Akaun paypal kene block?

Dapatkan kemaskini dari blog ini dengan segera melalui langganan RSS feed atau dengan mendapatkan newsletter dari blog ini.

Di dalam artikel yang lepas saya ada menceritakan mengenai masalah saya yang berkaitan dengan paypal . Sebenarnya akaun paypal saya telah di block oleh paypal disebabkan gara-gara “name match” seperti yang pernah di hadapi oleh saudara Ahmad Azwan. Ianya bermula apa bila saya cuba untuk verified kan akaun paypal saya.

Di antara masalah yang saya hadapi dengan mempunyai akaun paypal yang masih unverified.

  1. Duit komisyen daripada mempromosikan report percuma dengan mendapat bayaran bagi setiap report yang di download akan di pulangkan semula dalam tempoh tertentu sekiranya akaun paypal masih lagi unverified.
  2. Terlepas pelanggan dari Jerman (pelajar Malaysia) yang ingin mendapatkan Panduan Kit Blogger yang menghadapi masalah pembayaran, disebabkan saya tidak menerima pembayaran melalui kad kredit.
  3. Tidak dapat membeli barangan di internet yang rata-ratanya menggunakan paypal untuk membuat pembelian.

Oleh di sebabkan akaun saya telah diblock maka saya terpaksalah menghantar juga dokumen yang di perlukan oleh paypal. Saya telah cuba untuk fax kan dokumen yang diperlukan seperti berikut melalui operator 101 :

  1. Salinan IC/Pasport/Lesen Memandu (yang menggandungi gambar dan tarikh lahir)
  2. Salinan Bil Utiliti (untuk pengesahan alamat)

Malangnya saya tidak berjaya untuk fax kan dokumen yang dikehendaki kerana apabila saya cuba fax beberapa kali bunyi talian engaged. Disebabkan dah banyak kali cuba pun tak mau jugak maka saya pun mengambil keputusan untuk menghantarnya secara pos sahaja.

Saya menggunakan sampul surat bersaiz A4. Setelah di timbang surat saya tersebut kene lah RM5.70. Saya telah menggunakan perkhidmatan Air Mail. 15 hari kemudian baru lah saya menerima email pemberitahuan bahawa dokumen tersebut telah sampai ke US. Pada mulanya ada jugak tanya perhidmatan courier yang boleh sampai dalam masa 3 hari sahaja tapi kene bayar RM100++ la. Bagi saya biar lambat asalkan saya dapat menggunakan paypal.

Alhamdulillah akaun paypal saya sudah boleh digunakan semula. Diharap sekiranya anda juga menghadapi masalah yang sama seperti ini anda boleh memilih sama ada untuk fax ataupun menghantarkannya secara pos.

PS : Saya baru sahaja habis membaca buku Rahsia Blogger dan ebook Panduan Mudah FTP. Isnyallah saya akan tuliskan reviewnya nanti.

PSS : Jangan lupa untuk langgan blog update saya untuk info yang terkini.

5 Responses to “Akaun paypal kene block?”

  1. AfzaiAfandi Says:

    ho,ho… cemas jugak camtu ekk. Apa pun syukur kerana akaun paypal dah berjaya digunakan semula.

  2. Wirasutra Says:

    Salam,

    Apa maksud saudara masalah ‘name match’ tu?

  3. admin Says:

    Wirasutra > entah mungkin paypal mempunyai senarai nama-nama pengganas & nama saya kelihatan macam pengganas kot. Tapi adik saya punya akaun & namanya ada muhamad elok je.

  4. matzis Says:

    Cikgu, ermmm mengapa dari dulu tak verified akaun paypal tu..kan susah jadinya..nasib baik boleh dapat selesaikan masalah…apa-apapun yang lain kena beringat….akaun paypal memudahkan semua urusan jual beli di internet.

  5. reezluv Says:

    wa..sekali lagi datang web ni dh semakin maju nampaknya cikgu..amacam bisnes?ada baik?hehehe..

    so far pasal paypal ni tak pernah jadi lagi kat aku..coz tak pernah lagi la wat transaction besar besar..setakat jual banner dan terima payment dari client je..:)

    apa pun wish the best 4 u..

Leave a Reply