Jun 7 2008

Keluar Dari Perlumbaan Kehidupan.

Tentu ramai yang melencong keluar dari perlumbaan mengisi minyak kemarin. Cis dah le minyak kereta dah betul-betul nak habis lagi nak tunggu barisan panjang untuk mengisi minyak. Kalau bab ni aku berjaya mengeluarkan diri aku dari perlumbaan mengisi minyak kelmarin. ;) Walaupun rumah aku bukannya jauh sangat pun dengan stesen minyak tapi kalau dah terlampau ramai sangat rasanya macam tak berbaloi menghabiskan minyak aku dalam perlumbaan ni. Seperti kata Irfan Khairi ianya hanya merupakan penyelesaian sementara sahaja.

Baiklah bukan perlumbaan ni yang nak saya kongsikan bersama anda tetapi mengenai keluar dari perlumbaan kehidupan. Kalau anda ada membaca buku Rich Dad Poor Dad terdapat sebuah permainan pembelajaran yang diceritakan di dalam buku tersebut mengenai permainan cashflow. Permainan ni terdiri daripada 2 versi iaitu Cashflow 101 dan Cashflow 202 yang boleh dimainkan melalui board games atau egames.

Kalau nak diikutkan dah hampir setahun saya bermain egames cashflow 101 ni bersama orang rumah saya. Tapi semalam oleh kerana geram tak dapat isi minyak terus saya bermain bersama komputer cashflow 202. Kira lawan komputer la ni. Pengalaman bermain egames cashflow sungguh menyeronokkan. Sebenarnya permainan ini tidak sama langsung dengan permainan Saidina, Jutaria dan juga Monopoly. Anda sendiri tentu tau dan pernah bermain permainan tersebutkan.

Berlainan pula dengan permainan cashflow ini terdapat 2 laluan. Laluan pertama dikenali sebagai Rate Race dan laluan kedua pula dikenali sebagai Fast track. Matlamat utama ada di dalam permainan ini adalah keluar dari rat race. Anda akan diberikan pilihan pekerjaan seperti doktor, peguam, pereka, guru, polis, chef, ahli bomba, pemandu kapal terbarang, tentera atau pun jaga di dalam permainan ini.

80% permainan ini tertumpu pada Rate Race. Anda akan melalui laluan bulat berkali-kali yang boleh disimulasikan sebagai anda bagun pagi pergi kerja, balik, malam tidur dan kemudian esoknya bagun pagi pergi kerja lagi dan seterusnya sehinggalah anda anda berjaya keluar dari perlumbaan tersebut dan masuk ke dalam lorong Fast track.

Matlamat utama anda adalah keluar dari laluan Rat Race dan masuk ke laluan Fast track. Tidak semestinya pendapatan anda kecil anda tidak boleh keluar dengan cepat. Terdapat satu cara bagaimana anda boleh keluar dari perlumbaan tersebut dengan cepat iaitu dengan mempunyai residual income. Anda juga boleh membaca tentang permainan pembelajaran cashflow ini di blog berikut.

Sambil bermain tu saya telah menaip semula stuktur penyata pendapatan yang direkodkan didalam permainan ini. Ianya lebih kepada penyata pendapatan bulanan. Oleh kerana ianya boleh digunakan dalam kehidupan sebenar jadi saya telah membuatnya didalam fail excel dan saya yakin dengan penyata ini ianya mampu membantu saya menguruskan kewangan dengan baik berbanding stuktur penyata pendapatan yang saya buat sendiri sebelum ini. Anda boleh mendapatkan penyata tersebut di ruangan download.

Ps : Terima kasih kepada Saudara Fuad yang memperkenalkannya kepada saya.

Pss : Ruangan forum telah pun dibuka semula.

2 Comments on this post

Trackbacks

  1. espoint said:

    Oh. macam tu. Nampak gaya memang best main game cash flow tuh.

    Mana nak cari game tu yek?

    June 12th, 2008 at 2:03 am
  2. admin said:

    Cuba cari di kedai pc games.

    June 12th, 2008 at 1:59 pm

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog