Komisyen SMSWang

Alhamdulillah…. saya baru sahaja menerima komisyen sebanyak RM43.34 dari Saudara Irwan Dahnil dari smswang.com. Terima kasih daun keladi En. Irwan Dahnil

smswang1.bmp

Bukanlah niat saya untuk menunjuk-nunjuk komisyen yang telah saya perolehi tetapi seperti apa yang telah saya katakan sebelum ini adalah untuk berkongsi tip-tip yang tak seberapa dari saya dalam program affiliate ni. Ianya juga sebagai rujukan bagi saya di masa akan datang.

Sebenarnya ramai lagi telah berjaya mendapatkan komisyen yang lebih tinggi dan menjadi top affiliate (orang yang mendapat paling banyak komisyen) dan saya sendiri pun belum pernah lagi mendapat top affiliate. Sudah tentu bagi mereka yang mempunyai mailling list yang banyak lebih mudah untuk mendapat top affiliate daripada apa yang saya perhatikan dari keputusan-keputusan affiliate sebelum ini.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit tip iaitu bagi memastikan akaun affiliate sentiasa di kemaskini untuk memudahkan proses penerimaan pembayaran. Di sebabkan oleh maklumat yang tidak dikemaskini agak sukar bagi pengendali affiliate untuk membayar komisyen anda. Ianya terjadi kepada saya kerana tidak meletakkan no akaun bank untuk menerima pembayaran affiliate kerana sebelum ini pembayaran adalah melalui cek. Jadi untuk mengelakkan komisyen anda dibekukan oleh mana-mana program affiliate pastikan segala maklumat lengkap terutamanya no akaun bank di masukkan.

Most Commented Posts

12 Responses to “Komisyen SMSWang”

  1. ibnuhassim Says:

    Tahniah, tahniah, banyak tue

  2. admin Says:

    Terima kasih ibnuhassim… walaupun gitu masih lagi takleh lawan otai ibnuhassim punya komisyen.

  3. Zul Says:

    Tahniah dan teruskan beruasaha. Nanti insyaallah dapat jadi top affiliate.

  4. irwan.dahnil Says:

    Maizul,

    Terima kasih daun keladi juga… Kerja kuat2 :)

    Banyak akaun yg tak dikemaskini. Selagi tu lah duit beku dalam tu… Dah buat announcement minta tolong update pun, tapi nampak gaya mereka ni seasonal affiliate members.

    Kejap ada kejap takde. Nak wak camne ye tak

  5. Afzai Afandi Says:

    Tahniah!Tahniah!=D>

    Usaha yang berterusan pasti ada hasil di penghujung jalan. Teruskan..

  6. zool Says:

    Tahniah semoga anda terus berjaya dalam affiliate anda

  7. abdfatah Says:

    nah…. hambik tahniah dari saya ini. adesh… belum dapat apo lagi dengan affiliate yang ini…. adesh…. desh…. dush….

    selamat maju jaya….

  8. kaizen Says:

    Tahniah en maizul.Saya ni baru je dalam bidang ni.Dah tentu tak penah dapat.Thanks ye bagi tip2 untuk dapatkan jualan

  9. reezluv Says:

    wa..tahniah ar..manyak dapat komisen..tandanya promosi tu cemerlang la..hihihi:)

  10. affuan Says:

    Auw! Terasanya saya Irwan. Haha. Nanti saya ada M2U boleh lah kemaskini. Hehe.

  11. irwan.dahnil Says:

    affuan,

    CIMB pun buleh.. :)

  12. affuan Says:

    Xde jugak. Saya ada HSBC, RHB ngan AMB je. Sumer current acc lak tu. Hehe.

Leave a Reply