Perlukah anda memiliki kamus?

Dapatkan kemaskini dari blog ini dengan segera melalui langganan RSS feed atau dengan mendapatkan newsletter dari blog ini.

Walaupun anda seorang guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris itu tidak bermakna anda tidak perlu membawa kamus. Betul tak? Teringat saya pada pensyarah saya dahulu yang mengajar Bahasa Inggeris. Beliau tidak lekang dengan membawa kamusnya yang tebal setiap kali masuk ke kuliah.

Saya juga turut menggalakkan anak didik saya mempunyai kamus mereka sendiri. Walaupun bentuknya kecil, bersaiz tebal dan agak menyukarkan apabila membawanya bersama buku-buku lain. Sebenarnya banyak lagi perkataan-perkataan yang masih belum diketahui maknanya terutamanya istilah-istilah Sains dan Matematik.

Saya tertarik dengan artikel tip 1 minit dari Dr Irfan yang menyatakan kelebihan berbahasa. Tentunya menjadi satu kelebihan bagi mereka yang mampu menguasai banyak bahasa. Dengan menguasai lebih banyak bahasa adalah lebih mudah untuk anda berkomunikasi dengan pelanggan yang hanya boleh berkomunikasi dalam bahasa ibundanya sahaja. Seperti apa yang Dr Irfan katakan di blog beliau…

kemahiran berbahasa boleh memajukan sesuatu perniagaan yang mana sekurang-kurangnya kita perlu mahir berbahasa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Di dalam PC saya ni rasanya dah banyak jugak ebook saya terutamanya dalam Bahasa Inggeris. Saya juga turut mempunya 2 buah kamus yang menjadi rujukkan saya sekiranya tidak mengetahui makna-makna perkataan yang baru bagi saya apabila membaca ebook-ebook yang saya beli atau perolehi secara percuma.

Agak leceh apabila hendak menyelak setiap muka surat kamus yang tebal apabila anda sedang membaca ebook, blog atau website di dalam Bahasa Inggeris. Tetapi dengan menggunakan e-kamus kerja mencari makna dapat dijimatkan. Saya hanya perlu double click atau mouse move sahaja tanpa perlu menaip satu persatu perkataan yang saya ingin cari maknanya.

Tentunya anda sendiri tahu, sebahagian besar maklumat yang terkandung di internet banyak menggunakan Bahasa Inggeris. Jadi, dengan hanya 2 klik sahaja saya dapat mengetahui makna perkataan yang ingin dicari. Pastinya dengan e-kamus menjanjikan satu pengalaman yang menarik dalam mempelajari dan memahami Bahasa Inggeris (English) . Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai e-kamus sila ke klik perkataan berikut Makna Perkataan Di Hujung Jari Anda.

P/S : Last year my mom bought this e-kamus. It is very useful. Thank you mom!

8 Responses to “Perlukah anda memiliki kamus?”

  1. Badruzamani Bin Azmi Says:

    Sebagai seorang pelajar mahupun seoran IM, kita mesti ada kamus BI - BM dan BM - BI di sebelah kita. Saya pun sedang berhasrat untuk membeli e-kamus.

    Tetapi, masih lagi menimbang sama ada berbaloi atau tidak membeli e-kamus yang mahal itu. Kerana sesetengah istilah English agak janggal kalau ditranslate ke Bahasa Melayu. Jadi, kemungkinan kita terpaksa menyemak nahu dan tatabahasanya semula.

    Kadang - kadang melecehkan. Tapi, kalau dah convert ke PDF kemudian masih terdapat kesilapan ayat, lagi melecehkan. Kadang - kadang nak bagi kat orang, walaupun percuma, kalau buat main cincai aja, boleh rosak reputasi kita. :) Jadi, kena tengok pada kemampuan dan keperluan. Betul tak, Cikgu?

  2. admin Says:

    O maksud Abg Badruzamani buat ebook english ke betul tu. Kalau guna ekamus ni tak payah selak kamus dah & update ekamus diberikan secara percuma. Nak semak senang je double klik perkataan yang tidak difahami terus di bagi makna.

    “Pendidikan adalah pelaburan seumur hidup”

  3. Ibnu Hassim Says:

    Betul tue… kamus memang penting terutama bila mengajar subjek etems nie

  4. aman Says:

    time nak beli domain-domain baru, memang slalu aku usha kamus.. :D

  5. surfaddict Says:

    kamus sentiasa ada bersama sy, bukan setakat masa belajar dulu jer..hingga skangpun masih ada dan fully utilize. English sy tidak berapa bagus, pantang ada perkataan yg sy tak fhm maksudnya, kamuslah sumber rujukan terbaik buat sy

  6. arm Says:

    perlulah kita miliki kamus ni… dulu waktu belajar dok bawak jer mane2… skrg dah tak praktik… tapi sekarang yang pastila… am kalau ada perkataan yang tak faham… cara am.. am akan letak dalam remainder hp… pastu balik rumah akan cari maksuk perkataan… dan pastu tulis dalam note book kecil… biasanya am buat sebelum tidur… kemudian hari… insyaallah am boleh ingat semuanya…

  7. kamparputra Says:

    Ya!! Kita perlu ader kamus.. kamus bahasa inggeris dan juga kamus bahasa malaysia.. Jangan sangka walaupun kita berbahasa melayu tetapi ader perkataan-perkataan yang perlu kita rujuk melalui kamus..

  8. dewanejaprofan Says:

    http://myitblogs.blogspot.com/2007/12/dewan-eja-pro.html

    blog berkenaan bahasa melayu..agak bagus produknya..boleh cuba dan bandingkan dengan e kamus..

Leave a Reply