Kesilapan Usahawan Muda Internet
Alhamdulillah saya baru sahaja selesai membaca sebuah laporan yang menarik mengenai “Kesilapan Usahawan Muda Internet”. Bagi seorang usahawan muda yang baru ingin menceburkan diri dalam perniagaan internet tentunya banyak kesilapan yang bakal saya dan anda tempuhi. Sebenarnya saya dan anda sendiri boleh mengelak dari melakukan kesilapan yang telah dilalui oleh orang-orang yang telah melaluinya.
Dengan berguru pada yang pakar dan menimba ilmu dari pengalaman mereka yang telah berjaya tentunya anda dapat menjimatkan sebahagian besar masa dan tenaga anda. Kini dengan terbitnya laporan yang telah disediakan oleh Hafiz Latib a.k.a Bitol yang mana beliau dengan seikhlas hati berkongsi kesilapan-kesilapan yang telah beliau lalui dalam menjalankan perniagaan internet.
Dari pembacaan saya melalui laporan setebal 27 muka surat ini. Terdapat 10 perkara yang perlu saya ambil perhatian dan mengikuti apa yang telah disarankan oleh saudara Hafiz. Semoga apa yang telah dikongsikan oleh saudara Hafiz menjadi panduan buat saya dan anda. Bukan senang untuk mendapatkan ilmu dan mengorek rahsia perniagaan usahawan internet yang berjaya seperti saudara Hafiz ini secara percuma. Ya PERCUMA! Muat turun laporan ini melalui banner di bawah.
Terima kasih Bitol kerana sudi berkongsi pengatahuan melalui laporan ini.
Popularity: 5% [?]


Subscribe to RSS Feed

May 15th, 2007 at 10:32 am
Thanks bagi info ini… :-)
May 15th, 2007 at 5:55 pm
saya pun dah baca maizul
semoga jadi satu garis panduan untuk kita semua…
pengalamn dari IM yang dah banyak experience ni memang berguna untuk newbie seperti saya….
May 16th, 2007 at 3:23 pm
salam ari guru..
May 16th, 2007 at 4:42 pm
Selamat Hari Guru!
May 16th, 2007 at 11:48 pm
[...] di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada rakan-rakan guru IM seperti Maizul, Nayan, batagolek, jebat, Cikgu Nunu dan Cikgu Azleen. Dengan ucpan semoga menjadi guru yang [...]
May 17th, 2007 at 9:13 pm
am dah download ebook ini dah dua hari rasanya…. tapi asyik tak ingat saja nak baca… banyak sangat kerja kaedahnya…. insyaallah… cuti 4 hari sebab nak selesaikan banyak kerja yang tertangguh… am akan review ebook ni nanti… :p
May 20th, 2007 at 12:54 am
Terima kasih..