Filem Yang Memberikan Motivasi

by admin on 02/09/2008

Oleh kerana 3 hari bercuti di rumah ni saya rehat-rehatkan diri dengan menonton video yang dapat memberikan motivasi diri kepada saya. Melalui bacaan saya di blog dan buku terdapat filem yang telah ditonton oleh penulis yang dapat memberikan inspirasa dan motivasi kepada mereka. Jadi saya pun taknak ketinggalan untuk menonton filem yang menarik tersebut.

Filem yang telah saya maksudkan adalah Meet The Robinsons. Ceritanya lebih kurang macam cerita yang saya minati iaitu Back To The Future. Apa yang menariknya dalam cerita Meet The Robinsons korang boleh baca mengenainya di blog Dr Irfan yang bertajuk bila cartoon memberi motivasi.

Lagi satu filem yang nak saya tonton adalah Rocky (1976). Cerita lama ni. Saya berminat untuk menonton filem ini kerana di dalam buku Adam Khoo Master Your Mind Design Your Destiny ada menceritakan mengenai sejarah hidup Sylvester Stallone. Bagaimana Sylvester Stallone ini sajak dari kecil dan kemudian mengenai menulis skrip filem dan berlakon  watak utama dalam filem tersebut. Banyak juga rintangan yang dia hadapi sebelum skrip filemnya diterima untuk di filemkan. Di dalam buku Adam Khoo beliau menceritakan yang beliau menggunakan muzik latar bagi filem tersebut yang digunakan di dalam telefon bimbitnya untuk mengerakkannya setiap pagi. Katanya muzik tersebut memberikannya semangat. Lebih kurang macam tu la…

Lepas ni nak tonton video yang ditonton oleh usahawan iaitu video usahawan pula. ;)   Saya akan menulis ulasan mengenai video DVD tersebut setelah ianya sampai nanti. Kalau anda pernah menonton filem yang menarik dan memberikan motivasi kepada diri anda bolehlah konsikannya di ruangan komen.

Selamat berpuasa.

Popularity: 4% [?]

{ 4 comments… read them below or add one }

kita September 4, 2008 at 8:39 am

Saya dah banyak kali tontong filem Meet The Robinsons.anak kecil saya umur 2 tahun lebih memang minat giler dengan filem tu :)

admin September 4, 2008 at 2:21 pm

Kita bagus lah tu mungkin anak besar nanti boleh jadi sainstis.

apiz September 4, 2008 at 11:55 pm

Saya lak dah tengok Kungfu Panda, motivasinya adalah jangan cepat mengalah dan percaya pada kebolehan diri sendiri, dalam filem ni dialon\gnya: “the secret is you.”

tini September 7, 2008 at 6:09 am

suka tengok filem p.ramlee. Kelakar. Tapi penuh dengan nilai-nilai tersendiri. Banyak yang memberi teguran di filem-filem lama macam ni.

Leave a Comment

~X( ~O) ~:> o=> o-> o-+ b-( ^:)^ ^#(^ [..] [-X [-O< [-( X_X X( O:-) L-) I-) B-) @};- @-) >:P >:D< >:/ >:) >-) =P~ =D> =; =:) =)) =(( <:-P <):) ;;) ;)) ;) :| :x :whistle :rock :o3 :dance :bz :blush :ar! :^o :P :O) :D :@) :> :-w :-t :-q :-j :-h :-c :-bd :-SS :-S :-O :-L :-B :-@ :-?? :-? :-< :-/ :-* :-& :-$ :)] :)>- :)) :) :(|) :(( :( :!! 8-} 8-| 8-X 8-> 3:-O /:) *-:) **== (~~) (:| (*) (%) %-( %%- $-) #:-S #-o

 

Previous post:

Next post: