kehidupan di blog beliau.

Tujuan saya meletakkan komisyen-komisyen dari affiliate yang saya sertai adalah bertujuan memberikan perangsang kepada anda dan sebagai membuktikan program-program affiliate ini masih berjalan kerana tentu ada yang sudah letih dan jenuh mempromosikan affiliate masing-masing dan tidak mahu lagi mempromosikan lagi link affiliate tersebut mungkin di sebabkan rasa tertipu rasa macam dah buat banyak jualan. ;)

Di sini saya akan berikan tip bagaimana blog lama anda dapat membantu anda.
Tentu anda pernah berpindah dari satu perkhidmatan blog percuma ke blog percuma yang lain. Blog lama anda tuntunya sudah tidak digunakan lagi disebabkan anda mempunyi blog yang baru. Jadi di sini tentunya blog lama anda masih wujud tetapi sudah berusang kerana tidak di update lagi. Sekiranya anda masih lagi mengingati kata laluan bagi blog lama anda tersebut bolehlah anda meletakkan link-link affiliate yang anda sertai.

Sebenarnya saya sendiri sudah lupa di mana banner IdeaBisnesLuarBiasa ini saya letakkan tetapi pada beberapa hari yang lalu saya mendapat email mengatakan saya telah membuat satu jualan rupa-rupanya dari blog lama saya. Tak sangka pulak ada orang melalui blog lama yang telah di tinggalkan. Alhamdulilah mungkin itu rezeki saya. Blog tersebut pun dah dapat PageRank 3 walaupun ianya terbiar. Jadi gunakanlah blog lama anda meletakkan link-link affiliate yang anda sertai selagi ianya masih ada di situ.

Bagi anda yang tidak tahu nak jual apa di internet ketahuilah bahawa idea-idea yang tidak pernah anda fikirkan sebelum ini pun mampu menghasilkan pendapatan. Bagaimana caranya?

  • Resit ATM - Ada orang buat keuntungan dengan menjual resit mesin ATM!
  • Remaja jadi jutawan internet dalam masa 4 bulan! Hanya dengan menjual ‘pixel’!
  • Pinggan boleh dimakan? Selesai makan, kita boleh makan pinggan tu sebagai ‘dessert’! Hairan?
  • Pemotong Rumput – idea simple bawa kesenangan!
  • Batu ganti haiwan peliharaan? Idea ini menjadikannya jutawan!
  • Bisnes jual berudu? Ketahui bagaimana bisnes unik ini beroperasi sejak 20 tahun lalu!
  • Menculik? Ada orang jadikannya bisnes yang menguntungkan! Malahan sah di sisi undang-undang!
  • Keranda ‘jadian’? Idea inovatif yang memberi faedah ketika hidup dan juga sesudah mati!
  • Dan banyak lagi idea bisnes yang tidak terlintas di fikiran anda!..

Untuk maklumat sila klik banner di bawah.

P/S: Jemputlah berforum di Forum Pemasaran Internet

Most Commented Posts

4 Responses to “Blog Lama”

  1. Galadriel Says:

    huhu… blog lama pun boleh buat duit, kan? Adakalanya blog lama saya kat TBlog dulu pun ada gak refer orang kpd product affiliate yg saya iklankan…

    Maizul, blog awak ni loading slow sikitlah… mula2 saya ingat browser saya slow tapi saya buka blog orang lain cepat je… cuba check…

    Okay, good nite. Ngantuk dah ni…
    :)

  2. admin Says:

    Oh ye ke terima kasih Galadriel. Mungkin sever ko sebab kebelangan ni pun ada kala lambat nak load.

  3. matzis Says:

    Assalamualaikum Cikgu, wahhh tahniah ler sebab dah dapat komisen affiliate Idea Bisnes Luar Biasa.

  4. hapisol Says:

    tahniah maizul, semoga dimurahkan rezeki lagi thn 2007 ni.
    betul kata galadriel, loading anda slow sikit.

Leave a Reply