Hosting oh Hosting

by admin on 12/02/2010

Sudah masuk bulan Februari rupanya oh… Tiada sebarang post untuk bulan Januari. Sebenarnya banyak jugak post yang dibuat, bukan di sini tetapi di blog baru http://www.jutawanebay.com

Sejak dari akhir tahun lepas sehinggalah hari ini sudah masuk 3 kali saya bertukar hosting. Bermula dengan hosting pertama ni, namanya penyedia hosting agak terkenal jugak lah.  Menawarkan 45 hari pemulangan wang sekiranya tidak berpuas hati. Saya telah mencuba hosting ini selama 5 hari tetapi saya masih tidak berjaya memindahkan keseluruhan fail web saya ke server mereka. Tiada sebarang sebab yang diberikan oleh pihak  penyedia hosting mengenai masalah yang saya hadapi.

1. Support tickets yang dihantar, ada yang ditutup tanpa berbalas.

Mungkin sangat baru lagi saya mencubanya tapi tiada sebarang penjelasnya diberikan. Support tickets yang dihantar hanya berbalas sekali kemudian terus senyap.

2. Saya telah membuat pembatalan akaun hosting tersebut tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak penyedia hosting. Kalau taknak pulangkan duit saya semula tak payahlah taruh logo 45 hari wang dikembalikan.

kemudian berpindah ke hosting ke 2 yang sangat murah. Sebenarnya perkhidmatan hosting ini pernah saya gunakan pada awal pembabitan saya dalam menggunakan hosting berbayar. Pada masa dulu harganya tidak semurah sekarang. Oleh kerana masalah sering mengalamai server down berpindah pula ke hosting ke 3.

Hosting yang saya gunakan sekarang memang belum pernah saya gunakan lagi. Harap-harap tidak berlaku masalah yang saya hadapi seperti masalah di diatas.

Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan mengenai hosting.

1. Saiz hosting – beli mengikut berapa anggaran ruangan hosting yang anda rasakan mencukupi untuk anda gunakan. Kalau beli besar sangat pun kalau tak guna rugikan.

2. Support yang mereka berikan sekiranya mengalami masalah berkaitan dengan domain dan hosting. Lihat mereka mengambil tindakan dengan cepat atau lambat memberikan bantuan.

3. Addon domain pada masa jangka panjang kemungkinan anda ingin menambah domain baru ke hosting anda. Jadi tak perlu lagi beli hosting sebab yang ada boleh ditambah domain.

4. MYSQL bagi saya adalah sangat penting. Kebanyakan laman web interaktif pada hari ini menggunakan MYSQL untuk menyimpan database. Sekiranya anda tidak memerlukannya, anda hanya boleh membuat laman web yang statitik dan membuat sebarang update secara manual. Perlu update di komputer & upload.

Popularity: 27% [?]

{ 11 comments… read them below or add one }

aisblogger February 20, 2010 at 3:40 pm

huhu. banyaknya hosting dah pakai..

Amir March 1, 2010 at 4:03 pm

salam maizul, apa kabr, lama tk jengok sini, berkenaan hosting nie saya pun dah pindah beberapa kali, sehinggalah saya langgan satu hosting ni, bagi saya syarikat hosting ni memang hebat di malaysia dan profesional, murah tp berkualiti, masalah akan dilayan walaupun pukul 3pg. staff ramai, sentiasa ada, support tiket akan dibals secepat mgkin, ia akan ditutup sampai masalah selesai. saya dah alaminya..so saya rekemen hosting nie kalau nak stabil bisnes online..hosting tu tak lain dan tak bukan ialah http://www.internet-webhosting.com.
cuba lah..jumpa lagi..

suhaimi April 11, 2010 at 12:46 pm

mintak maaf cakap.. internet-webhosting.com bagi saya server yang paling tak syok saya pakai sepanjang berada di dunia internet ni.. walaupun support bagus, tapi selalu sangat web saya tak dapat nak akses.. hosting problem.. so not recommended

admin April 16, 2010 at 3:52 pm

Sejak berpindah randah hosting ni lah jadinya ada orang kasi komen pun aku tak perasan oh… I-)

mefranz April 26, 2010 at 11:34 am

Pilih hosting ni memang susah. ketika merisik semuanya ok tapi apabila sudah bayar lain pula jadinya. Review tidak boleh digunakan sebagai sandaran kerana adakalanya review tu untuk dapatkan komisyen. paling teruk kalau yang rekomenkan tu rupanya tuan punya hosting..

