Cara memaksimumkan komisyen affiliate.

by admin on 29/05/2007

Assalamualaikum. Apa kabar?

Malam tadi hampir 5 sms yang saya terima dari orang yang tidak saya kenali.
Tak payah lah saya letakkan nombornya di sini. Setelah membaca sms yang saya terima kemungkinan penghantar juga turun menghantar sms tersebut kepada rakan-rakannya yang lain. Maklumlah handphone sekarang sudah semakin canggih. Dengan hanya sekali tekan beratus-ratus sms yang boleh dihantar dengan serentak.

Berikut adalah sms yang saya terima :

Program Baru!!

Cepat Joint!!

RM50 bertukar menjadi RM88,880 atau lebih!!

Sila layari http://namadomain.com/?id=namaahli

Di sini saya ingin berkongsi bagaimana penghantar boleh kehilangan prospek iaitu :

  1. Kebolehpercayaan anda akan jatuh kerana menghantar sms (spam) 5 kali tu.
  2. Menghabiskan kredit panggilan anda (kerugian)
  3. Bakal prospek hanya akan membuka laman http://namadomain.com kerana url yang seterusnya sukar diingati.
  4. Bakal prospek hanya akan menaip dengan penuh url sekiranya mengenali penghantar sms.

Walaupun dengan menghantar sms melibatkan kos yang murah tapi jika beratus-ratus sms yang di hantar kepada bakal prospek tentunya mendatangkan kerugian sekiranya sms yang dihantar tidak mendatangkan pulangan.

Sebenarnya ada cara bagaimana anda boleh mendapat prospek dengan menggunakan url affiliate anda. Ketahui bagaimana caranya anda boleh memaksimakan pendapatan affiliate anda.

Popularity: 2% [?]

{ 7 comments… read them below or add one }

salindah May 29, 2007 at 7:31 pm

Saya juga ada menerima bermacam-macam jenis sms SPAM berkaitan program seumpama ini. Kadang-kadang geram juga kerana mengganggu kententeraman saya. Apa taknya, kadang-kadang sms tu dihantar waktu tengah malam, waktu nak tidur. Kadang-kadang ada rasa kesian pulak, sebab mereka ini sebenarnya sedang embuat perkara tak berfaedah.

Cikgu Azleen May 30, 2007 at 12:39 am

hehehe.. Saya pun terima iklan sedemikian – walaupun dia tak hantar banyak kali sekali, tapi setiap minggu mesti ada sekali.. Kadang2 tuh rasa macam nak jer sms balik kat dia : Learning English To Make Money Online http://www.cikguazleen.com :twisted: muahaaaahahaha..

abdfatah May 30, 2007 at 12:44 am

hohoho… 888888? bila nak sampai 999999? rugi banyak ada laa…
baik rugi sikit dari rugi banyak…

BujangJutawan May 30, 2007 at 9:50 am

Sape la agaknye punyer keje ek.. menuntut tak habis lagi tu.. kena bawak dia pergi seminar Dr Irfan… heheheh..

ibnuhassim May 30, 2007 at 5:27 pm

Ha..ha.. Bagus salesletter nie :)

zool June 6, 2007 at 11:16 pm

ntahlah sekarang macam2 cara nak dapatkan perhatian orang..
yang sedihnya tu.. selalunya tipu….
yang percaya akan terpedaya…
ntahle…

am June 11, 2007 at 8:13 am

memangnya ramai yang dok spam pakai sms… cam kita takut tau nak buat sebab bimbang orang balas balik dan maki atau mengganggu… tapi dorang ni sedap2 jer bt sms yang camtu…. bukan yang no yang tak dikenali saja… malahan ada yang pakai sistem sms berkomputer…

stengah2 yang am tengok anta byk kali just dapat maki free jer lah dorang ni…

Leave a Comment

~X( ~O) ~:> o=> o-> o-+ b-( ^:)^ ^#(^ [..] [-X [-O< [-( X_X X( O:-) L-) I-) B-) @};- @-) >:P >:D< >:/ >:) >-) =P~ =D> =; =:) =)) =(( <:-P <):) ;;) ;)) ;) :| :x :whistle :rock :o3 :dance :bz :blush :ar! :^o :P :O) :D :@) :> :-w :-t :-q :-j :-h :-c :-bd :-SS :-S :-O :-L :-B :-@ :-?? :-? :-< :-/ :-* :-& :-$ :)] :)>- :)) :) :(|) :(( :( :!! 8-} 8-| 8-X 8-> 3:-O /:) *-:) **== (~~) (:| (*) (%) %-( %%- $-) #:-S #-o

 

Previous post:

Next post: