Berniaga Tanpa Modal

March 23rd, 2011 | Tags: ,

Salah satu cara berniaga di internet bagi mereka yang kekurangan modal adalah dengan cara dropship ataupun dropshipping, selain daripada affiliate. Kaedah dropship ini setahu saya kewujudannya bermula dengan portal ebay. Penjual-penjual tidak perlu memborong barangan-barangan yang mereka ingin jual di ebay dari pemborong.

Penjual-penjual di ebay hanya perlu menyenaraikan barang-barang yang ingin dijual di portal ebay. Apabila penjual mendapat pesanan produk tersebut, penjual hanya perlu ke laman web pembekal dropship dan membuat pesanan produk yang dipesan oleh pelanggan. Cuba perhatikan carta di bawah.

Langkah-langkah Dropship.

  1. Senaraikan barang yang ingin anda jual di ebay, lelong, facebook, dan lain-lain lagi.
  2. Pembeli melakukan pesanan.
  3. Penjual menerima wang pesanan produk oleh pelanggan.
  4. Penjual membuat pesanan & pembayaran produk dengan harga borong dari pembekal.
  5. Pembekal menghantar produk kepada pelanggan penjual.

Salah seorang yang telah berjaya dengan kaedah dropship ini adalah saudara Najib. Dengan hanya melakukan dropship Saudara Najib telah menjana 50% ~ 2092% keuntungan dari barangan jualan yang beliau perolehi dari pembekal rahsia beliau. Biasanya penjual-penjual ebay tidak akan mendedahkan laman web dropship untuk mengelakkan persaingan harga. Setelah hampir setahun beliau berniaga dengan menggunakan pembekal rahsia ini, akhirnya beliau akan dedahkan kepada umum. Jadi tiada halangan sekiranya anda tidak mempunyai modal untuk berniaga. Tanpa modal pun anda boleh berniaga.

Popularity: 24% [?]

Membuka fail mampat atau zip.

February 22nd, 2011 |

Baik lah artikel kali ini dibuat khas bagi para pelanggan maizul.com khususnya bagi pembeli produk ebook. Walaupun sudah jarang yang bertanyakan soalan-soalan berikut :

eh.. kenapa tak boleh buka ebook ni?

kenapa tak mau baca?

Selalunya apabila anda download sesuatu fail mampat icon yang kelihatan pada fail tersebut mengikut software default yang anda gunakan untuk unzipkan fail tersebut. Terdapat banyak perisian yang boleh anda gunakan untuk membuka fail mampat atau zip. Sekiranya anda tidak pernah lagi memasang apa-apa perisian untuk membuka fail mampat tersebut/ unzip selalunya window anda dapat mengesan jenis fail terbuat

Fail mampat juga terdapat banyak format seperti sambung .zip .rar dan lain-lain lagi. Kebanyakkan fail ebook yang anda dapatkan dari website saya adalah beformat .rar. Jadi salah satu perisian yang boleh digunakan untuk proses unzip adalah WinRAR.

Download Di Sini.

Popularity: 14% [?]

Cara Buat Affiliate Link Cloaking

February 9th, 2011 |

Pada post kali ini saya ingin membantu anda bagaimana membuat Link Cloaking.

Link Cloaking bertujuan :

  1. Menukar link asal kepada link yang baru.
  2. Memendekkan URL link yang panjang kepada yang lebih ringkas.
  3. Mengelakkan link anda dimanipulasi.

Terdapat beberapa laman web yang menawarkan kemudahan membuat link cloaking ini. Salah satu yang popular adalah http://www.bit.ly

Sebagai contoh anda telah pun mendaftar mana-mana program affiliate dan diberikan link seperti berikut untuk dipromosikan : http://www.bisnessparttime.com/index.php?ref=success

Sila ke laman bit.ly dan masukkan link tersebut seperti berikut

Klik pada butang Shorten dan anda akan diberikan Link Cloaking seperti berikut.

Copy link berikut seperti http://bit.ly/gf7O4u dan lakukan promosi di tempat-tempat yang anda inginkan. Selamat mencuba.

Dapatkan trik lain untuk menjana komisyen affiliate anda di sini.

Popularity: 24% [?]

Buat Duit Dengan PLR

January 8th, 2011 |

Masih lagi dalam mod membaca lagi, buku terbaru yang saya baca adalah Buat Duit Dengan PLR. Buku ini ditulis oleh saudara Ahmad Syaifuddeen Mohamad atau lebih dikenali dengan nama Abooain.

Ok apa yang dimaksudkan dengan PLR. PLR adalah singkatan bagi Private Label Rights. Ianya adalah salah satu jenis lesen bagi penjualan produk digital seperti software, artikel,  video, audio dan juga ebook. Bagi produk yang mempunyai lesen PLR anda boleh mengubah hampir keseluruhan produk mengikut kehendak anda.

Ini adalah salah satu keistimewaan produk PLR yang membolehkan menjenamakannya semula produk mengjadi produk anda. Walaupun terdapat beberapa lagi jenis lesen yang biasa yang disentuh secara ringkas bagi penjualan produk digital buku ini, penulis memberikan langkah A- Z pada keistimewaan yang diberikan kepada pemilik produk yang mempunya lesen PLR dan diterangkan secara mendalam daripada sumber mana anda boleh mendapatkan produk sehinggalah ianya menjadi satu produk yang unik berbanding penjual yang lain.

