Archive for February, 2008

Affiliate salah satu sumber pendapatan.

Thursday, February 21st, 2008

Sebahagian besar usahawan internet menggunakan script affiliate bagi memudahkan mereka memasarkan produk dan dapat mengurangkan kos pengiklanan.

Tentunya kos pengiklanan bagi memasarkan produk memerlukan kos yang tinggi. Lebih teruk lagi apabila produk yang di iklankan di sesebuah laman web tidak membawa seorang pembeli pun. Di sini pengusaha telah mengalami kerugian disebabkan telah mengeluarkan banyak belanja hanya untuk pengiklanan sahaja.

Bagi usahawan internet yang memasang script affiliate di laman jualan mereka, sudah tentunya kos pengiklanan dapat dikurangkan. Ini kerana produk mereka akan dibantu oleh agen-agen affiliate bagi membantu membawa pelawat ke laman jualan mereka. Di sinilah peluangan bagi mereka yang ingin mendapat pendapatan sampingan sebagai agen affiliate untuk mendapatkan komisyen.

Affiliate ialah merupakan sebuah perkongsian keuntungan yang mana agen affiliate akan dibayar komisyen bagi setiap prospek yang berjaya diperkenalkan. Di sini pihak pengeluar produk tidak memerlukan kos pengiklanan terlalu tinggi bagi memperkenalkan produk mereka kerana agen-agen affiliate inilah yang akan membantu bagi mencari prospek.

(more…)