Pendapatan Berulang Impian Semua!

Pada kali ini, mari kita bincangkan jenis-jenis pendapatan yang anda perolehi di dalam perniagaan atau pekerjaan anda, dan kita lihat pendapatan yang bagaimanakah patut kita perolehi.

Terdapat tiga (3) jenis aliran pendapatan yang boleh diklasifikasikan seperti di bawah.

1. Buat Sekali – Dibayar sekali

Jika anda laksanakan kerja, jualan atau melaksanakan sesuatu kontrak sekali sahaja, anda juga akan dibayar sekali sahaja dan pendapatan anda akan berakhir di situ sahaja.

2. Berterusan Bekerja – Berterusan DibayarJika anda buat kerja pejabat dari pukul 9 ke 5, anda akan berterusan dibayar selagi anda berterusan bekerja dengan majikan anda – dan ini biasanya dipanggil pendapatan berterusan. Ini adalah jenis pendapatan yang “dinikmati” oleh golongan pekerja. Walaupun anda seorang pakar bedah otak, peguam atau jurutera, anda cuma akan dibayar selagi anda berterusan bekerja. Jika anda berhenti bekerja baki akaun bank simpanan anda akan mula berkurangan.

3. Buat Sekali Dengan Betul – Dibayar Berulang-Ulang Kali

Jenis pendapatan yang ketiga ialah pendapatan berulang di mana anda akan dibayar walaunpun anda sudah berhenti bekerja. Sebagai contoh, jika anda menulis buku, anda
akan dibayar melalui pendapatan royalti selagi buku anda itu berjaya dijual untuk kerja yang cuma dilakukan sekali.

Kebanyakan daripada orang yang kaya dan hidup mewah mencipta kekayaan dari satu bentuk aliran pendapatan berulang. Ambil penyanyi Michael Jackson sebagai contoh.
Beliau masih menerima royalti hasil daripada penjualan album yang beliau buat berdekad yang lalu. Beliau juga boleh mempakejkan semula lagu-lagu lama beliau dan menjualnya untuk menjana pendapatan baru. Beliau tidak perlu menghabiskan masa di studio untuk menghasilkan lagu-lagu baru untuk mendapatkan aliran tunai yang berterusan!

Ianya tidak memerlukan seorang genius untuk mengenal pasti pakah jenis pendapatan yang seseorang itu inginkan. Pendapatan Berulang (recurring income/residual income/
royalty income) adalah situasi yang paling ideal antara ketiga-tiga situasi di atas. Kita semua ingin bekerja sekali dan dibayar berulang-ulang kali. Itulah kuasa pendapatan berulang-ulang!

Majoriti golongan profesional yang menikmati pendapatan seperti ini ialah mereka yang terlibat dalam bidang kreatif seperti pelakon, penulis, penyanyi dan pelabur.

Malangnya, tak ramai daripada kita yang dianugerahkan dengan bakat seperti Michael Jackson, apatah lag peluang untuk berkecimpung dalam industri yang mewah ini. Bagaimanapun, ada satu peluang yang meningkat naik untuk orang-orang biasa seperti kita untuk menikmati pendapatan berulang dalam abad ke 21 ini.

Betul tekaan anda: ianya tak lain dan tak bukan ialah Pemasaran Bertingkat, Pemasaran Rangkaian atau Multi-Level Marketing (MLM).

P/s : Artikel di atas telah ditulis oleh En. Zamri Nanyan untuk pengetahuan anda beliau baru melancarkan buku pertama beliau yang bertajuk The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success.

Salah satu contoh perniagaan Multi-Level Marketing adalah seperti di sini. dan dapatkan panduan bagaimana menjadi Jutawan Multi-Level Marketing.

Popularity: 3% [?]

4 Responses to “Pendapatan Berulang Impian Semua!”

  1. aman Says:

    yang ketiga tue yang best..buat sekali jer, tapi duit asyik masyuk.. :D

  2. BujangJutawan Says:

    Ya, saya setuju dengan pendapat anda. Memperolehi pendapatan berulang kali hasil daripada pekerjaan yang hanya dibuat sekali menjadi impian setip orang. MLM merupakan satu cabang perniagaan yang boleh merialisasikan impian tersebut.

    Walauapapun, usaha keras di peringkat awal amat diperlukan dan tidak mudah putus asa agar impian tersebut dapat dicapai. :-)

  3. ahib0205 Says:

    er…. modal sekali untung berkali! :P naaaakkkk… :) anyway, mlm the best! apa2 hal kaji dulu pelan pemasaran syarikat.. cayalah bro maizul

  4. Sain Says:

    Salam,

    saya memang suka sangat apabila kita sentiasa dapat income yang berulang-ulang…bagus posting ni.

Leave a Reply

~X( ~O) ~:> o=> o-> o-+ b-( ^:)^ ^#(^ [..] [-X [-O< [-( X_X X( O:-) L-) I-) B-) @};- @-) >:P >:D< >:/ >:) >-) =P~ =D> =; =:) =)) =(( <:-P <):) ;;) ;)) ;) :| :x :whistle :rock :o3 :dance :bz :blush :ar! :^o :P :O) :D :@) :> :-w :-t :-q :-j :-h :-c :-bd :-SS :-S :-O :-L :-B :-@ :-?? :-? :-< :-/ :-* :-& :-$ :)] :)>- :)) :) :(|) :(( :( :!! 8-} 8-| 8-X 8-> 3:-O /:) *-:) **== (~~) (:| (*) (%) %-( %%- $-) #:-S #-o