Read the rest of this entry »

Popularity: 17% [?]

Selamat Tahun Baru 2011 & Menetapkan Matlamat.

January 1st, 2011 | Tags: , ,

Selamat tahun baru buat semua pembaca blog saya ini. Baik lah setiap kali menjelang tahun baru pasti anda mempunyai azam atau matlamat yang baru ataupun meneruskan matlamat yang sebelum ini belum tercapai. Saya doakan agar anda berjaya mencapai matlamat anda seterusnya untuk tahun 2011. Di sini saya kongsikan video oleh Irfan Khairi baru-baru ini mengenai bagaimana menetapkan matlamat.

Nak kongsikan bersama saya matlamat yang belum anda capai pada tahun 2010 ?  Kongsikan di ruangan komen dibawah.

Popularity: 14% [?]

Krisis Sub Prima

November 29th, 2010 |

Popularity: 18% [?]

10 Perkara Saya Pelajari Dari 10 Jutawan Asia.

November 10th, 2010 |

Baiklah buku terkini yang saya miliki adalah “10 Perkara saya pelajari dari 10 jutawan asia”. Buku ini telah saya pesan dari penulisnya sendiri iaitu Tuan Sujimy Mohamad. Buku yang dipesan oleh saya ini, datangnya dari Singapura. Ianya merupakan satu kebetulan apabila saya terjumpa satu video di blog abangabu.com. Rupanya video ini mempunyai banyak siri.

Saya telah mengikuti setiap siri video tersebut. Anda boleh tonton video tersebut di bawah. Terdapat 10 episod siri video tersebut.  Anda juga boleh lihat siri satu video tersebut melalui post terdahulu di blog saya ini.
YouTube Preview Image

Ok baiklah berbalik kepada buku. Dari yang yang diceritakan didalam buku barulah saya tahu yang Tuan Sujimy lahir dalam keluarga yang miskin, anak ke 12 dari 15 orang adik beradik tetapi sejak kecil sudah pandai berjimat cermat. Pada usia 16 tahun beliau telah terdedah dengan dunia penerbitan dan sekarang beliau telah memiliki syarikat penerbitan beliau sendiri yang dikenali sebagai Screenbox.

Beliau juga seorang yang sentiasa bersedia berkongsikan rahsia kejayaannya dan seorang yang terbuka dalam mempelajari rahsia kejayaan orang lain.

Read the rest of this entry »

Popularity: 14% [?]

Buat Duit Dengan Jual Pakaian

November 3rd, 2010 | Tags:

Buku terbaru yang telah selesai dibaca oleh saya adalah buku Buat Duit Dengan Jual Pakaian. Secara keseluruhan buku ini sangat bagus dan ditulis oleh seorang peniaga yang berpengalaman dengan model bisnes ini.  Oleh kerana pakaian adalah salah satu keperluan harian, ianya sentiasa mendapat permintaan sepanjang tahun. Terdapat 4 cara utama yang boleh digunakan bagi menjalankan bisnes pakaian.

  1. Dari rumah ke rumah
  2. Kawasan tumpuan
  3. Pasar malam
  4. Secara online

Setiap 4 cara diatas mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Setiap kaedah menjual diperincikan dengan kos-kos yang perlu ditanggung oleh perniaga. Sebagai contoh,  sekiranya anda ingin menjalankan perniagaan pakaian dengan menjual dari rumah ke rumah salah satu kos yang perlu anda fikirkan adalah kos pengangkutan yang akan anda gunakan nanti.

Buku ini juga ada menerangkan mengenai bagaimana menguruskan keuntungan yang diperolehi, anggaran peratus keuntungan yang boleh ada perolehi, kuantiti pakaian yang bersesuaian bagi mereka yang baru bermula dan banyak lagi. Cuma terdapat satu cara yang bagi saya kurang bersesuaian bagi mempromosikan pakaian menggunakan email yang dinyatakan dalam buku tersebut. Secara keseluruhan buku ini bagus bagi mereka yang ingin buat duit dengan menjual pakaian.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan buku ini, boleh dapatkanya melalui link dibawah.

Beli Buku Online! Mudah & Jimat!

Popularity: 21% [?]

10 Idea Buat Duit Dari Rumah

October 27th, 2010 | Tags: ,
YouTube Preview Image

Popularity: 18% [?]

Wang & Anda

October 21st, 2010 |

Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya miliki audio cd Wang & Anda  ni. Walaupun tiada CD Ori dapat jugaklah dengar versi penuh. Sudah agak lama juga saya tidak mendengar apa-apa berita tentang audio cd Wang & Anda ni di blog Irfan Khairi.

Akhirnya dapat jugak dengar audio ni yang dihadiahkan IK kerana menghadiri Mini Worksyop Anda Layak Berjaya.

Seingat saya pun tidak pernah terserempak dengan CD ini dimana-mana kedai yang saya pergi. Kalau terjumpa memang saya akan beli punya. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan CD audio ni mungkin boleh bertanya kepada IK di blog beliau.

Saya kongsikan salah satu ilmu yang saya dapat dari audio ini iaitu maksud kekayaan

Kekayaan = Berapa yang anda simpan setiap bulan

Popularity: 12% [?]