Anda Layak Berjaya

October 17th, 2010 | Tags: , ,

Semalam 16.10.2010 dengan izin Allah saya dapat meluangkan masa menghadirkan diri ke mini worksyop “Anda Layak Berjaya” pada  jam 2.00 petang di Hotel Herritage, Ipoh. Ianya dianjurkan oleh Peoplepreneur Business School yang diasaskan oleh Dr Irfan Khairi, Dr Azman Ching & C M Lee, Allen.

Slot pertama adalah tayangan video oleh IK, kemudiannya penerangan dari Mr Jeff kemudian sesi networking (tukar-tukar kad bisnes) & bicara santai bersama IK.

Kiranya ini adalah kali ke 2 saya berjumpa Dr Irfan Khairi.

Banyak jugak ilmu yang saya dapat dari mini worksyop walaupun ianya percuma.  Semasa sesi Bicara Santai bersama IK. Ada 3 soalan yang diutaran oleh IK lebih kurang macam ni lah soalannya.

1. Apakah matlamat yang paling besar yang boleh anda capai?

2. Kalau anda boleh setkan jadual harian anda, bagaimana anda setkannya?

3. Kalau ada ada 6 bulan untuk hidup, apakah yang anda lakukan?

*Sila tulis diatas kertas dan nyatakan jawapan anda sendiri.

Diantara perkara-perkara yang dikongsikan IK

  • Perniagaan tanpa modal
  • Tool membuat kajian
  • Mengenai persaingan dalam perniagaan

Di akhir sesi Bicara Santai IK, seperti pengalaman yang lalu IK menyatakan

“Saya doakan kejayaan anda & anda doakan kejayaan saya juga”

Anda boleh melihat tarikh mini woksyop seterusnya dilaman web berikut http://andalayakberjaya.com

Bagi saya peluang dapat menyertai mini woksyop sebegini dan dapat berjumpa dengan ikon jutawan bukanlan mudah kerana mereka sentiasa sebuk dengan jadual yang sungguh padat disamping itu harga bagi satu-satu seminar bukanlah murah. Tetapi saya tetap percaya pada artikel tempat yang paling baik untuk melabur.

Popularity: 12% [?]

Budak 7 tahun dapat RM749,903 dalam 30 minit

August 3rd, 2010 |

HOLT, Britain – Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Kieron Williamson mendapat £150,000 (RM749,903) dalam tempoh 30 minit dengan menjual 33 lukisan yang dihasilkannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Jualan lukisannya pada minggu lalu telah menarik ramai pembeli sejauh Arizona, New York dan Afrika Selatan dengan beberapa orang lagi membida dengan menggunakan telefon dari seluruh dunia.

Satu pasangan dari Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) sanggup berkhemah selama dua hari di luar galeri di bandar Holt, Norfolk bagi memastikan mereka hadir pada pameran lukisan ketiga budak tersebut pada Jumaat lalu.

Antara gambar yang dilukisnya termasuk lukisan cat sebuah gereja, itik dan lukisan air beberapa nelayan memunggah hasil tangkapan.

Pada musim panas lalu, semasa berumur enam tahun, dia mengadakan pameran lukisan pertama dengan 19 lukisannya terjual dengan hasil jualan £14,000 (RM70,007).

Bakat Kieron dikesan dua tahun lalu apabila dia mewarnakan gambar dinosaur oleh ibu bapanya.

Namun, pada satu percutian, dia mula menghasilkan lukisan bot di dalam air selepas dibawa ke pelabuhan.

Ibu bapa Kieron kemudian mendapatkan pendangan pelukis tempatan dan pemilik galeri dan mereka mengesahkan Kieron mempunyai bakat untuk mencampurkan warna semasa melukis. – Agensi

Popularity: 19% [?]

Produk hati kecewa

May 30th, 2010 | Tags: , ,

SEORANG suami yang kecewa menjadi sensasi Internet apabila dia bertindak balas terhadap isteri yang meninggalkannya dengan menggunakan pakaian pengantin wanita itu untuk dijadikan pelbagai kegunaan harian.

Dan selepas membiarkan pakaian sutera itu di rak biliknya di Tucson, Arizona selama beberapa bulan, Cotter mula bertindak. Dia melancarkan laman web dengan nama ‘Pakaian Pengantin Bekas Isteri Saya,’ dan berusaha menggariskan 101 kegunaan untuk pakaian itu.

