Berani Gagal
- 13 Comment
“Di sebalik tanggapan biasa, mereka yang berjaya sebenarnya lebih banyak gagal daripada yang tidak berjaya… hanya kerana mereka lebih banyak mencuba daripada mereka yang tidak berjaya.”
Begitulah petikan yang saya ambil di kulit hadapan sebuah buku “Berani Gagal” Sebuah buku yang terlaris beberapa tahun yang lepas. Sebenarnya saya baru sahaja habis membaca buku yang setebal 403 muka surat ini. Buku ini telah dikarang oleh Billi P.S. Lim. Tentu ramai yang sudah mendapatkan buku ini betul tak?
Di dalam buku ini banyak menceritakan pengalaman yang ditempuhi oleh mereka yang berjaya dan di sebalik kejayaan yang telah mereka kecapi, banyak kegagalan dan pengalaman buruk yang mereka tempuhi. Renungi kata-kata berikut :
” Apa yang orang nampak dari kejayaan saya hanyalah 1% daripadanya, tetapi apa yang mereka tidak nampak adalah 99% iaitu kegagalan-kegagalan saya ” - Soichiro Honda, Pengasas Honda Corporation.
Lama jugak masa yang saya ambil untuk membaca buku yang tebal ni. Pada pendapat saya ini adalah sebuah buku yang patut anda miliki. Disebalik kejayaan mereka yang berjaya terdapat 1001 rahsia yang telah mereka tempuhi. Buku ini juga bukan sahaja menceritakan bidang perniagaan sahaja malah banyak bidang lain seperti politik, sains dan teknologi, keusahawanan dan lain-lain lagi. Pernahkah anda melihat kertas pelekat seperti dibawah?

Salah satu artikel yang menarik di dalam buku ini adalah mengenai sebuah produk yang gagal. Pada asalnya Syarikat 3M ingin menghasilkan sejenis gam. Gam yang telah dihasilkan gagal melepasi semua ujian piawaiannya kerana gam yang dicipta itu tidak mampu melekat dengan baik.
Pada tahun 1984 syarikat 3M telah menghasilkan produk baru yang dikenali sebagai Post-It. Kertas pelekat ini merupakan produk syarikat 3M yang paling berjaya dalam industri bekalan pejabat. Kertas pelekat ini adalah hasil daripada inovasi formula gam yang gagal sejak lebih 20 tahun dahulu.
Banyak lagi kisah-kisah menarik yang terdapat di dalam buku ini. Untuk maklumat lanjut mengenai buku BERANI GAGAL sila ke daretofail.com Anda juga boleh membaca artikel yang berkaitan melalui blog Dr. Irfan Khairi.
Dah baca buku ni? Bagi pendapat sikit?
13 Comments on this post
Trackbacks
-
Cikgu Azleen said:
Betul tuh Maizul. Cara paling terbaik untuk MENGELAKKAN kegagalan adalah dengan tidak mencuba, tidak melakukan apa-apa. Itulah cara untuk tidak gagal.
Saya telah membaca buku tersebut sewaktu saya berumur 12-13 tahun. Rasanya selepas UPSR, dan buku tersebut merupakan salah satu buku yang ada dalam koleksi ibu saya.
Tahu apa yang saya lakukan selepas membacanya?
Dikalangan kawan-kawan seangkatan dengan saya, saya bolehlah dikategorikan sebagai pelajar yang pintar, baik dalam kelas mahupun aktiviti ko-kurikulum. Setiap ujian dan peperiksaan, pasti akan dapat no.1. Dan setiap kali ada pertandingan mewakili sekolah, nama saya pasti terselit dikalangan pesertanya - bukan sebagai peserta simpanan ataupun tukang sorak. Dan sejak usia semuda itu (12-13 tahun) saya pasti bahawa saya akan berjaya dalam hidup saya.
Bagaimanapun, selepas membaca buku tersebut, saya bimbang jika suatu hari saya telah dewasa dan saya mengalami kegagalan, saya tidak dapat menerimanya. Kerana saya tidak pernah gagal, jadi saya tidak tahu apakah perasaannya bila gagal.
Jadi apa lagi, tindakan seorang kanak-kanak kecil? Dalam ujian bulanan tingkatan satu, matapelajaran sains, dengan sengajanya saya tidak menjawab soalan-soalan dengan tepat. Dengan sengaja saya menandakan jawapan-jawapan yang salah.
Seperti yang anda boleh duga, dah tentulah saya gagal. Saya cuma dapat 5-6 markah sehinggakan guru tersebut memanggil saya dan bertanya apa yang tidak kena dengan pengajaran beliau..
Disaat kawan-kawan saya menangis kerana fail ujian mereka, saya tertawa dan mereka sungguh hairan- mereka tak tahu yang saya sengaja gagal. Walaupun dimarahi oleh ibu saya, saya masih menyimpan rahsia itu sehingga hari ini.
Hari itu saya tahu apa ertinya gagal - dan saya rasa takdelah teruk pun gagal. Ianya cuma sebahagian daripada kehidupan.
P.S.: Itulah kali pertama dan kali terakhir dalam hidup saya gagal dalam ujian dan peperiksaan sekolah!
April 24th, 2007 at 9:52 pm -
BujangJutawan said:
Saya belum baca buku tersebut.. Saya akan cari buku tu. (Sebenarnya saya dah jumpa buku tersebut, cuma belum membelinya kerana beli buku yang lain). Apa yang diceritakan oleh saudara Maizul amat menarik isi kandungnya…
April 25th, 2007 at 11:48 am -
aku said:
hebat cikgu azleen ni. cuma harap CIKGU DOA AGAR dapat temui “kegagalan yang tanpa diduga dan tidaklah teruk sangat impak kegagalan tu..”
pada masa tu, cikgu akan rasa kelainan sengaja gagal dan gagal yang tidak diharapkan.
selepas itu baru dapat kesedaran sebenar bagaimana bangkit dari “kegagalan yang tidak diharap-harapkan”.
April 25th, 2007 at 2:27 pm -
ZMohamad said:
Kejayaan hanya milik orang yang BERANI. Bernai mencuba, berani gagal dan berani untuk mencuba lagi. KEJAYAAN adalah hasil dari suatu PERJUANGAN. Adalah LUMRAH bagi sesuatu perjuangan menemui kejayaan atau kegagalan. Oleh itu, KEGAGALAN bukanlah suatu yang pelik dalam liku-liku membina KEJAYAAN.
ZMohamad.April 25th, 2007 at 9:15 pm -
Rizal said:
Sudah jadi adat manusia. Manusia akan lihat kejayaan je. Jauh sekali menyoal kegagalan seeorang. yang tahu hanya berjaya.. berjaya..
kejayaan adalah tercipta dari kegagalan. Kerana inilah kita kena belajar sejarah kerana kita akan pelajari kegagalan dan kejayaan di dalamnya.
tetapi ramai yang xsedar.April 28th, 2007 at 6:04 pm -
zahhid said:
saya dah buku tu..memang best.dulu tak pandai baca buku-buku macam tu
tapi dah terjun ke dunia bisnis ni kena la ada ’senjata dalaman’.bisnis ni umpama perang kawan,tak cukup persediaan umpama menempah maut.GAGAL? memang semua orang akan gagal jangan gentar.apa-apa ilmu untuk dipelajari mesti disertai dengan kesilapan dan kegagalan.itu salah satu proses belajar.April 28th, 2007 at 9:39 pm -
azwanhadzree said:
I hv read the book. tak habis, biasalah baca bahagian yg perlu aje.
April 30th, 2007 at 1:16 am -
adila said:
hai maizul..
ni dikira lawatan balas dari saya….:)saya tak pernah baca buku berani gagal ni…tapi pernah dengar!
bagi saya,
gagal dan terus bangun adalah mercu jaya
gagal dan merangkak bangun menuju jaya
gagal dan meniarap dulu untuk bangun tangga kejayaan’
gagal dan terus duduk bunga kemusnahan
gagal dan tanpa usaha pemusnah kejayaan
gagal dan terus gagal dan terus gagal dan terus gagal…..???April 30th, 2007 at 8:51 am -
leLabu said:
saya pun blum baca lagi…tp dua2 version ada kat bookshelf kat office tuh..
mula2 tgk english version, rasa malas. pastu tgk yg malay version, rasa malas gak…bile la nak rajin membaca nih…
May 1st, 2007 at 1:13 am -
Cikgu Azleen said:
haah enAku.. memang pun.. kegagalan yang sengaja di cipta dan kegagalan yang berlaku tanpa di duga memang berbeza impaknya..
Orang kata hidup ni macam roda.. adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah.. semuanya ada turn nye..
P.S.: Saya dah rasa hidup di bawah.. bila ya nak rasa duduk kat atas plak.. hehehe..
May 2nd, 2007 at 9:19 pm -
kamparputra said:
Btul kitakena brani gagal. Kalau tak brani kita pasti akan gagal selamanya. Saya pun dah banyak gagal dlm hidup tapi skarang alhamdullilah jaya jugak akhirnya. Orang kata, Gagal sekali, dua kali bukan gagal selamanya…Yang penting jangan PUTUS ASA…TQ
May 2nd, 2007 at 10:45 pm -
biarlah rahsia said:
i just finished read that book. i having a nightmare in my life in this couple of years. so it quit difficult for me to facing the truth n to understand what life is really about. i’m so interested with one topic in the book teling about mind. then i realize that i’m too emotional with what happen. so how i want to move forward if i always think about my past. being failure doesnt means u a looser. just get prepared especially with ur mind n keep going with ur life.
September 18th, 2007 at 12:05 pm -
matzis said:
Buku Dare to Fail ini memang bagus…kita selalu membaca buku tentang kisah-kisah orang yang telah berjaya dengan cemerlang sahaja tetapi jarang kita baca buku tentang kegagalan. Kesimpulannya, kegagalan bangkit dengan keberanian dengan berusaha memperbaiki kelemahan hasil daripada beberapa kegagalan lampau, nescaya anda boleh berjaya.
January 6th, 2008 at 1:13 am
