Archive for the ‘ebook percuma’ Category

Dibayar walaupun hanya USD1

Friday, April 11th, 2008

Beberapa hari lalu saya ada menerima pembayaran dari program pay per lead. Iaitu dengan mempromosikan ebook 10 Outsourcing Mistakes. Hanya seorang sahaja yang memuat turun ebook ini. Jadi dapatlah 1USD. Sebenarnya ramai juga rakan blogger yang sudah pun mendapat pembayaran dari Chris Crompton.

Walaupun saya hanya berjaya mendapat 1USD tetapi saya tetap juga dibayar. Kalau nak tukar ke dalam duit Malaysia lebih kurang RM 3.15161

Program ini masih lagi diteruskan. Sebagai salah satu syarat bagi memastikan anda menerima bayaran, pastikan rakan anda memuat turun ebook ini. Bagi yang ingin mencuba boleh mendaftarkan akaun anda di sini.

Rahsia 7 Dalam Adwords

Monday, April 7th, 2008

Rahsia 7 Dalam Adwords adalah sebuah ebook yang telah dihasilkan oleh saudara naem. Ianya sebuah ebook percuma yang menerangkan bagaimana cara-cara untuk mendaftar dan menjalankan kempen pengiklanan google adwords.

Melalui panduan yang diberikan di dalam ebook ini, saya telah berjaya menghasilkan sebuah lagi akaun yang baru untuk google adword.

Di dalam ebook ini juga disertakan tip bagaimana menghasilkan sebuah kempen pengiklan yang boleh melipat gandakan pendapatan melalui google adwords.

Oleh kerana saya sendiri pun belum pernah mengadakan kempen google adwords ini, Insyaallah saya juga akan melakukan kempen google adwords ini berdasarkan panduan yang telah diberikan oleh saudara naem.

Baru semalam saya ada terbaca ruangan iklan di salah sebuah akhbar. Saya pun tak berapa pasti tetapi rasanya akhbar Siasah. Di akhbar ni dengan minimum RM 10 sudah boleh memasang iklan. Bagi saya ianya murah dan ramai yang mengiklankan produk dan juga terdapat mereka yang mengiklankan produk affiliate di dada akhbar tersebut. Bagi pengiklanan di google adwords pula anda boleh mengadakan kempen iklan anda dengan kos serendah USD 0.01 Di antara kandungan yang menarik di dalam ebook ini ialah :

  • Rahsia 1 : Cara Mendapatkan Kredit Percuma USD$ 55
  • Rahsia 2 : Memilih Akaun Adwords
  • Rahsia 3 : Pemilihan Lokasi Terbaik
  • Rahsia 4 : Tip Berkesan Menulis Iklan
  • Rahsia 5 : Katakunci Yang Tepat
  • Rahsia 6 : Belanjawan Berhemah

Muat turun ebook Rahsia 7 Dalam Adwords anda sekarang!.

| Download |