Setakat ini, dia sudah berjaya menyenaraikan 23 kegunaan, dari menjadikannya alas untuk senaman yoga hingga ke penapis pasta. Dia turut menggunakan pakaian sutera itu sebagai pembungkus ais, tali skip dan sepanduk sukan.

Dengan topeng Darth Vader, Cotter juga membuat orang-orang menggunakan pakaian pengantin itu. “Projek ini seolah-olah dapat mengubati kekecewaan saya. Tidak ada yang senang atau menyeronokkan mengenai perceraian. Saya akan berkongsi pengalaman saya dan pada masa sama menghiburkan diri dengan mereka beberapa kegunaan kreatif daripada pakaian ini.” Cotter mengaku kecewa apabila isterinya yang dikenali sejak di bangku sekolah lagi mengambil keputusan meninggalkannya Julai lalu.

Read the rest of this entry »

Popularity: 26% [?]

Buku kosong yang terjual 1 juta naskah.

May 4th, 2010 | Tags:

Dr. Alan Francis adalah nama penanya sahaja. Buku ini telah terjual sejuta naskah di seluruh dunia dan didalamnya hanya mempunyai helaian buku yang kosong tanpa sebarang cetakan. Buku tersebut bertajuk Everything Men Know About Women. Yang pasti kulit bukunya sahaja yang banyak dikemas kini untuk edisi terbaru.

Kalau lihat di amazon kulit bukunya agak lebih menarik. Sungguh kreatif. Bagaimana beliau boleh menjual buku seperti ini dengan bukan cara pemasaran tradisional di kedai-kedai buku.

Walaupun ianya agak pelik dan merugikan bagi saya, teringin juga memiliki buku kosong ini sebagai koleksi buku dan motivasi.

Anda boleh melayari laman web pemilik idea mencipta buku ini di cindycashman.com

Popularity: 24% [?]

Adakah Rumah Anda Aset?

May 2nd, 2010 |

Popularity: 19% [?]

Riba

March 23rd, 2010 | Tags:

Popularity: 20% [?]

Keuntungan 100%

February 26th, 2010 | Tags: ,

Baiklah pada hari ini saya ingin membuat post mengenai peluang perniagaan yang memberikan pulangan perniagaan sehingga 100%. Peluang perniagaan yang saya maksudkan adalah berasaskan produk sistem habahan sms. Bagaimana anda boleh mendapat pulangan sehingga 100%. Ada caranya. Sila perhatikan gambar rajah di bawah.

1. Untuk mendapatkan pulangan sehingga 100% hanya ditawarkan kepada reseller yang mendaftar bagi pakej Extreme 500 atau Extreme 1000.

2. Dengan menyertai salah satu dari pakej diatas, dengan hanya memperkenalkan kepada 2 orang kenalan anda, anda akan mendapat semula modal yang telah anda laburkan untuk menjadi reseller hyprobulksms ini.

3. Apabila anda memperkenalkan rakan anda yang ketiga pula, yang dikenali sebagai Power Line anda akan menerima komisyen sebanyak 100%

Diatas adalah penerangan ringkas plan pemasaran bagi produk Hyprobulksms. Dari segi produknya pula, anda boleh menggunakan sistem menghantar pesanan ringkas SMS kepada rakan, ahli kelab, ahli persatuan atau pun komuniti yang mempunyai ramai ahli untuk menyampaikan sesuatu maklumat  dalam masa yang singkat. Boleh tonton video di sebelah.

Download report percuma “Buat Duit Dengan SMS” untuk maklumat lanjut http://www.smsjer.com

Popularity: 21% [?]

Hosting oh Hosting

February 12th, 2010 | Tags:

Sudah masuk bulan Februari rupanya oh… Tiada sebarang post untuk bulan Januari. Sebenarnya banyak jugak post yang dibuat, bukan di sini tetapi di blog baru http://www.jutawanebay.com

Sejak dari akhir tahun lepas sehinggalah hari ini sudah masuk 3 kali saya bertukar hosting. Bermula dengan hosting pertama ni, namanya penyedia hosting agak terkenal jugak lah.  Menawarkan 45 hari pemulangan wang sekiranya tidak berpuas hati. Saya telah mencuba hosting ini selama 5 hari tetapi saya masih tidak berjaya memindahkan keseluruhan fail web saya ke server mereka. Tiada sebarang sebab yang diberikan oleh pihak  penyedia hosting mengenai masalah yang saya hadapi.

