Lahirnya Seorang Jutawan
Hari ini saya ingin mengulas sedikit mengenai buku Lahirnya Seorang Jutawan. Buku ini setebal 220 muka surat, tidak termasuk kulit dan beberapa helaian senarai buku yang lain. Kebanyakkan design kulit buku saudara Azizi Ali semuanya sama cuma warna kulit buku dan tajuk ni je yang berbeza.
Rasanya ini adalah satu penjenamaan bagi buku-buku karangan Azizi Ali. Kalau saya tengok dari jauh mesti saya dah tau buku siap ni. Warnanya cukup menarik perhatian. Kalau tengok dari jauh kulit buku yang ada warna unggu dan hitam pula sudah tentu saya dapat agak buku tu tulisan Robert T. Kiyosaki.
Pada dasarnya buku ini menceritakan tentang bagaimana untuk kekal sebagai pekerja dan menjadi jutawan. Saya seronok dan teruja membacanya apabila mengetahui bagaimana saudara Azizi Ali bermula. Permulaan buku ini, beliau menceritakan kisah hidup beliau di bangku sekolah sehinggalah beliau menyertai syarikat penerbangan pada Fabruari 1981 ketika berumur 18 tahun. Kalau ikutkan bulan 2 dan tahun tersebut aku baru je lahir di lahirkan.
Di antara tajuk-tajuk yang saya suka di dalam buku ini adalah :
- Perjalanan Hidup Saya Sebagai Seorang Pekerja.
- Anda Tidak Perlu kebenaran untuk Menjadi Kaya.
- Bagaimana untuk Menjadi Pekerja yang Mempunyai Pasaran
- Serangan Dari Dua Penjuru
- Menjadi Ejen Bebas
- Pembakar Lanjut
Banyak lagi tajuk-tajuk yang menarik boleh ada baca melalui buku ni. Di dalam buku ini juga memberikan anda contoh lampiran untuk membuat Parancangan Aliran Tunai Bulanan/Tahunan dan 2 lampiran lagi bagi mengesan setip sen yang dibelanjakan untuk perancangan peribadi anda. Bagi saya buku ini sangat bagus kerana penulis telah pun mengalaminya sendiri.
PS : Pendek kata, gaji yang besar sahaja tidak akan menjamin anda tempat di MillionairesPlanet.
PSS : Kelebihan membeli buku secara terus dari laman penulis anda boleh mendapatkan edisi terkini. Oh.. rupanya aku dapat buku ni edisi terkini.
December 26th, 2007 at 6:52 am
Wah, menarik gak ye. Membaca pengalaman orang yang sudi berkongsi dengan kita.
December 27th, 2007 at 12:58 am
Seronok baca buku orang2 yang dah ada pengalaman berjaya dalam mengejar impian masing2.
memotivasikan diri kita sendiri….. Jika orang lain boleh berjaya mengapa tidak kita??
December 30th, 2007 at 10:26 am
Bila kita baca pengalaman orang baru kita tahu susah payahnya perjuangan seseorang nak berjaya.Boleh bakar lagi semangat kita untuk terus berjaya.