Archive for September, 2007

Genap 1 tahun

Sunday, September 16th, 2007

Hari khamis yang lalu genap sudah satu tahun usia domain saya ni. Alhamdulillah. Kini misi dan visi saya adalah untuk meneruskannya untuk tahun ke 2 pula.

Ini lah pertama kali saya menyambung (renew) semula domain yang telah saya gunakan. Yang mana sebelum ini saya juga mempunya ada 2 domain yang tidak saya renew. Di antara sebab mengapa saya tidak menyambungnya semula kerana domain tersebut adalah kerana

  1. Domain sukar di ingati. Rasanya di blog SaifulSham ada menyatakan domain yang mudah di ingat adalah menggunakan nama orang.
  2. Terlalu kerap mengupdate. Kalau boleh “macam-macam ada” kat portal tersebut. Sehinggakan apa bila berlaku error dah tak boleh undo semula kerana tiada membuat sebarang backup pun. Pada ketika itu portal berasaskan php-nuke popular. Orang nak buat portal aku pun nak buat portal orang nak main kereta lu pun nak main kereta lain kali kalau takde duit jadi mat rempit aje la. (dialog zul huzaimi impak maksima) :)
  3. Tidak menerima email remainder untuk memperbaharui domain tersebut.
  4. Kawalan domain panel tidak diberikan untuk menukar domain ke mana-mana hosting. Ini akan menyukarkan anda menukar domain ke hosting yang lain di sebabkan membeli domain dan hosting dengan penyedia yang sama. Kalau boleh belilah domain dan hosting di tempat yang lain.
  5. Email support yang di hantar tidak berbalas.

Di bawah adalah beberapa tool yang telah saya cuba untuk melihat penerimaan blog ini oleh Technorati, Alexa, Google, Yahoo

(more…)

Tahukah anda?

Wednesday, September 5th, 2007

Hari ini saya nak balas tag yang kedua dari Saudara Sham Raja Adsense dan Saudara Amir Hakimi iaitu “Tahukah anda ”dan“Lapan fakta mengenai diri” . Walaupun lambat tapi saya balas juga tag ni. Oleh kerana tag En. Amir lebih kurang sama dengan tag sham jadi saya serapkan sekali tag tersebut dengan tag

Tahukah anda?

1. Pernah joint citrawarna

Saya pernah menyertai persembahan Citrawarna seperti persembahan di Dataran Merdeka Jumaat yang lalu kalau tidak salah saya pada tahun 2001 di Shah Alam. Rata-ratanya adalah bakal guru yang membuat persembahan. Setiap kali hari kemerdekaan di sambut pasti saya akan mengingati kembali peristiwa berlatih step tarian dan menghafal lirik lagu Keranamu Malaysia di bawah pimpinan komposer Pak Ngah di Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur.

2. Handphone pertama

Oleh kerana shuth bercerita tentang handphone saya pun nak jugak cerita tentang handphone buruk Nokia 6600 saya ini. Ianya merupakan handphone yang pertama saya beli apabila tertarik melihatnya di laman web nokia.com.my yang mana pada ketika itu nokia baru memperkenalkan handphone baru Nokia 6600. Beberapa tahun kemudian barulah saya terasa bertapa ruginya saya membazirkan duit membeli handphone yang mencecah 2k pada mula ianya di keluarkan. Sekarang 5 ratus pun dah dapat seketul. Ini lah handphone yang masih saya gunakan sehingga sekarang walaupun kadangkala ianya meragam. Pada masa tu nakkan handphone canggih untuk memudahkan saya menjalankan bisnes topup.

3. Jual Topup

Bermula pada tahun 2004 dengan menjual topup menggunakan laman web percuma http://www.freewebs.com/myreload yang hanya berjaya mendapat 3 orang pelanggan sahaja. Jadilah… walaupun percuma . Ini lah satu-satunya perniagaan MLM yang saya jalankan sehingga sekarang.

4. Perkhidmatan percuma

Menawarkan khidmat percuma membaiki komputer kepada awek-awek pelajar maktab yang mengalami kerosakan komputer secara percuma. Masa tu tak pandai bisnes-bisnes ni. Niat nak tolong orang je…

5. Membina laman web

Kira-kira 6 tahun yang lalu. Saya meminta rakan sekuliah melihat laman web saya yang hanya mempunyai tulisan sahaja. Laman web pertama saya adalah sebuah file yang bernama index.html yang hanya menyenaraikan search engine yang yang tidak mempunyai hyperlink kerana saya tidak tahu membuatnya pada masa itu dan sering berulang alik ke cyber cafe dengan sekeping disket untuk mengupdate laman web tersebut yang semakin hari semakin bertambah kandungannya kerana tidak mempunyai sambungan internet di rumah pada masa dahulu. Buat laman web syok sendiri. Entah ada orang tengok entah idak. Sekarang orang tak pakai disket dah.

(more…)