Tingkatkan trafik dengan secara offline
Assalamualaikum, apa kabar?
Pada hari jumaat lalu ketika saya hentak pulang ke rumah, baru pertama kali saya melihat stiker yang ditampal di cermin belakang kereta yang tertera laman web replika seperti http://www.namadomain.com/namaahli. Bagus jugak idea pemilik kereta ini. Tentu sudah ramai yang membaca stiker tersebut lagi-lagi kalau bawak kereta slow-slow sikit kasi orang baca
.
Paling kurang pun pasti ada rakan-rakan yang akan bertanya, laman web apa yang ko tempek kat cermin belakang tu? Apabila saya terbaca sahaja laman web yang tertera saya telah tahu apakah produk yang di jual. Saya mengetahuinya pun hanya pada minggu lalu, iaitu melalui rakan sejawat yang mengajak saya menyertainya dan memberikan laman webnya untuk saya buka. Sebenarnya ianya adalah laman web menjual prepaid.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” walaupun agak terlewat untuk menyatakannya disebabkan saya demam beberapa hari ini dan tidak sempat menulis artikel. Terima kasih diucapkan kepada ayah dan emak saya, rakan blog, rakan yang menghantar sms ucapan hari guru dan tidak lupa juga buat anak didik yang memberikan kad ucapan dan juga hadiah.
Di sini saya tuliskan sebuah sajak yang telah saya terima dari anak didik saya.
Guru…..
Sesungguhnya jasamu terlalu besar,
mendidik anak bangsa dalam mencapai cita-cita
untuk menjadi orang yang berguna dan
merialisasikan harapan bangsa dan negaraGuru…..
Kutahu jasamu tak minta dibalas,
kau ibarat lilin yang membara
menerangi malam yang gulita
cintamu bagaikan embun pagi
membasahi rumput yang terbiarGuru…..
Kau penyuluh dalam sanubariku
kau mengajat tanpa kenal erti penat dan jemu
kau tidakkan hilang dari ingatankuTerima kasih guruku….
P/s : Tanpa guru siapalah saya. Terima kasih buat guru-guru yang telah mendidik saya dan juga rakan blogger yang menjadi guru kepada saya dalam menimba ilmu di internet ini.
P/s/s : Tunggu ebook laporan percuma pada hari esok.
May 20th, 2007 at 6:45 pm
Saya juga dah lama gunakan taktik ni bila Team Saifulsham cerita pasal nama laman web kat kapal terbang Air Asia dan T-shirt yang mereka pakai. Mula-mula rasa malu juga, maklumlah jarang orang tampal nama domain kat cermin belakang kereta. Lama-lama dah tak rasa apa-apa.
Saya rasa memang ada kesannya walaupun kita tak ada tools untuk mengesan trafik dari cara ini. Satu yang saya perasan, jika saya ke KL 2 atau 3 hari trafik ke laman web ni meningkat. Orang KL ramai yang ada internet dan aktif pula, tentu mereka nak tau apa maksud pendapataninternet.com tu
Mesti buat duit ni, tips tambahan gunakan nama domain yang pendek dan mudah diingati dan pastikan ianya menarik. Hmmm…kalau bab buat duit ni siapa pun tertarik.
May 20th, 2007 at 6:59 pm
Menarik tu En. Sukeri satu kaedah pemasaran yang jangan ambil mudah walaupun nampak remeh dan tidak dapat diukur tetapi boleh nampak kesannya. Mungkin En. Sukeri boleh kongsi gambar iklan di kereta En. Sukeri.
May 21st, 2007 at 1:09 am
Hmm.. betul juga. Saya pun memang ada terfikir perkara ni, dan beberapa hari yang lepas pun ada ternampak satu kereta tu letak domain dia kat cermin belakang.
Kalau nak lebih exposure, tampal jer kat teksi. Pandai2 ler tampal tu… goreng sikit, kalau tak kena bayar punya. Hehehe.
May 21st, 2007 at 10:59 am
Satu teknik yang bagus walaupun tak ketara sangat. Cuba kita tengok promosi TV3, lihat kereta mereka tu.. fuh.. orang tengok jer, ingat TV3… ingat TV3, ingat plak cerita-ceritanya, penyampai berita dan wartawan yang fames.
Kalau kita tampal kat cermin belakang kereta, kalau pun tak ramai yang tengok, InsyaAllah ada yang akan ingat laman web tersebut.
September 1st, 2007 at 6:26 pm
Selagi namanya promosi, tiada yang salah. Semuanya betul. Syaratnya, pertama dengan keizinan dan kedua dengan kerelaan.