Archive for December, 2007

Kaedah mencari pasaran menguntungkan

Wednesday, December 26th, 2007

Di sini saya ingin memperkenalkan kepada anda mengenai sebuah ebook baru yang bertajuk Teknik Niche. Ianya sebuah ebook hasil kajian yang telah di lakukan oleh Saudara Amirol. Bagi anda yang sering ke blog saya ni pasti dah lihat banner yang besar di sebelah kanak blog saya ni.

Di dalam ebook ini anda akan di ajar :

  • adakah anda memahami bagaimana untuk menentukan pasaran niche anda, bagaimana cara menentukan sama ada ianya lumayan atau tidak.
  • anda akan mempelajari bagaimana membina blog wordpress niche pertama anda, bagaimana untuk membuat kajian kata kunci untuk blog tersebut, membina kandungan dan menjana pendapatan darinya.
  • anda akan mengetahui langkah demi langkah untuk mengenal pasti masalah demi masalah di dalam pasaran niche anda seterusnya mencipta produk informasi digital anda.

Apa yang menarik di dalam ebook ini ianya disertakan sekali dengan buku kerja yang mana anda sendiri boleh menduplikasikan langkah-langkah kajian yang boleh anda lakukan sendiri seperti gambarajah-gambarajah yang di sertakan di dalam ebook ini.

Ada beberapa plugin yang telah saya tambah baru-baru di dalam blog saya ini hasil daripada bacaan dan kepentingan di dalam ebook tersebut. eBook ini setebal 120 muka surat.

Klik banner di bawah untuk mendapatkannya.

Lahirnya Seorang Jutawan

Tuesday, December 25th, 2007

Hari ini saya ingin mengulas sedikit mengenai buku Lahirnya Seorang Jutawan. Buku ini setebal 220 muka surat, tidak termasuk kulit dan beberapa helaian senarai buku yang lain. Kebanyakkan design kulit buku saudara Azizi Ali semuanya sama cuma warna kulit buku dan tajuk ni je yang berbeza.

Rasanya ini adalah satu penjenamaan bagi buku-buku karangan Azizi Ali. Kalau saya tengok dari jauh mesti saya dah tau buku siap ni. Warnanya cukup menarik perhatian. Kalau tengok dari jauh kulit buku yang ada warna unggu dan hitam pula sudah tentu saya dapat agak buku tu tulisan Robert T. Kiyosaki.

Pada dasarnya buku ini menceritakan tentang bagaimana untuk kekal sebagai pekerja dan menjadi jutawan. Saya seronok dan teruja membacanya apabila mengetahui bagaimana saudara Azizi Ali bermula. Permulaan buku ini, beliau menceritakan kisah hidup beliau di bangku sekolah sehinggalah beliau menyertai syarikat penerbangan pada Fabruari 1981 ketika berumur 18 tahun. Kalau ikutkan bulan 2 dan tahun tersebut aku baru je lahir di lahirkan.

Di antara tajuk-tajuk yang saya suka di dalam buku ini adalah :

  1. Perjalanan Hidup Saya Sebagai Seorang Pekerja.
  2. Anda Tidak Perlu kebenaran untuk Menjadi Kaya.
  3. Bagaimana untuk Menjadi Pekerja yang Mempunyai Pasaran
  4. Serangan Dari Dua Penjuru
  5. Menjadi Ejen Bebas
  6. Pembakar Lanjut

(more…)

Report : Search Engine MYTHS

Thursday, December 20th, 2007

Baru je beberapa hari lalu 2 program pay per lead di lancarkan yang tak sempat saya letakkan di blog ini, hari ni ada lagi satu program pay per lead yang dilancarkan oleh Jon Leger. Anda akan dibayar bagi setiap report yang di muat turun. Penyertaan adalah percuma. Komisyen yang ditawarkan ialah $0.25 per refferel bagi 2-tier.

Sebagai contoh :

Jika sekiranya anda refer 10 orang anda akan memperolehi
$0.25 x 10 = $2.50 ( =RM8.40)

Oleh itu jika 10 orang itu kemudiannya masing-masing me’refer’kan pula kepada 10 orang rakan mereka maka anda akan dapat $0.25 x 10 x 10 = US$25.00 (=RM84.00)

Klik gambar di bawah untuk memuat turun. Anda perlu mengisikan nama dan alamat email anda. Setelah pengesahan email anda lakukan anda boleh memuat turun ebook ini dan juga boleh membuat duit dengan memperkalkannya kepada orang lain. Muat turun sekarang!

tn_untitled1.jpg

 

Membeli di Laman Web atau Di Kedai

Wednesday, December 19th, 2007

Hi pembaca blog Maizul,

Saya baru sahaja pulang dari bercuti bersama keluarga di Alor Star. Tak kemana pun hanya ronda-ronda di pekan Alor Star je. Agak lama juga saya tidak membuat sebarang update di blog ini. Ianya berpunca dari Sistem Fokus. Oleh sebab itu lah saya tidak berkesempatan menulis kerana lebih menumpukan kepada kerja-kerja yang perlu saya siapkan untuk projek saya. eBook tersebut banyak membantu terutamanya dalam mengesan punca hilang fokus dan cara menyelesaikannya. Bukan itu sahaja terdapat tool-tool yang boleh membantu mengatasi masalah fokus. Alhamdulillah siap jugak la kerja saya, walaupun masih ada projek yang saya mulakan dari bulan 4 tahun ini masih lagi belum siap sepenuhnya.

Sambil menulis post ni, ada pulak posmen menghantar buku yang saya pesan dari millionairesplanet.com

tn_abcd0004.JPG

Buku Lahirnya Seorang Jutawan
(more…)

Direktori Blogger Malaysia

Saturday, December 1st, 2007

Rakan saya iaitu saudara Farizal atau lebih dikenali sebagai Ibnu Hassim baru sahaja melancarkan sebuah laman direktori khas untuk para blogger.

Tujuan direktori ini di wujudkan adalah bagi memudahkan carian blog dan menghimpunkan blog-blog mengikut kategori di bawah satu bumbung.

Selepas ini pencarian untuk blog akan lebih mudah dengan mengikut kategori yang ingin di cari seperti hobi, perniagaan internet, resepi dan lain-lain lagi. Sekiranya anda mempunyai blog bolehlah di senaraikan di direktori ini. Anda boleh menyenaraikan blog anda di sana dengan klik logo di bawah.