Mar 26 2007

Apa itu RSS?

Apa itu RSS? Tentu ada yang masih belum tahu tentang RSS ni. RSS adalah merupakan salah satu teknik pemasaran viral. Ianya merupakan singkatan nama bagi Really Simply Syndication. Penyediaan RSS dapat memudahkan pengunjung yang mencari maklumat terbaru di laman web anda. Dengan ini pengunjung tidak akan terlepas membaca artikel-artikel yang menarik di perbagai blog yang di minati.

Selalunya Blog Worpress telah siap sedia ada RSS. Ini kerana di blog, ada sahaja artikel terbaru yang di update. Apabila sesuatu blog itu di update Subscriber boleh terus membaca artikel terbaru di RSS Feed Reader. Sebelum itu pastikan anda telah melanggan (Subscriber) RSS blog yang anda minati. Berbeza dengan laman blog yang tidak mempunyai RSS. Ini menyukarkan pengunjung setia untuk mengetahui sesuatu maklumat terbaru di laman blog anda sama ada terdapat update terbaru atau tidak.

RSS Feed Reader ini pula adalah penyedia perkhidmatan membaca RSS. Sebenarnya terdapat banyak laman web yang menyediakan kemudahan RSS Feed Reader ini. Salah satu laman yang menyediakan kemudahan RSS Feed Reader adalah seperti http://www.netvibes.com.

Di bawah ini saya berikan contoh bagaimana anda boleh melanggan RSS blog yang anda minati tanpa perlu membuka banyak tab firefox anda untuk membuka semua laman blog yang anda minati.

  1. Buka akaun percuma anda di http://www.netvibes.com
  2. Login ke akaun netvibes anda perhatikan di bucu sebelah kiri di bahagian atas terdapat icon simbol + add a feed
  3. Klik buat + add a feed dan di ruangan address masukkan URL seperti www.maizul.com dan klik add.
  4. Selesai.

Kini anda boleh mendapatkan maklumat terkini di blog-blog kegemaran anda. Selamat mencuba.

TAGS:

2 Comments on this post

Trackbacks

  1. hasrul said:

    memang mudah dengan rss…

    March 27th, 2007 at 12:16 am
  2. Meor said:

    Satu nota ringkas yg baik mengenai RSS, cuma mungkin ramai lagi yg. masih tak tahu macam mana nak guna RSS bagi web atau blog masing2. Terima kasih

    March 27th, 2007 at 10:09 am

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog