Tahukah anda?
Hari ini saya nak balas tag yang kedua dari Saudara Sham Raja Adsense dan Saudara Amir Hakimi iaitu “Tahukah anda â€dan“Lapan fakta mengenai diri†. Walaupun lambat tapi saya balas juga tag ni. Oleh kerana tag En. Amir lebih kurang sama dengan tag sham jadi saya serapkan sekali tag tersebut dengan tag
Tahukah anda?
1. Pernah joint citrawarna
Saya pernah menyertai persembahan Citrawarna seperti persembahan di Dataran Merdeka Jumaat yang lalu kalau tidak salah saya pada tahun 2001 di Shah Alam. Rata-ratanya adalah bakal guru yang membuat persembahan. Setiap kali hari kemerdekaan di sambut pasti saya akan mengingati kembali peristiwa berlatih step tarian dan menghafal lirik lagu Keranamu Malaysia di bawah pimpinan komposer Pak Ngah di Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur.
2. Handphone pertama
Oleh kerana shuth bercerita tentang handphone saya pun nak jugak cerita tentang handphone buruk Nokia 6600 saya ini. Ianya merupakan handphone yang pertama saya beli apabila tertarik melihatnya di laman web nokia.com.my yang mana pada ketika itu nokia baru memperkenalkan handphone baru Nokia 6600. Beberapa tahun kemudian barulah saya terasa bertapa ruginya saya membazirkan duit membeli handphone yang mencecah 2k pada mula ianya di keluarkan. Sekarang 5 ratus pun dah dapat seketul. Ini lah handphone yang masih saya gunakan sehingga sekarang walaupun kadangkala ianya meragam. Pada masa tu nakkan handphone canggih untuk memudahkan saya menjalankan bisnes topup.
3. Jual Topup
Bermula pada tahun 2004 dengan menjual topup menggunakan laman web percuma http://www.freewebs.com/myreload yang hanya berjaya mendapat 3 orang pelanggan sahaja. Jadilah… walaupun percuma . Ini lah satu-satunya perniagaan MLM yang saya jalankan sehingga sekarang.
4. Perkhidmatan percuma
Menawarkan khidmat percuma membaiki komputer kepada awek-awek pelajar maktab yang mengalami kerosakan komputer secara percuma. Masa tu tak pandai bisnes-bisnes ni. Niat nak tolong orang je…
5. Membina laman web
Kira-kira 6 tahun yang lalu. Saya meminta rakan sekuliah melihat laman web saya yang hanya mempunyai tulisan sahaja. Laman web pertama saya adalah sebuah file yang bernama index.html yang hanya menyenaraikan search engine yang yang tidak mempunyai hyperlink kerana saya tidak tahu membuatnya pada masa itu dan sering berulang alik ke cyber cafe dengan sekeping disket untuk mengupdate laman web tersebut yang semakin hari semakin bertambah kandungannya kerana tidak mempunyai sambungan internet di rumah pada masa dahulu. Buat laman web syok sendiri. Entah ada orang tengok entah idak. Sekarang orang tak pakai disket dah.
Di sini saya berminat untuk membaca cerita menarik dari 5 blog berikut :
Kata shuth “mari kita lihat sepanjang mana tag cara baru ini akan pergi… YOSH!”
Sekiranya tiada maklum balas maka tag ini akan tamat di sini sahaja.
=========
Syarat Poyo
=========
Untuk menjadikan tag ini sebuah viral.. orang2 yang menyahut tag ini perlulah meletakkan link asal-usul tag ini bermula.. sebagai contoh…
Tag Source: Shuth > Alang > Robotys > Sham
Popularity: 7% [?]

Subscribe to RSS Feed

September 5th, 2007 at 8:59 am
maaf cikgu, saya tak dapat sambut tag tu sebab saya dah pun sambut tag tu awal-awal lagi. alang dah campak tag 5 perkara kat saya dan dah pun dijawab di blog.
sila la baca yer..
September 5th, 2007 at 1:43 pm
[...] Source: Shuth > Alang > Robotys > Sham > Maizul Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and [...]
September 13th, 2007 at 12:37 am
wahhh pernah join citra warna yer… mrasa… ada jugak bakti kepada negara…
September 13th, 2007 at 12:39 am
selamat menjalani ibadah puasa..Maizul
September 15th, 2007 at 12:06 am
Salam Cikgu,
Lama jugak sy tak jenguk sini, wah menarik jugak cerita tu.. selamat berposa ekk…
September 15th, 2007 at 10:27 am
Ingat lagi ke lagikah tarian dan lirik lagu kat Citrawarna tu ? hehe
nota : Selamat Berpuasa untuk Maizul sekeluarga!
September 15th, 2007 at 12:36 pm
Fahmi dah lupa dah step tariannye…
September 17th, 2007 at 6:39 am
Salam ramadhan en mazri…
nak tergelak baca bahagian ni
“sering berulang alik ke cyber cafe dengan sekeping disket untuk mengupdate laman web tersebut yang semakin hari semakin bertambah kandungannya kerana tidak mempunyai sambungan internet di rumah pada masa dahulu. Buat laman web syok sendiri”
Sebab nak tergelak, situasi kita lebih kurang sama dulu..
Semangat nak buat web berkobar – kobar. CC jadi tempat latihan pertama.
September 18th, 2007 at 5:04 pm
Amirol oh ye ke sama… Masa tu memang tengah syok nak buat laman web ni. Walaupun ada komputer di rumah tapi internet takde terpaksa la update website di CC.
October 24th, 2007 at 11:59 am
hai..kite nih macam sama..saya pun belajar wat website gune html yang text aje masa saya tingkatan 4 kira2 7 tahun yang lalu..sekarang nih alhamdulilah bolehlah..