Buku RM1 - mana nak dapat?
Monday, March 24th, 2008Bagi anda yang minat membaca buku atau yang nak cari buku-buku lama yang sukar di dapati di pasaran. Kini terdapat sebuah gedung online yang menghimpunkan buku-buku baru atau pun terpakai.
Seorang pemilik kedai buku internet yang berjaya aku temubual secara YM yang mana YM nya tak sempat aku print screen kan untuk membuktikan kejayaan beliau menjual buku.
Di sini aku ingin mengucapkan tahniah kepada neeziee yang telah berjaya mewujudkan sebuah Online Bookstore nya sendiri.
Di niji.us anda boleh mendapatkan buku-buku terpakai serendah RM1 (tidak termasuk kos penghantaran). Bukan itu sahaja buku-buku baru pun ada juga.
Teringat aku sebuah cerita yang pernah diceritakan oleh neeziee kepada aku di zaman persekolahan yang mana kawannya yang kehilangan buku teks sekolahnya menjumpai semula buku yang hilang tersebut di sebuah kedai buku terpakai dan kawannya terpaksa membayar untuk mendapatkan semula buku tersebut. (isy… isy… sape punya keje la ni)
Yang pastinya kalau korang nak belikan buku novel untuk makwe ke, adik angkat ke, isteri ke atau sape-sape je sebagai hadiah hari jadi ke jangan lupa ke niji.us.