Faeiz May 6, 2010 at 9:54 am

Apakah syarikat hosting yang saudara maksudkan? boleh beritahu saya di ruang chat blog saya? sebab saya nak beli hosting untuk projek pendapatan pasif saya ni, takut tersalah pilih plak. thanks in advance.. ^:)^

admin May 9, 2010 at 9:06 am

hosting yang saya maksudkan adalah mercumaya

Faeiz May 9, 2010 at 10:23 am

Owh, website diorang nampak chun, tapi servis thumbs down. REJECT~! hehe.

Muhamad Anuar July 14, 2010 at 7:24 pm

Salam.. Saya baru nak cuba guna internet-webhosting.com.. Bila dah cakap macam tu tak jadilah..

Saya berminat untuk memiliki laman web pengiklanan percuma seperti bazarniaga.com. dan blog Maizul iaitu iklanjer.com tetapi saya tak tahu nak membeli webhosting dengan syarikat mana?

Selain itu saya juga kurang arif untuk menghasilkan laman web. Adakah saudara ada mengambil upah membangunkan laman web? Atau adakah saudara mengenali mana-mana individu yang pakar dalam membangunkan laman web?

Sekian, terima kasih..

admin July 15, 2010 at 6:37 am

Muhamad Anuar > saya pernah lagi mencuba hosting di internet-webhosting.com. Mungkin saudara boleh mencubanya tapi saya tak pasti servis diorang punya hosting macam mana.

Muaz May 18, 2011 at 3:11 am

Salam, saya pernah cuba hosting EcommerceMastery, Internet-Webhosting, Sempoi Hosting, Net KL, Jomhosting, Hostgator, Profithoster, dan banyak lagi.

Saya dapati saya sesuai untuk hosting Netkl dan Internet-Webhosting .

So far both provider excellent dari segi support dan server .

Untuk permulaan saya boleh syorkan netkl dan jomhosting . Bila duit dan banyak boleh dapatkan dari internet-webhosting , kalau target market luar dan perlukan server yang agak power , sy syor hostgator .

Masa ecommerce mastery baru kuar dulu , service memang sucks dan f*cks , tp skang mungkin dah ok kot lg pun server tempatan diorang PALING PANTAS berbanding provider tempatan yang lain seperti netkl, jomhosting , internet-webhosting, sempoi hosting dan lain2 provider di malaysia . Saya tengok kwn saya guna ok jer .

Banyak script2 x bper compatible ngan server biasa di Malaysia tp sesuai di pasang di hostgator . contohnya script viral inviter .

Leave a Comment

~X( ~O) ~:> o=> o-> o-+ b-( ^:)^ ^#(^ [..] [-X [-O< [-( X_X X( O:-) L-) I-) B-) @};- @-) >:P >:D< >:/ >:) >-) =P~ =D> =; =:) =)) =(( <:-P <):) ;;) ;)) ;) :| :x :whistle :rock :o3 :dance :bz :blush :ar! :^o :P :O) :D :@) :> :-w :-t :-q :-j :-h :-c :-bd :-SS :-S :-O :-L :-B :-@ :-?? :-? :-< :-/ :-* :-& :-$ :)] :)>- :)) :) :(|) :(( :( :!! 8-} 8-| 8-X 8-> 3:-O /:) *-:) **== (~~) (:| (*) (%) %-( %%- $-) #:-S #-o

 

Previous post:

Next post: