Dunlop

Saya sememangnya gemar membaca biografi tokoh-tokoh terutamanya dalam bidang sains. Kali ini saya ingin bercerita mengenai Dunlop, John Boyd. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1840 di Ayrshire, Scotland. Dilahirkan dalam golongan petani. Ibu bapa Dunlop berharap agar Dunlop meneruskan apa yang telah mereka usahakan. Dunlop akhirnya telah berjaya memasuki kolej dan beliau telah menjadi seorang pakar bedah di Belfast.

Pada tahun 1880 an penggunaan basikal semakin popular. Basikal pada masa itu tayarnya menggunakan getah padu. Ala macam basikal kanak-kanak tu yang tayarnya keras kematu. Pada suatu hari anak Dunlop ni bertanya kepadanya bagaimana dia boleh membawa basikalnya dengan lebih laju di atas jalan berturap batu.

Akhirnya Dunlop telah mendapat idea dengan mencipta tayar geronggang yang mempunyai tekanan udara di dalamnya. Pada tahun 1888 dia telah memohon peten untuk tayar pneumatik ciptaannya. Di sini terdapat 3 sebab mengapa dia tidak dapat keuntungan daripada petennya.

  • Pada tahun 1845 telah ada orang lain iaitu William Thompson yang mempetenkan terlebih dahulu ciptaan yang sama walaupun pada masa itu penggunaan basikal sangat kurang.
  • Tayar pneumatiknya dilekatkan pada roda menggunakan glu yang menyebabkan sukar membaiki kebocoran.
  • Tidak berapa lama pencipta lain menemui cara baru yang lebih popular.

Dunlop kemudiannya menguruskan satu rangkaian kedai pakaian. Semasa meninggal dunia Dunlop agak kaya tetapi tidak sekaya yang dijangkakan bagi seseorang yang namanya begitu diingati.

Popularity: 1% [?]

Leave a Reply

~X( ~O) ~:> o=> o-> o-+ b-( ^:)^ ^#(^ [..] [-X [-O< [-( X_X X( O:-) L-) I-) B-) @};- @-) >:P >:D< >:/ >:) >-) =P~ =D> =; =:) =)) =(( <:-P <):) ;;) ;)) ;) :| :x :whistle :rock :o3 :dance :bz :blush :ar! :^o :P :O) :D :@) :> :-w :-t :-q :-j :-h :-c :-bd :-SS :-S :-O :-L :-B :-@ :-?? :-? :-< :-/ :-* :-& :-$ :)] :)>- :)) :) :(|) :(( :( :!! 8-} 8-| 8-X 8-> 3:-O /:) *-:) **== (~~) (:| (*) (%) %-( %%- $-) #:-S #-o