Permainan Saidina

by admin on 08/08/2007

permainan saidinaTeringat saya suatu ketika dahulu saya pernah bermain permainan saidina. Walaupun agak seronok bermain permainan ini bersama seorang kenalan suatu ketika dahulu tetapi saya tidak memahami maksud tersirat dari permainan ini kerana tiada bimbingan dari orang dewasa.

Beberapa hari lalu sempat jugak singgah di Tesco dan membeli permainan Saidina iaitu sebuah permainan yang membina daya niaga para pemainnya . Permainan ini telah diperkenalkan pada tahun 1978 dan Ianya memberikan anda keseronokan menjadi seperti orang kaya. Secara tidak langsung ianya dapat menambah kemahiran perniagaan.

Tujuan permainan Saidina adalah membeli harta dan mendapatkan keuntungan daripadanya dan menjual semula atau menyewakannya sehingga kekayaan para pemain berlipat ganda. Pemain yang dapat mengumpulkan kekayaan paling banyak akan digelar “SAIDINA”. Permainan ini boleh dimainkan oleh 2 hingga 6 orang dan Ianya sesuai dimainkan oleh orang tua dan orang muda.

Permainan ini terdapat beberapa versi iaitu

  • Saidina – Standard
  • Saidina – Traveller
  • Saidina – Kuala Lumpur
  • Saidina – Pulau Pinang
  • Saidina – Hill & Beach
  • Saidina – Chinese
  • Saidina – Chinese Traveller

Kalau suruh budak-budak main tak payah di ajar, tau je macam mana cara nak main. Walaupun tidak pernah bermain saidina tetapi mereka mempunyai asas permainan billionaire ataupun jutaria yang hampir sama konsepnya.

Mungkin di sebabkan harga permainan saidina lebih mahal sedikit berbanding permainan billionaire ataupun jutaria. Harga saidina ni lebih kurang RM30.++ berbanding billionaire ataupun jutaria yang boleh dibeli dengan harga bawah RM10.00

Apa yang saya nampak permainan ini dapat meningkatkan daya niaga, kemahiran mengira dan membuat keputusan. Ianya merupakan sebuah permainan yang menarik terutamanya sekiranya dimainkan dalam masa yang panjang sehingga ada yang bankrup dan terpaksa mengadaikan semua harta untuk membayar hutang kepada bank ataupun pemain lain.

Selamat bermain…

P/s : Lepas ni aku kene tanya Pakdi pulak la macam mana nak dapatkan Permainan Cash Flow.

Popularity: 100% [?]

{ 22 comments… read them below or add one }

Afzai Afandi August 9, 2007 at 12:14 am

Masa kecik2 dulu, kalau kat rumah jarang sangat main. Pada aku masa paling seronok main saidina ni lepas habis peperiksaan akhir tahun.Dengan cikgu2 pun tumpang sekaki :)

hasrul August 9, 2007 at 9:59 pm

Ya.. memang bagus permainan ni… Saya dulu pun rajin main masa sekolah2.

Badruzamani Azmi August 10, 2007 at 9:24 am

Lebih kurang sama macam Monopoly aja. Ada juga versi JUTARIA. Tapi, konsepnya sama. Masa sekolah dulu rajin main. Tapi, ustaz rampas lepas kawan – kawan main masa saya dan ramai pelajar lain pi solat asar di surau sekolah. Kemudian, bila jumpa Monopoly di internet 3 tahun lepas, rajin juga main. Tapi, sekarang dah tak layan sebab asyik menang aja dengan komputer. :)

Abooain August 10, 2007 at 5:20 pm

Dulu-dulu permainan ni paling saya minat, kebiasaannya sampai bergolok bergadailah, jarang-jarang le dapat jadi JUTAWAN (No.1).

Permainan ini memang dapat membina minda kita agar berfikiran sebagai seorang usahawan. Cuma bila dah berkeluarga ni tak sempat dah nak main, walaupun keinginan nak jadi JUTAWAN SAIDINA tu sentiasa ada …. :)

Noorizam Shah August 10, 2007 at 9:02 pm

lagi best kalau main cash flow… set cash flow boleh di perolehi dalam anggaran tak salah saya RM300 ke RM600 ..

cuba tgk kat richdad.com :D

reezluv August 11, 2007 at 2:08 pm

memang best..dulu aku gile main die..tambah-tambah dah banyak rete..hehe

Fahmi August 15, 2007 at 11:57 am

huhuhuhu…ketika membaca post ini teringat kan aku tentang nostalgia lama…syarikat permainan malaysia (SPM) yang buat saidina ni hidup lagi ke?

tetiba terasa nak beli plak…hehe.. :D

Abooain August 15, 2007 at 5:22 pm

betul tu Fahmi, terasa nak beli lah pulak …….. tapi beli dia punya game pun tak pe jugak, leh lawan komputer :)

pakdi August 15, 2007 at 5:38 pm

mmg susah sket nak dapatkan cashflow tu. saya kira nasib baik dapat 3 set cashflow 101 tu. kebetulan ada abang sambung belajar di US.

titan September 16, 2007 at 6:40 pm

Dah lama tak main saidina. Teringat masa kecil-kecil dulu. Selalu kalah dengan budak2 dalam kelas. Sekarang diorang entah ke mana, saidina pun entah ke mana..

mocot February 22, 2008 at 4:38 pm

ad ke game saidina utk komputer? leh sesape bg link utk donload x..

admin February 22, 2008 at 6:11 pm

mocot rasanya takde versi online punya.

Afzai Afandi November 6, 2009 at 2:25 pm

Masa kecik2 dulu, kalau kat rumah jarang sangat main. Pada aku masa paling seronok main saidina ni lepas habis peperiksaan akhir tahun.Dengan cikgu2 pun tumpang sekaki :)

putri sakirah November 12, 2009 at 6:28 am

tolong adakan games saidina di internet

putri sakirah November 12, 2009 at 6:28 am

tolong adakan games saidina di internet

putri sakirah November 12, 2009 at 6:33 am

memang bagus pun!!!baru tau ke?

putri sakirah November 12, 2009 at 6:33 am

memang bagus pun!!!baru tau ke?

hana October 7, 2010 at 6:49 pm

waw….saya amat meminati cerita ini………. <:-P

samil November 11, 2010 at 9:59 pm

bila cakap pasal saidina ingat kecik2 dlu kalau main saidina ngan adik beradik sampai lewat malam . oh sweet memory >:D<

aimun November 14, 2010 at 4:14 pm

inilah game paling best dalam hidupku.. =D> $-) Saidina $-)

hakim November 24, 2011 at 9:12 am

macam mane plak nk bagi duit ???????? :-w (:|
o->

hafiz November 26, 2011 at 4:06 am

mana nk download game ni..

Leave a Comment

~X( ~O) ~:> o=> o-> o-+ b-( ^:)^ ^#(^ [..] [-X [-O< [-( X_X X( O:-) L-) I-) B-) @};- @-) >:P >:D< >:/ >:) >-) =P~ =D> =; =:) =)) =(( <:-P <):) ;;) ;)) ;) :| :x :whistle :rock :o3 :dance :bz :blush :ar! :^o :P :O) :D :@) :> :-w :-t :-q :-j :-h :-c :-bd :-SS :-S :-O :-L :-B :-@ :-?? :-? :-< :-/ :-* :-& :-$ :)] :)>- :)) :) :(|) :(( :( :!! 8-} 8-| 8-X 8-> 3:-O /:) *-:) **== (~~) (:| (*) (%) %-( %%- $-) #:-S #-o

 

Previous post:

Next post: