Rahsia Blogger - Membongkar Rahsia Buat Duit Dengan Blog adalah merupakan buku yang dikarang oleh saudara Mohd Suhaimi (mohdsuhaimy.com) & Mohammed Farid (sanginternet.com)
Cepat juga saya terima buku ni. Saya memesannya pada 1 November lalu dan telah menerima sampul pos ekspres bersaiz 353 mm X 250 mm pada 2 atau 3 haribulan errr… lupa tapi pada sampul ni tarikh 1hb masa ianya di poskan. Kita dapat pesanan je terus buat proses penghantaran takde la saya lama tunggu buku ni sampai. Terima kasih shuth.

Buku ini mengandungi lebih kurang 100 lebih muka surat. Saya suka akan saiznya yang agak nipis dah mudah di bawa ke mana-mana. Walaupun nampak je nipis tapi saya mengambila masa beberapa hari jugak untuk menghabiskannya. Di sebabkan buku padat dengan maklumat dan info yang berguna.
Saya suka membaca blog shuth yang kadangkala meletakkan sedikit humor di dalam blog beliau. Itu lah yang membuatkan saya teruja untuk mendapatkan buku ini. Apakah sama penulisan beliau di dalam buku, sama seperti di dalam blog dan apakah rahsia shuth yang mampu menjana wang yang banyak melalui blog.
(more…)