Apr 19 2007

Bang air tembikai satu.

Wah lama jugak saya tak update blog saya ni. Harap masih ada lagi penggunjung setia melawat blog saya. Siapa ada lawat blog saya ni sila angkat tangan?

Asyik melawat blog orang je blog sendiri tak di update-date. Rajin betul korang ni hari-hari update blog. Sampai banyak jugak artikel yang aku tertinggal untuk baca terutamanya blog yang di update hari-hari. Walaupun saya online hari-hari tapi masih ada juga artikel yang tertinggal untuk saya baca. Sebenarnya banyak jugak RSS blog yang saya langgan terutamanya blog-blog perniagaan internet.

Tadi saya baru sahaja ke pergi ke pasar malam. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Ianya ada berkaitan dengan tajuk artikel saya kali ini iaitu menjadi unik. Apa yang saya perhatikan tadi terdapat seorang peniaga air di pasar malam ni mendapat lebih pelanggan daripada peniaga air yang lain.

Tentunya ada sesuatu yang unik atau rahsia bagaimana peniaga ini mendapat lebih ramai pelanggan dari peniaga air yang lain. Apa yang saya perhatikan sebelum ini tapak peniaga air selalunya berada di hujung permulaan pasar dan di hujung akhir pasar malam. Mungkin itu tempat yang bagus bagi peniaga air menjual air kepada pelanggan yang kepenatan berjalan sepajang pasar.

Ok baik lah kembali ke peniaga air tadi. Rasanya peniaga ni orang baru dan harga airnya mahal RM0.20 dari pada peniaga lain. Tentunya anda sendiri pun tahu air yang di jual di pasar malam ni selalunya RM1.00 betul tak?

Walaupun air yang di jual oleh peniaga ini mahal 20 sen tetapi ianya cuma pilihan. Anda masih lagi boleh mendapatkan air yang berharga RM1.00 nak air apa tembikai? milo? Tetapi ha ada tapi ni. Anda tidak lah dapat isi kelapa atau buah laici di dalam air anda. :) Inilah keunikan yang di tawarkan oleh peniaga air ini yang mana anda boleh menambah isi kelapa atau buah laici ke dalam air minuman anda yang tidak di tawarkan oleh peniaga lain yang menjual air yang sama.

Selain mempunyai stall yang cantik & menarik, dan menjadi unik dari yang lain. Style menggoncang air pun ada gaya yang tersendiri. Macam kata Fatin Akademi Fantasia 5 (AF5) Ada Style lah….

Bagi anda yang ingin menjadikan perniagaan anda lain daripada yang lain boleh lah melawat laman web En. Tazilan iaitu 117 Idea Bisnes Luar Biasa. Laman web ini telah dipercantikkan lagi sejak dari semalam. Tahniah En. Tazilan laman web yang cantik dan menarik. Saya telah mendapatkannya nantikan testimonial melalui artikel saya yang akan datang.

TAGS:

14 Comments on this post

Trackbacks

  1. Fuad said:

    Angkat Tangan..

    Kat pasar malam, jgn bukak gerai sebelah orang jual obat. Nnti jadik invisible.. huhu..

    April 19th, 2007 at 8:45 pm
  2. Mohd Sufian said:

    Macam tu ke fuad. Tak pernah tau pun.

    April 20th, 2007 at 9:25 am
  3. BujangJutawan said:

    Ya, unik memang unik… semuanya bergantung kepada kreativiti lah.. ada idea cun, kembangkan dan praktikkan.. tak salah kalau gagal, boleh adjust sikit idea tu anda at the end, idea tu akan jadi yang terbaik… :-)

    April 20th, 2007 at 11:43 am
  4. Amir said:

    betul tu kata bujang..

    April 20th, 2007 at 3:54 pm
  5. arm said:

    ooo yerker ade gerai pasar malam yang macam tu… bagus creative.. pada am… bagusla sebab dia tambah pilihan… so takdela semua orang jual benda yang sama… bila ada pilihan maka ramailah yang bertukar selera… 20sen ape sangat nak dikira…

    p/s : saya pun angkat tangan tau….

    April 20th, 2007 at 4:50 pm
  6. walikard said:

    First time dengar…memang unik dan kreatif..cuma, awal-awal dulu mesti agak sukar dia nak yakinkan orang kan? Macam mana agaknya dia buat? Good idea

    April 20th, 2007 at 6:49 pm
  7. hasrul said:

    saya pun tak pernah dengar idea letak lychee dalam milo nie…

    April 20th, 2007 at 9:31 pm
  8. Robotys said:

    saya pun tak pernah dengar idea letak lychee dalam milo nie…

    saya rekemen anda rasa, SEDAP!!

    bak kata saper ntah, “We doesn`t need 100% efficiency anymore, just stand out from crowd and get noticed! Then the money will come your way…” ;)
    Be unique, stand out from crowd, GET NOTICED!

    April 22nd, 2007 at 12:49 am
  9. protechwang said:

    Nak tarik pembeli di pasar malam ada pelbagai cara.
    1. Promo suara `Mari-mari bang beli bang kalau tak beli rugi bang!`ada pakai audio suara lagi kelas
    2.Menu dalam gerai, suka tengok gerai jual aksesori handphone
    3.Muka kena la manis sikit kalau peniaga yang niaga capati ulik tepung capati macam nak terbalik meja. saje je….

    Rasa pelbagai cara yang kita lihat orang niaga di pasar malam macam2 ragam. Maizul pegi pasar malam kat mane?

    April 22nd, 2007 at 2:56 pm
  10. Tazilan said:

    Wah, menarik cerita ni!

    Saya sentiasa kagum dan bangga dengan peniaga yang kreatif dan unik!

    April 22nd, 2007 at 8:38 pm
  11. Matzis said:

    hehehe…itu strategi niaga tu…permulaan dan pengakhiran tu ler selalunya mendapat sambutan pelanggan…betul kah?..ermmm saya pun tak pernah niaga jual air ni.

    April 23rd, 2007 at 9:52 am
  12. Emio said:

    salammm..

    hehe.. ada peniaga kreatif.. sy pnah terkena.. tak tau la terkena ke apa.. tp mmg dia nak buat duit..

    air tebu ada ais.. RM1..
    kalu x de ais.. jadi RM1.20..
    hehehe.. sbb ais takde.. tp sbb nak penuhkan cawan plastik.. caj atas pengguna.. bagus betui..

    April 23rd, 2007 at 10:47 am
  13. BujangJutawan said:

    kalau kita pergi pasar malam, banyak idea bisnes yang boleh kita dapat dan kembangkan… cuma kadang2 kita tak sedar. Apa kata lepas ni kita tengok satu2 gerai tu, macam mana promosi yang dibuat.. mungkin kita boleh bawa dalam internet biz.. heheheh.. :-)

    April 23rd, 2007 at 3:58 pm
  14. azurt said:

    suke jugak pegi pasar malam. Tapi tak suke peniaga yang paksa2 kite masuk tgk gerai dia. Kalau nak melolong2 takpe, tapi jgn pakse2 masuk & beli.

    Idea jual air tu pun bagus jugak. Letak isi dlm air… saye sukeeeee mkn isi buah kelapa… yummiiiee

    April 29th, 2007 at 11:47 am

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog