Ebook TipsHartanah
Oleh kerana ke terujaan untuk membeli rumah belum bagi reda maka saya telah mendapatkan Panduan Membeli Rumah melalui laman web tipshartanah.com.
Sememangnya ebook ini telah lama berada dipasaran, yang mana sejak ianya di keluarkan saya tidak bercadang untuk memilikinya buat masa itu. Pada minggu lepas saya telah mendapatkan ebook ini.
Penulis ebook ini ialah saudara Mohd Khairul. Ebook setebal 100 muka surat ini bagi saya banyak membantu dalam perkara-perkara yang saya sendiri kurang arif tentangnya. Di dalam ebook ini terdapat 6 bab yang penting iaitu :
Bab 1. Pencarian Rumah
Bab 2. Melawat Periksa Rumah
Bab 3. Penilaian Hartanah
Bab 4. Membuat Bayaran & Dokumentasi
Bab 5. Membuat Pinjaman Perumahan
Bab 6. Isu-isu Pembelian Rumah.
Setiap bab pula dipecahkan kepada beberapa sub topik yang memudahkan pembaca untuk memahami kaedah-kaedah yang perlu di fahami. Saya sangat berpuas hati memilikinya. Sekurang-kurangnya dapatlah menjimatkan sedikit wang yang tidak perlu di belanjakan untuk caj-caj tidak diketahui.
Saya yakin, ebook ini tidak mudah di perolehi secara haram kerana mempunyi ciri-ciri keselamatan di dalamnya. Setiap pembeli ebook akan di daftarkan nama dan akaun emailnya di dalam ebook tersebut.
Mungkin pemilik-pemilk ebook boleh mencuba kaedah ini sebagai salah satu penyesaian kepada penyebaran ebook berbayar sacara tidak sah. Maklum lah berberapa hari yang lalu terdapat sebuah laman web jualan yang menyebarkan ebook-ebook Usahawan Internet secara timbang kati je.
Apa-apa pun banyak lagi informasi dan faedah yang bakal di perolehi dengan melawat laman tipshartanah ruangan forum terbuka juga turut di sediakan.
November 9th, 2007 at 9:40 am
timbang kati.. hehe…
Oh.. bagus juga ye buku tu..
November 10th, 2007 at 12:40 pm
wow… info berguna ni… ini antara produk yang tak akan luntur jualannya… sebab sentiasa ada orang yang ingin membeli rumah… kalau kita tak tahu, dengan ebook ini akan membantu kita menguruskan kewangan serta tips hebat adalah tak perlu belanjakan banyak wang pada hal-hal yang tidak perlu.. mungkin bila keadaan dah stabil nanti dan merancang nak beli rumah, ebook ni akan am cari…
November 11th, 2007 at 6:10 pm
Satu ebook yang niche,tentang rumah.sape tak nak memiliki rumah kan?Bagus2.satu kaedah pengurusan kewangan dan perumahan terancang.
Best ni..
November 14th, 2007 at 7:45 am
Ebook ni kalau kena pada permintaannya…
dah terbukti boleh masyuk…
Saya pun ada bercita-cita nak beli dan ada rumah sendiri…asyik nyewa jer…tapi seronoknya kalau ada rumh sendiri kat kampung…ada laman luas, tepi sawah…ada tali air…indahnya permandangan…damainya ku rasa