MONAKAS bayaran affiliate tertinggi.

July 17th, 2007 |

Bagi yang gemar mempromosikan program affiliate pastinya anda mengidamkan komisyen yang tinggi betul tak? macam aku. Alhamdulillah petang semalam saya baru sahaja menerima satu lagi komisyen iaitu daripada En. Najib. Terima kasih En. Najib.

monakas1.JPG

Bagi setiap unit produk yang berjaya anda jual, anda akan dibayar sebanyak RM50.00. Ianya merupakan program affiliate yang membayar komisyen yang tinggi. Baiklah di bawah saya berikan tip yang tak seberapa dari saya terutamanya khas buat ahli myspace

Tip : Pilih program affiliate yang membayar. Dari pengalaman saya di dalam myspace ramai yang ingin menambah pendapatan dan mendapatkan barangan percuma dengan mempromosikan laman web yang tidak tahu kesahihannya. Tentunya setiap hari anda pernah menerima komen spam yang diperkenalkan oleh rakan anda. Alangkah ruginya masa anda mempromosikan produk dari laman web yang tidak anda ketahui. Adakah mereka akan memberikan anda hadiah tersebut (beg tangan, handphone, dll) atau membayar usaha anda. Fikirkanlah.

Read the rest of this entry »

Popularity: 4% [?]

Komisyen SMSWang

July 12th, 2007 |

Alhamdulillah…. saya baru sahaja menerima komisyen sebanyak RM43.34 dari Saudara Irwan Dahnil dari smswang.com. Terima kasih daun keladi En. Irwan Dahnil

smswang1.bmp

Bukanlah niat saya untuk menunjuk-nunjuk komisyen yang telah saya perolehi tetapi seperti apa yang telah saya katakan sebelum ini adalah untuk berkongsi tip-tip yang tak seberapa dari saya dalam program affiliate ni. Ianya juga sebagai rujukan bagi saya di masa akan datang.

Sebenarnya ramai lagi telah berjaya mendapatkan komisyen yang lebih tinggi dan menjadi top affiliate (orang yang mendapat paling banyak komisyen) dan saya sendiri pun belum pernah lagi mendapat top affiliate. Sudah tentu bagi mereka yang mempunyai mailling list yang banyak lebih mudah untuk mendapat top affiliate daripada apa yang saya perhatikan dari keputusan-keputusan affiliate sebelum ini.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit tip iaitu bagi memastikan akaun affiliate sentiasa di kemaskini untuk memudahkan proses penerimaan pembayaran. Di sebabkan oleh maklumat yang tidak dikemaskini agak sukar bagi pengendali affiliate untuk membayar komisyen anda. Ianya terjadi kepada saya kerana tidak meletakkan no akaun bank untuk menerima pembayaran affiliate kerana sebelum ini pembayaran adalah melalui cek. Jadi untuk mengelakkan komisyen anda dibekukan oleh mana-mana program affiliate pastikan segala maklumat lengkap terutamanya no akaun bank di masukkan.

Read the rest of this entry »

Popularity: 3% [?]

Perniagaan Pesanan POS

July 8th, 2007 |

Perniagaan pesanan pos telah dijalankan sejak tahun 1800 dan sehingga kini masih merupakan jenis perniagaan yang boleh dijalankan dari rumah yang agak lumayan sekiranya diimplemenkan dengan betul. Mail order dikatakan perniagaan jual beli yang dilakukan melalui pos (kebiasaannya pesanan mungkin melalui borang pesanan atau melalui telefon).

Michael Dell, usahawan Internet yang tidak asing lagi, sebenarnya mencapai status jutawan melalui perniagaan mail order, dan bukannya perniagaan Internet. Ketika beliau menjual komputer keluarannya sendiri “DELL”, Internet belum lagi berkembang. Oleh itu, mail order menjadi pilihannya.

Di Malaysia, perniagaan mail order boleh menjadi perniagaan yang baik oleh kerana masih ramai lagi yang belum bersedia membuat pesanan menggunakan kad kredit secara online. Walaupun perniagaan cara ini tidak begitu popular dan kurang diperbincangkan jika dibandingkan dengan perniagaan Internet, jangan memandang rendah kebolehannya! Telah ramai jutawan-jutawan dilahirkan melalui perniagaan pesanan pos.

Artikel diatas telah dipetik dari newsletter oleh: Dr. Irfan Khairi

P.P.S : Tahniah buat saudara http://afzaiafandi.com yang telah berpindah dari blog percuma ke blog hosting dan domain berbayar.

Popularity: 1% [?]

Rahsia Penggiat Adsense

July 6th, 2007 |

Rahsia Penggiat Adsense Terbongkar adalah merupakan sebuah lagi laporan percuma yang diedarkan oleh Team FlareBiz.

Di dalam laporan percuma akan menerangkan kepada anda bagaimana Ali boleh menjana wang sebanyak RM100 sehari melalui google adsense walaupun Ali seorang yang tidak mahir dalam berbahasa inggeris.

Anda boleh memuat turun ebook ini melalui link berikut http://tipadsense.com/report. Anda juga akan dibekalkan dengan ebook-ebook berbayar yang lain secara percuma.

Muat Turun Laporan Rahsia Penggiat Adsense Terbongkar.

Popularity: 1% [?]

2 jenis pendapatan.

June 30th, 2007 |

Baiklah kali ini saya ingin menerangkan secara ringkas tentang 2 jenis pendapatan.

  1. Pendapatan aktif (active income)
  2. Pendapatan pasif (passive income)

Pendapatan Aktif

Pendapatan aktif ialah secara fizikalnya anda perlu berada di tempat kerja untuk berkerja dan menerima pendapatan. Pada hakikatnya anda perlu memperdagangkan masa anda untuk mendapatkan pendapatan.

Pendapatan Pasif

Pendapatan pasif pula tidak memerlukan anda berada di sesuatu tempat untuk mendapatkan pendapatan. Seperti tuan punya perniagaan, penerimaan royalti, saham dengan bayaran dividen.

Di sini saya akan tunjukkan cara bagaimana anda boleh mendapatkan pendapatan pasif melalui internet. Ebook Click Bank Step By Step adalah merupakan sebuah produk yang mempunyai Master Resell Right Product. Produk yang mempunyai Master Resell Right Product bermakna anda boleh menjual semula produk yang anda beli dan menerima keuntungan 100% daripadanya.

Mengapa anda perlu mendapatkan produk sebegini?

Melalui produk maklumat sebegini anda boleh menambah pendapatan anda melalui 2 cara itu.

  1. Menggunakan ilmu yang terdapat di dalam ebook bagi menambah pendapatan anda.
  2. Menjual semula ebook yang anda beli dengan keuntungan 100%.

Terima kasih juga diucapkan kepada pelanggan-pelanggan saya yang sabar menanti sehingga kepulangan saya dari berkursus di Pulau Langkawi untuk mendapatkan ebook Click Bank Step By Step.

Popularity: 7% [?]

Laporan Percuma

June 17th, 2007 |

Salah satu cara bagi menambah pendapatan melalui blog adalah dengan cara meletakkan iklan adsense di dalam blog anda. Bagi mereka yang belum memiliki akaun adsense, di sini saya ingin memberikan sebuah laporan percuma bagaimana cara anda boleh mendapatkan akaun adsense. Melalui ebook ini anda dapat mengetahui

  • Cara mendaftar blog
  • Cara mengisi blog dengan artikel
  • Cara mendaftar akaun adsense
  • Apa nak buat kalau permohonan anda tidak berjaya
  • Cara mahir adsense

Panduan Mudah Dan Berkesan Cara Mendaftar Adsense

Popularity: 1% [?]

Pakej Web Jualan Versi 2

June 11th, 2007 |

Pakej Web Jualan

Kini telah terbit Pakej Web Jualan Versi 2. Pakej ini adalah versi terkini yang telah ditambah kandungannya. Sempena hari pelancaran, anda boleh mendapatkan pakej ini dengan harga promosi. Untuk maklumat lanjut sila ke Pakej Web Jualan Versi 2 *Dapatkan segera sebelum tempoh promosi tamat.

 

Popularity: 1% [?]

Jemputan ke ruangan forum.

June 6th, 2007 |

Di sini saya ingin menjemput pembaca blog ke ruangan forum baru yang saya sediakan. Sebelum ini sudah ada ruangan forum yang saya sediakan tetapi mungkin disebabkan oleh URL ruangan forum seperti ruangan forum peribadi sahaja seperti ini maizul.com/forum

Disebabkan url forum yang kelihatan seperti sebuah forum peribadi oleh itu saya telah mengambil keputusan untuk membeli domain bahru khas buat ruangan forum. Sempat jugak menyambar satu domain pada hari terakhir tawaran harga domain RM26 dari team Saifulsham. Sekarang ni harga bagi domain telah di naikkan Rm30. Walaupun begitu bagi saya ianya masih lagi murah berbanding harga asal yang rata-ratanya mengenakan Rm35.

Read the rest of this entry »

Popularity: 6% [?]

Cara memaksimumkan komisyen affiliate.

May 29th, 2007 |

Assalamualaikum. Apa kabar?

Malam tadi hampir 5 sms yang saya terima dari orang yang tidak saya kenali.
Tak payah lah saya letakkan nombornya di sini. Setelah membaca sms yang saya terima kemungkinan penghantar juga turun menghantar sms tersebut kepada rakan-rakannya yang lain. Maklumlah handphone sekarang sudah semakin canggih. Dengan hanya sekali tekan beratus-ratus sms yang boleh dihantar dengan serentak.

Berikut adalah sms yang saya terima :

Program Baru!!

Cepat Joint!!

RM50 bertukar menjadi RM88,880 atau lebih!!

Sila layari http://namadomain.com/?id=namaahli Read the rest of this entry »

Popularity: 2% [?]

M-Blogger Malaysia Edisi 01 Dilancarkan!

May 28th, 2007 |

 

Mari membaca e majalah M-Blogger yang bersahaja diterbitkan oleh saudara Mohd Ramzan. Tahniah saya ucapkan buat saudara Mohd Ramzan yang telah menerbitkan Majalah Elektronik (e-majalah) ini. Majalah Blogger Malaysia ini adalah Edisi 1. Semoga dengan terbitnya majalah M-Blogger ini dapat menambah ilmu dunia blogging yang semakin berkembang.

Diantara isu-isu yang menarik di dalam e-majalah ini ialah :

  • Suara Blogger Pengalaman “Berblog”
  • 5 Langkah mudah mendapatkan mailing list
  • Mengapa Membina Mailing List Blog
  • Ulasan Direktori Submitter

Muat turun e majalah M-Blogger Edisi 1.

P/s : Bagi yang belum mendapatkan panduan membina blog dot com anda sendiri langkah demi langkah boleh dapatkan di sini.

 

Popularity: 1% [?]