1. Support tickets yang dihantar, ada yang ditutup tanpa berbalas.

Mungkin sangat baru lagi saya mencubanya tapi tiada sebarang penjelasnya diberikan. Support tickets yang dihantar hanya berbalas sekali kemudian terus senyap.

2. Saya telah membuat pembatalan akaun hosting tersebut tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak penyedia hosting. Kalau taknak pulangkan duit saya semula tak payahlah taruh logo 45 hari wang dikembalikan.

kemudian berpindah ke hosting ke 2 yang sangat murah. Sebenarnya perkhidmatan hosting ini pernah saya gunakan pada awal pembabitan saya dalam menggunakan hosting berbayar. Pada masa dulu harganya tidak semurah sekarang. Oleh kerana masalah sering mengalamai server down berpindah pula ke hosting ke 3.

Read the rest of this entry »

Popularity: 27% [?]

Import Dari China

December 30th, 2009 | Tags: ,

Bagi mereka yang ingin mendapatkan pembekal bagi barangan yang ingin dijual boleh mencuba membaca ebook Import Dari China. Di dalam ebook ini ada akan diberikan panduan dan juga tip bagaimana anda boleh menjalankan kerjasama dengan pembekal barangan dari China. Saya telah pun membacanya.

Di dalam ebook ini anda akan diberikan panduan bagi mereka yang tidak tahu bagaimana berkomunikasi dengan pembekal dan anda juga diberikan contoh ayat yang boleh anda karang di dalam email untuk berurusan dengan mereka.

Bagi anda yang tidak mahu mengimport barangan terus dari pembekal pula boleh juga menggunakan kemudahan drop shipping. Salah satu laman web yang menyediakan kemudahan drop shipping adalah seperti  artsnow.com. Jadi anda tidak perlu risau mengenai bagaimana untuk menyimpat stok barangan yang banyak.

Saya juga banyak mendapatkan barangan dari China ini kerana ianya adalah sangat-sangat murah berbanding di Malaysia walaupun begitu saya hanya mendapatkan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mengapa ianya sangat murah? Anda boleh mengetahui jawapannya di dalam ebook ini.

Terdapat beberapa laman web yang boleh ada lawati bagi mencari pembekal bagi produk yang ingin ada jual salah satu laman web yang boleh anda kunjungi adalah alibaba.com

Read the rest of this entry »

Popularity: 41% [?]

Coming to the City

December 18th, 2009 | Tags: , ,

Saya telah menonton dokumentari pendek yang bertajuk Coming to the City yang mengisahkan 4 orang anak muda dari 4 buah benua yang bertekat untuk berhijrah ke bandar besar.

  • Dong Bing yang cuba memulakan hidup baru di Shanghai akhirnya terpaksa pulang ke kampung disebabkan duitnya hampir habis untuk mendapatkan kerja.
  • Seperti apa yang saya dapat jangkakan Maria pula mendapatkan kerjanya demi menyara anak-anaknya,
  • Nick impiannya: menjadikan sebagai bintang muzik di Broadway.
  • Kisah Andala lebih menarik kerana mendapat kerja pada hari ke 5 dan seterusnya 5 bulan kemudian sudah mempunyai 2 pekerjaan.

Dibawah adalah maklumat yang saya ambil dari laman metropolistv.

Kami telah bermula dengan episod panjang tambahan: di seluruh dunia kita mengikuti empat anak muda di empat benua yang telah memutuskan untuk berpindah ke bandar besar.

Episode ‘Datang ke Kota’ adalah sebahagian daripada seminggu yang didedikasikan untuk ‘abad bandar’, dan di dalamnya kita mengikuti Dong Bing, Maria, Andala dan Nick. Mereka memuat terjun untuk membina kehidupan baru di bandar besar, semua dengan pekerjaan yang berbeza. Pendatang baru ini diikuti selama enam bulan dan dalam dokumentari ini kita melihat ada yang berjaya dan ada yang tidak.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1431… Semoga kita sama-sama dapat berhijrah dari kehidupan yang baik kepada kehidupan yang lebih baik lagi, Insyallah.

Popularity: 19% [?]