Hasilkan ebook profesional dengan eWriterPro

Saya baru sahaja mencuba sebuah perisian membuat ebook, yang mana bagi saya ianya sungguh menarik. Walaupun sebelum ini saya ada menghasilkan ebook menggunakan perisian sumber terbuka yang mana ianya boleh di muat turun secara percuma. Kini saya mencuba sebuah perisian berbayar pula. Perisian tersebut adalah eWriterPro.

Saya ada membuat sedikit carian di Google mengenai perisian ini. Saya terjumpa 2 orang usahawan internet yang terkenal di Malaysia menjualnya perisian ini di pasaran antarabangsa dengan harga USD 9.90. Tentunya perisian ini sangat berkualiti kerana IM terkenal pun menjual perisian ini. Tentunya perisian ini dapat menyelasaikan masalah bagi mereka yang ingin menghasilkan ebook yang profesional.

Apa yang menarik mengenai perisian ini, ianya dibuat khas bagi menghasilkan ebook yang profesional. Ianya direka dengan mempunyai butang navigasi cukup menarik. Terdapat juga bahagian reminders bagi mengurus penetapan masa untuk ebook yang akan dihasilkan. Ciri ini bagi saya sangat penting yang mana kita boleh menetapkan masa dan memberikan lebih fokus untuk menyiapkannya. Untuk menambah lebih keselamatan bagi ebook, anda juga boleh menambah password.

Perisian ini turut dilengkapi dengan Master Resell Rights yang mana anda juga boleh menjualnya semula dan mendapat keuntungan daripadanya. Bagi saya perisian ini sangat berharga untuk saya menghasilkan ebook saya sendiri dengan hanya satu klik sahaja. Laman web jualan bagi produk ini turut di sertakan sekali. Untuk ebook yang tengah saya usahakan masa ini, akan saya sambung penghasilannya dengan menggunakan perisian ini. Ada juga beberapa perisian menghasilkan ebook yang telah saya uninstall kerana perisian eWriterPro ini lebih banyak keistimewaanya.

Bagi anda yang ingin menghasikan ebook profesional dan menjana pendapatan daripada ebook yang bakal anda hasilkan seperti saudara Labanon yang telah mendapat lebih dari 10K hanya dalam bulan ini sahaja melalui ebook terbaru beliau tipadsense.

ewriterpro-3d-small.jpg

Dapatkan perisian eWriterPro dengan Master Resell Rights sekarang!

14 Responses to “Hasilkan ebook profesional dengan eWriterPro”

  1. Labanon Says:

    Yup software yang amat bgus untuk newbie :)

    Dapatkan sekarang! Hehe

  2. Afzai Afandi Says:

    Saya juga telah memiliki software tersebut…tapi belum apa2 lagi :)

  3. Abooain Says:

    Ya, Maizul - produk eWRITERpro ni memang baik punyer! Banyak kelebihannya!

    Abooain’s last blog post..PBU- DILANCARKAN HARI INI!

  4. titan Says:

    Hehe. Aku dah ada. Baru je tibai kat e-bay. Memang MRR. Hadiah memang murah. RM10 pun kira murah apa..

  5. OPen Case : Zamri Nanyan dan SmartZul? -- EarnCent.com Says:

    […] blogger Malaysia. Penuh ragam dan macam-macam. Ada yang nak e-book, ada yang promote e-book ewriterpro yang bernilai RM10 oleh Maizul. Flarebiz mempromosi Majalah IM bulan februari dan pelbagai lagi isu […]

  6. reezluv Says:

    aha..memang bagus EwiterPro ni..saya baru je siapkan ebook dengan menggunakan EwriterPro..best:)

  7. Niezzam Says:

    Salam… Wa semakin hebat bisnes skang yea… :) Bagus2!

    Mymode buat lagi ker?

    By d way, anda telah pun di tag oleh sayerr… Sila la jenguk ke blog saye utk maklumat lanjut, :)

  8. admin Says:

    Niezzam mymode masih buat lagi… moh la join niezzam

  9. Niezzam Says:

    bagus2! eh dah join dah tahun lepas, :)
    Tgh pikir2 idea nk buat produk sendri la. Ebook la paling senang nak buat pun, tapi pasal ape yea… :)

  10. Safuan a.k.a Sipenglipurlara Says:

    Design yg mudah utk dilakukan..

  11. e Pemuda PAS Says:

    terima kasih di atas makluman yang sangat berguna ini. :)

  12. jutawansaham Says:

    Memang bagus software ni.. aku pun dah buat ebook…

  13. emet Says:

    Saya dah ada ewriterpro ni, ada orang bagi :)

    Dah test guna, memang bagus sangat2.

    emet’s last blog post..Kisah Aku Dengan Lesung Batu Aku?

  14. Private Label Rights Says:

    Great Post!, I enjoy reading it.
    It’s a great way to start My Online Business!!.

    Thanks,
    Edwin
    http://www.EdwinHarahap.com

Leave a Reply