WC 1st Gathering 2008
- 15 Comment
Alhamdulillah pada 03.08.08 bertempat di Bukit Jalil Golf and Country Resort telah diadakan gathering yang pertama WC. Tahniah buat pengasas WangCyber.com iaitu En. Suhaimy aka shuth. Sebuah forum keusahawanan yang telah bertapak 3 tahun lalu.
Saya telah menyertai ruangan forum ini sejak 2006 dan sehinggalah sekarang. Bagi saya terlalu banyak evolusi yang berlaku terhadap WC daripada penggunaan phpbb ke vBulletin, daripada themes merah putih ke biru kuning daripada sikit dan sekarang dah bertambah ramai warga komuniti usahawan internet malaysia ni. Setakat ni dah cecah 5949 keahlian.
Saya bertolak dari Ipoh bersama AfzaiAfandi. Sampai di KL dalam puluk 12 tengahari. AfzaiAfandi ni memang dah expert jalan-jalan nak ke tempat yang di tuju ni. Abooain dan Hisyam dan siapa tunggu di LRT Sri Petaling. Thank Abooain belanja minum.
Semasa sesi pendaftaran ramai juga ahli WC yang saya jumpa. Masa ni lah sempat saya berkenal-kenalan ahli forum WC yang hebat-hebat dan banyak jugak bisnes kad yang saya terima. Yang paling special sekali cenderahati WC seperti beg WC, t-shirt hitam WC, sticker kereta,

Di antara beberapa nama lain yang saya sempat temui Labanon, Najib, Badul Zamani, Mawardee, Alang, Mohd Amirol, Din, Nasrun, Deen, Sabri, Amanz, Irwan Dahnil, Syukri, Zamri Nanyan, Fauzul, Gobala Krishnan, Syed, Osman Affan, AlHafiz, Catzer, Hasrul, Norizam, Ubi, Hilmi, Farid, Bitol yang mana saya terlepas pandang tu maaf lah ye. Dah ramai-ramai sangat camni susah jugak nak ingat 80 orang sekali gus.
Majlis dimulakan dengan ucapan shuth mengenai bagaimana beliau mewujudkan forum WC. Ketika itu program autosurf tengah hangat diperkatakan. Seterusnya sesi forum yang dipengerusikan oleh Osman Affan manakala ahli panelnye terdiri dari Sabri, Gobala Krishnan dan Yusri. Tajuk yang dibincangkan mengenai “Perniagaan Internet Antara Realiti & Fantasi”. Di antara persoalan yang menarik “perlukah usahawan internet menunjukkan bukti pendapatan di internet mereka di internet untuk menyakinkan pembeli”.
Seterusnya ucapan dari Tetamu Jemputan Dr Irfan Khairi. Isu mengenai bilangan produk yang dapat dijual tiap-tiap bulan oleh usahawan internet selain dari masa pelancaran produk. Selalunya semasa pelancaran sesuatu produk mendapat permintaan yang tinggi berbanding bulan-bulan yang seterusnya. Dr Irfan Khairi juga berkongsi tip bagaimana untuk mendapatkan 1 juta dengan cepat dan secara tidak langsung menaikkan jenama. Isu berkaitan dengan niche jugak di terangkan. Cerita mengenai Abg Abu juga turut diselitkan. Sempat juga saya bergambar bersama idola saya Irfan Khairi.
Lepas tu akhir sekali sesi bergambar dan makan-makan. Memang seronok berbincang dengan rakan-rakan yang sekepala sampai tak nak balik rasanya. Siap ada pengumuman, suruh kosongkan dewan lagi sebab dewan akan digunakan untuk program lain. Bukan apa tak habis bincang lagi. Kalau ada kesempatan jumpa lagi di gathering seterusnya. Terima kasih shuth.
Rakan semeja Afzai Afandi, Mohd Amirol, Abooain, Hisyam, Mawardee, Labanon, En. Fauzul.
Nantikan produkĀ En. Mohd Najib versi terbaru di PC anda.
15 Comments on this post
Trackbacks
-
Din Beramboi said:
Seronot jumpa ngan Cikgu Maizul..hehe. Hope len kali leh jumpa lagi.
August 5th, 2008 at 3:42 pm -
irwan.dahnil said:
Wah Cikgu Maizul lebih hensem di luar lah dari dalam web..
Selamat bertemu …August 6th, 2008 at 12:17 am -
Abooain said:
Bila pulak kita boleh berjumpa ni Cikgu?
Dah boleh guna ke borang hubungi kami tu, sebab saya nak guna …… kekekeke.
August 6th, 2008 at 8:54 am -
ahib0205 said:
selamat berkenalan cikgu maizul
August 6th, 2008 at 1:31 pm -
Afzai Afandi said:
lain kali mai Ipoh …hello2 lah teman. Leh sembang2 sambil bincang apa2 yg patut
August 6th, 2008 at 1:49 pm -
admin said:
Abooain email dah jumpa dah dalam SPAM. nanti teman balas.
ahib0205 selamat berkenalan
Afzai Afandi ok no hal punya.
August 6th, 2008 at 3:55 pm -
suhaimy said:
wah..mesti seronok ko gi gathering ye..aku selalu juga gi perak ni. wife orang perak.nanti kalau sempat boleh le gi singgah mana-mana gan perak.
August 7th, 2008 at 8:47 pm -
Badruzamani Azmi said:
Cikgu… Ipoh dan Gombak jauh tak?

Selamat berkenalan. Maaf…sebab tak boleh nak sembang lama. Batuk sama. Tak baik lagi. Sebab kena hujan masa nak balik kerja.Tapi, best hari tu walaupun letih.
p/s - Saya dah kembali full time online.
August 7th, 2008 at 10:53 pm

[...] (maizul) WC 1st Gathering 2008 [...]
[...] (maizul) WC 1st Gathering 2008 [...]
[...] to the club), Din Beramboi, Nasrun, AfzaiAfandi, Catzer, Azuwan, Hasrul, Amirol, Irwan Dahnil, Maizul, Fai dan banyak lagi la yang dah sampai tak tersebut namanya. [...]
[...] jumpa adalah Cikgu Maizul dan En Afzai Afandi. En Afzai saya tahu orang Ipoh, tetapi saya terkejut En Maizul juga dari Ipoh. Saya ingatkan Cikgu Maizul dan Hasrul (seorang lagi veteran WC) satu geng dari [...]
[...] (maizul) WC 1st Gathering 2008 [...]
[...] (maizul) WC 1st Gathering 2008 [...]
[...] WC 1st Gathering 2008 | Bina Masa Depan Anda [...]