Hari khamis yang lalu genap sudah satu tahun usia domain saya ni. Alhamdulillah. Kini misi dan visi saya adalah untuk meneruskannya untuk tahun ke 2 pula.
Ini lah pertama kali saya menyambung (renew) semula domain yang telah saya gunakan. Yang mana sebelum ini saya juga mempunya ada 2 domain yang tidak saya renew. Di antara sebab mengapa saya tidak menyambungnya semula kerana domain tersebut adalah kerana
- Domain sukar di ingati. Rasanya di blog SaifulSham ada menyatakan domain yang mudah di ingat adalah menggunakan nama orang.
- Terlalu kerap mengupdate. Kalau boleh “macam-macam ada” kat portal tersebut. Sehinggakan apa bila berlaku error dah tak boleh undo semula kerana tiada membuat sebarang backup pun. Pada ketika itu portal berasaskan php-nuke popular. Orang nak buat portal aku pun nak buat portal
orang nak main kereta lu pun nak main kereta lain kali kalau takde duit jadi mat rempit aje la. (dialog zul huzaimi impak maksima)
- Tidak menerima email remainder untuk memperbaharui domain tersebut.
- Kawalan domain panel tidak diberikan untuk menukar domain ke mana-mana hosting. Ini akan menyukarkan anda menukar domain ke hosting yang lain di sebabkan membeli domain dan hosting dengan penyedia yang sama. Kalau boleh belilah domain dan hosting di tempat yang lain.
- Email support yang di hantar tidak berbalas.
Di bawah adalah beberapa tool yang telah saya cuba untuk melihat penerimaan blog ini oleh Technorati, Alexa, Google, Yahoo
Setelah hampir setahun berbloging nilai blog saya sekarang adalah $37,823.18 sahaja. Orang lain nak buat blog anda pun boleh buat blog jugak. Jangan risau dapatkan panduannya di sini.

My blog is worth $37,824.18.
How much is your blog worth?
Dari segi SEO pula berikut adalah grade yang diperolehi dari Website SEO Score Tool websitegrader.com
| Website Grade | 88 |
| Google Page Rank | 3 |
| Alexa Rank | 782,826 |
| Technorati Rank | 83,970 |
| Google Inbound Links | 92 |
| Yahoo Inbound Links | 3,761 |
| Delicious Saved Count | N/A |
| Google Indexed Pages | 188 |
PS. Ingatkan nak pos artikel ni hari khamis yang lalu tetapi terlewat nak pos artikel baru kerana terlalu syok bermain games. Mungkin nanti saya akan membuat review mengenainya.
PSS. Ruangan forum pun nampak semakin aktif dan ramai yang mula mendaftar terima kasih di atas sokongan anda sekalian.
PSSS. Selamat berpuasa buat pembaca blog saya.
Popularity: 3% [?]











{ 14 comments… read them below or add one }
Maizul, memang lah susah sikit beli domain dgn hosting tempat yg sama, kita tak diberi domain panel, sy pun dulu ada beli domain hosting sekali, dah tak renew dah domain hosting tu, seeloknye beli lain2, bila nak tukar hosting senang kalau hosting tak bagus. domain saya sekarang beli lain2. Boleh tahan harga blog dan seo tu yer..he3..
Tahniah,tahniah..dah setahun berblog yer!!
Teruskan untuk tahun kedua. Kalaulah harga blog tu boleh diclaim..fuyooo
Tahniah, buat Maizul, kerana berjaya bertahan untuk satu tempoh yang lama, Insya-Allah saya doakan semoga bertahan di tahun kedua dan tahun-tahun seterusnya.
Kalau budak umur setahun ni dah boleh berlari dah, ke camner AA?
Tahniah, Maizul….teruskan!!!!
Saudara Abooain terima kasih…
saya jugak nak ucapkan tahniah maizul..semoga anda terus berkarya di alam internet ni..Well done :-)
Ramai juga yang genap setahun la, dua tahun pada bulan September…
Semoga bisnes internet berkembang maju
tahniah dari kita jugak..kita dah lama main internet ni tapi suka-suka yang tak tentu pasal…sekarang ni baru betul-betul menuju jalan yang betul…harap tunjukkan jalan yang benar
Guna registrar untuk daftar domain . Antaranya namecheap dan godady. Saya guna godaddy. Suka kita nak tukar bila. senang urus domain sendiri.
salam..
teruskan lagi Maizul.. biar bertahun2.. tp ada isi..
saya dedulu masa mula beli domain.. tp takde isi.. adalah 1 1/2 jadi tempat simpan fail jer. rugi2..
tp la ni dah continue .. dah masuk tadika dah domain tu.. X-D
Ya Teruskan Usaha Anda
hmm..tahniah!
sy pun baru je beli hosting baru,ni blog pun belum update lg,huhu..
tahniah….tempoh domain u lebih kurang dengan tempoh domain i..cuma lebih 1234 bulan jer
Semangat dan fokus tak boleh lari. Saya agak lama juga berkecimpung dalam bisnes internet ni. Alhamdulilah rezeki saya semakin rancak. Target saya untuk mendapat RM400 sehari kini tercapai. Cuma masalahnya saya belum ada current akaun lagi. Asyik kena update buku bank je. Ada cara paling senang nak dapatkan current maybank account?
salam..
teruskan lagi Maizul.. biar bertahun2.. tp ada isi..
saya dedulu masa mula beli domain.. tp takde isi.. adalah 1 1/2 jadi tempat simpan fail jer. rugi2..
tp la ni dah continue .. dah masuk tadika dah domain tu.. X-D