Membeli di Laman Web atau Di Kedai

Dapatkan kemaskini dari blog ini dengan segera melalui langganan RSS feed atau dengan mendapatkan newsletter dari blog ini.

Hi pembaca blog Maizul,

Saya baru sahaja pulang dari bercuti bersama keluarga di Alor Star. Tak kemana pun hanya ronda-ronda di pekan Alor Star je. Agak lama juga saya tidak membuat sebarang update di blog ini. Ianya berpunca dari Sistem Fokus. Oleh sebab itu lah saya tidak berkesempatan menulis kerana lebih menumpukan kepada kerja-kerja yang perlu saya siapkan untuk projek saya. eBook tersebut banyak membantu terutamanya dalam mengesan punca hilang fokus dan cara menyelesaikannya. Bukan itu sahaja terdapat tool-tool yang boleh membantu mengatasi masalah fokus. Alhamdulillah siap jugak la kerja saya, walaupun masih ada projek yang saya mulakan dari bulan 4 tahun ini masih lagi belum siap sepenuhnya.

Sambil menulis post ni, ada pulak posmen menghantar buku yang saya pesan dari millionairesplanet.com

tn_abcd0004.JPG

Buku Lahirnya Seorang Jutawan

Saya belum pernah membeli buku karangan Azizi Ali sebenarnya walaupun buku kewangan yang pertama sekali saya baca adalah Jutawan dari Planet Jupiter (adik punya). Buku ini saya pesan semasa jualan promosi akhir tahun yang bermula pada 12hb - 14hb yang lalu. Ingat nak pesan 2 tapi pernah beli 2 buku di MPH last-last kedua-dua buku tak habis baca sebab hilang fokus. Kejap baca yang ni kejap baca yang tu pulak. Sebab tu beli satu je walaupun banyak buku yang diberikan harga diskaun.

Sedikit tips dari saya : Sekiranya anda ingin membeli buku dengan harga yang murah cuba bandingkan harga buku tersebut di kedai (aku selalu gi MPH Jusco) dengan harga yang di jual di laman web pemilik buku tersebut. Kebanyakkannya membeli terus di laman web lebih murah dari di kedai. Kadang tu kalau beli di kedai buku tidak disertakan sekali item-item bonus yang bakal di perolehi apabila membeli terus dari lamanwebnya. Lebih syok lagi buku terus sampai di peti surat rumah (kos penghantaran percuma). Kalau di kenekan kos penghantaran mungkin harga belian dikedai lebih murah dari laman web.

Ps: Selamat Hari Raya Aidil Adha

Pss : Kepada semua pelanggan newsletter saya, anda perlu mendaftar semula di sini, kerana saya telah membuat ruangan download yang baru. Kesulitan amat dikesali.

6 Responses to “Membeli di Laman Web atau Di Kedai”

  1. Labanon Says:

    Wah.. buku baru tu.. Saya pun baru baca satu jer buku Azizi Ali iaitu Jutawan dari Planet Jupiter. Anyway penulisan Azizi Ali memang mantap dan best :)

  2. Aizat Says:

    Rajin nya membaca. Baguslah.. Azizi Ali best gile

  3. AzamWahid Says:

    Hi semua. :)

    saya baru di laman blog ini. sila beri tunjukajar ya.

    kerja, kerja juga kan. cuti mesti ada… baru live life… heheh.

    terlihat sahaja buku COACH Azizi, saya sudahpun teruja.

    saya telah baca 80% kesemua bukunya. all i can say is, it’s nothing to loose. i meant it! i really am! :)

    antara buku garapannya, yang paling saya cadang-cadangkan adalah 2 buku, iaitu, ‘jutawan ekstrem’ dan ’senjata paling berkuasa dalam diri anda’. ini adalah 2 buku utama untuk pengenalan COACH Azizi ALi.

    PS: selamat hari raya semua.

    PPS: Sifu Maizul,
    ini adalah antara laman blog favorite saya. saya akan baca 2 post terdahulu mengikut susunan arkib dan 1 post terkini. saya mahu ikutinya dari awalan. thanks a lot Sifu.

    :D “Salam KeBAHAGIAan”

  4. AzamWahid Says:

    oh ya, saya sangat sokong dengan tip yang dikongsi oleh Sifu Maizul akan hal pembelian melalui internet.

    sedikit tambahan daripada saya. yang menarik jika kita membeli terus daripada laman khas penulisnya, secara langsung, kita akan menjalin hubungan baru dengan penulis tersebut. ini adalah bagus. kerana mungkin pembelajaran kita (kepada buku tersebut) punyai soalan tertentu. ini membolehkan kita bertanya terus kepada penulis. ini lebih bagus daripada hanya membeli buku yang sama daripada cashier kedai buku. apa kata anda? :)

  5. Abooain Says:

    Memang betul tu Maizul, memang membeli dari laman web ni lebih menguntungkan dari luar, contohnya seperti buku Rahsia Blogger oleh Shuth.

    Selamat Hari Raya Maizul!

  6. kuasadua Says:

    Bagus sebenarnya beli dari web penulis terus. Dapat diskaun lagi..Pas tu tak payah pegi kedai buku,amik masa juga tu. Mesti menarik buku azizi ali tu kan..Kalau dapat maizul ulas lah sket ttg buku tu..

Leave a Reply