Aug 31 2007

Malaysiaku Gemilang

Sempena hari merdeka ini boleh la balas tag kawan-kawan. Tag yang sama dari saudara Afzai Afandi, Sharizal Shafei iaitu “Kenapa aku berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia?”

“Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke 50 buat semua warga negara Malaysia. Saya turut berbagga menjadi rakyat Malaysia yang hidup aman dan damai sejahtera. Semoga kemerdekaan yang di kecapi sehingga ke hari ini dihargai oleh semua warganya. Kita lah pelapis jenerasi yang akan mempertahankan kedaulatan negara Malaysia. Kerana Mu Malaysia….”

Sila nyanyi lagu di bawah sehingga habis untuk merasai aura kenapa aku berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

KERANAMU MALAYSIA

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

( repeat from beginning )

Keranamu Negara Malaysia
Malaysia…
Terima kasih Malaysia !

Untuk tajuk ini saya tidak mahu tag sesiapa.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Related posts:

  1. Banyaknya tag
  2. Soalan PTK
  3. Tingkatkan trafik dengan secara offline
  4. Review Buku Rahsia Blogger
  5. Selamat Hari Raya Aidil Adha & Tahun Baru 2007

TAGS:

1 Comments on this post

Trackbacks

  1. Afzai Afandi said:

    Amacam sambutan kemerdekaan di sekolah??Minggu pula dah tentu sibuk ngan UPSR yer…

    Sebenarnya dah beberapa hari nak komen kat sini tapi bila klik dia keluar error 404.

    September 2nd, 2007 at 9:17 pm

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog