Teknik Promosi Berkesan
Minggu sudah saya terbaca di Harian Metro mengenai En. Zubir Zabidi seorang usahawan yang berjaya bagaimana beliau memulakan perniagaan kuah rojak beliau sehingga berjaya. Tentu ada diantara anda yang sudah membacanya. Bagi saya ianya sesuatu yang menarik bagaimana beliau mempromosikan produk beliau. Berikut adalah petikan yang saya ambil dari Harian Metro Ahad, 7 Januari 2007.
Masa awal saya (En Zubir) berniaga dahulu, di pasaran ada sembilan kuah rojak dan memang sukar untuk bersaing, namun saya ada strategi sendiri. Saya upah 10 orang yang menyamar sebagai pelanggan dan bertanya kepada peniaga Pekan Rabu ada tak kuah rojak Zuza.
Bila buat macam itu, saya pergi hantar dan baru ada yang nak ambil produk ini. Bagi memastikan ianya lebih berkesan, dua tiga hari selepas itu saya upah lagi orang untuk beli semula kuah rojak saya dan kempen kepada peniaga berkenaan dengan menyatakan kuah rojak ini sedap.
Dari situ, peniaga mula percaya, sekali gus nama kuah rojak Zuza semakin berkembang, katanya. Zubir berkata, dalam perniagan, persaingan tidak dapat dielakkan, namun itu bukan halangan kepada Bumiputera untuk menembusi pasaran.
Berikut adalah sedikit maklumat tambahan dari artikel yang saya perolehi dari carian saya di sini. Bagi seorang usahawan promosi adalah sangat penting tidak kira sama ada secara online ataupun offline. Anda pernah terbaca teknik promosi yang berkesan dan menarik seperti di atas? Kalau ada boleh la kongsi di ruangan komen ye ![]()
January 18th, 2007 at 4:04 pm
Assalamualaikum…
Salam USahawan…Pertama kali menulis kat sini banyak info yang berguna untukmengharungi liku-liku menjadi usahawan berjaya. Banyak cara yang ada untuk memantapkan perniagaan yang memerlukan kita kreatif melaksanakanya…Maaf newbie yg menulis ni
January 20th, 2007 at 10:41 am
Wah… teknik hebat yang digunakan oleh usahawan tu… x terfikir laks cara ni
January 20th, 2007 at 2:28 pm
Pernah dengar tektik yang sama digunakan oleh burger Ramly masa nk menembusi pasaraya.. Cool tektik tu ye..
January 21st, 2007 at 8:32 am
Bagus teknik… tak terfikir aku…
January 31st, 2007 at 8:51 am
good info.
sebagai qaryah napoh, iaitu berdekatan dgn kilang zuza, saya rasa bangga dgn idea zubir ini.