Emping Illinois…

by admin on 23/03/2008

Pada pagi hari minggu ni sedang aku membelek-belek akhbar terbaca pulak mengenai emping jagung ni. Tak sangka ianya boleh dijual dengan harga yang agak mahal. Duit tu kalau nak beli motor baru pun dapat. Agak-agak kalau ada emping peta Malaysia ni ada ke orang Malaysia yang nak beli?

lu_05_big.jpg

SEKEPING emping jagung yang kelihatan seakan-akan peta Illinois yang dilelong menerusi eBay ini dibandingkan saiznya dengan syiling 10 sen AS, kelmarin. – AP.

Anda mungkin perlu melihat setiap keping emping jagung ketika bersarapan kerana satu daripadanya mungkin bernilai ribuan ringgit.

Emping jagung dalam gambar ini yang secara kebetulan berbentuk seperti peta negeri Illinois di Amerika Syarikat berjaya dilelong pada harga AS$1,350 (RM4,224) di laman web eBay.

Ia ditemui secara tidak sengaja oleh dua adik-beradik, Melissa dan Emily McIntire ketika bersarapan dan dinamakan sebagai The Great Illinois Corn Flake.

Populariti Senator Illinois, Barack Obama yang kini bersaing untuk menjadi wakil Demokrat ke White House turut membantu mempopularkan emping berkenaan.

Sumber : Utusan Malaysia

Popularity: 2% [?]

{ 5 comments… read them below or add one }

zool March 23, 2008 at 8:56 pm

Yang menariknya ada plak insan2 yang ingin membeli tu…

Abooain March 23, 2008 at 9:03 pm

Kompem, bukan beli untuk makan, sapa nak makan Corn Flake sekeping yang benilai ribuan ringgit.

Macam-macam la Mat Salleh ni ye ….. :)

bizmalaya March 23, 2008 at 11:11 pm

memang pelik tapi benar..macam tu pun leh hasilkan duit erkkkk

Afzai Afandi March 24, 2008 at 5:06 pm

Kalau kat Malaysia…kita letak kat lelong.com, mau dikatakan gila apa orang ni. Dah ler jual emping sekeping..pahtu mahal pulak tu :)

Agak2 bantal busuk yang ada peta Amerika Syarikat, boleh laku kot klau jual kat ebay..hehehe

emme April 16, 2008 at 6:42 pm

Eh balik keje kena beli emping jagung jugak ni, nak cari “peta” Tibet! mesti lakukan? tengah hot isu sempadan katakan. :)

Leave a Comment

~X( ~O) ~:> o=> o-> o-+ b-( ^:)^ ^#(^ [..] [-X [-O< [-( X_X X( O:-) L-) I-) B-) @};- @-) >:P >:D< >:/ >:) >-) =P~ =D> =; =:) =)) =(( <:-P <):) ;;) ;)) ;) :| :x :whistle :rock :o3 :dance :bz :blush :ar! :^o :P :O) :D :@) :> :-w :-t :-q :-j :-h :-c :-bd :-SS :-S :-O :-L :-B :-@ :-?? :-? :-< :-/ :-* :-& :-$ :)] :)>- :)) :) :(|) :(( :( :!! 8-} 8-| 8-X 8-> 3:-O /:) *-:) **== (~~) (:| (*) (%) %-( %%- $-) #:-S #-o

 

Previous post:

Next post: