Bapa Kaya Bapa Miskin

December 12th, 2009 | Tags: , , ,

Baru-baru ini saya membaca semula buku yang telah lama saya beli iaitu Rich Dad Poor Dad buat kali ke 2. Oleh kerana lama dah maca maka banyak juga lah yang terlupanya.

Talian internet juga tidak membenarkan saya melayan facebook membuat update blog  sejak dari hari raya haji hari hinggalah ke hari ini, baru lah talian ok sedikit kelajuannya. Oleh kerana internet sekejap ada kejap takde ditambahkan lagi update terbaru dari Majalah IM menyebabkan saya membaca buku ini semula.

Robert T. Kiyosaki belajar dari kedua-dua bapanya dari umur 9 tahun. Bapa kayanya telah mengajar beliau sehingga berumur 39 tahun. Apa yang beliau dapati sepanjang 30 tahun tersebut terdapat 6 pelajaran yang diulang-ulang oleh bapa kayanya.

Pelajaran 1 : Orang kaya tidak bekerja untuk wang.

Pelajaran 2 : Mengapakah perlu tahu tentang kewangan?

Pelajaran 3 : Mengusahakan perniagaan sendiri.

Pelajaran 4 : Sejarah cukai dan kuasa syarikat.

Pelajaran 5 : Orang kaya mencipta wang.

Pelajaran 6 : Bekerja untuk belajar – Jangan bekerja untuk wang

Menonton semula video di bawah.

YouTube Preview Image

Read the rest of this entry »

Popularity: 26% [?]

Spam

November 27th, 2009 | Tags:

Baru-baru ini saya telah pun mewujudkan sebuah forum. Forum tersebut telah saya wujudkan bagi mereka-mereka yang ingin memperkenalkan produk kepada saya. Maka lepas ni kalau nak promosikan apa-apa barang boleh lah terus ke laman forum berikut bicaraproduk.com. Tak perlu lagi menghantar email spam ke dalam akaun email saya kerana saya akan menandakannya sebagai spam. Kalau alamat email yang telah ditanda sebagai spam, maka lepas ini ianya lebih mudah terus masuk ke dalam folder spam akaun email saya.

Tak tau kenapa sejak kebelakangan ini saya banyak menerima email spam. Saya rasa kemungkinan besar disebabkan oleh laman facebook yang memaparkan alamat email di profail pengguna. Peluang bagi mereka yang menghantar email spam yang bertopengkan email jemputan tidak akan saya endahkan.

Jadi lepas ini sekiranya anda mempunyai sebarang produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan kepada saya atau kepada pengunjung blog ini boleh lah membuat post topik iklan anda di http://bicaraproduk.com tak kene bayar pun percuma sahaja. OK.

Selamat Hari Raya Korban…

Popularity: 14% [?]

Strategi IKEA

November 21st, 2009 | Tags: ,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan ada tentang strategi yang dilakukan oleh seorang peniaga dari Sweden, Ingvar Kamprad iaitu pengasas IKEA, rangkaian kedai perabot yang terbesar di dunia. Bagaimana Kamprad memikirkan cara untuk menawarkan perabot yang berkualiti pada harga yang lebih rendah. Strategi penjimatan kos beliau adalah gabungan 5 strategi berikut.

  1. Membuat pesanan daripada pengeluar dalam kuantiti yang banyak untuk menurunkan kos barang bagi setiap unit.
  2. Prabot direka dalam bentuk knockdown supaya mudah diangkut ke dalam gudang.
  3. Menjimatkan kos penghantaran apabila pelanggan melihat lalu membeli, serta mengambilnya sendiri daripada bahagian stor untuk dibawa pulang.
  4. Pelanggan memasang sendiri perabot mereka, oleh itu kos pemasangan dapat dijimatkan.
  5. Gedung IKEA beroperasi mengikut konsep margin keuntungan yang rendah pada kuantiti yang tinggi.

Kesemua strategi tersebut membolehkan IKEA menawarkan harga sebanyak 20% lebih murah berbanding pesaing mereka dan membuat keuntungan yang cukup besar.

Popularity: 12% [?]

Rahsia Jutawan eBay

November 13th, 2009 | Tags: ,

phpThumb_generated_thumbnailjpg Rahsia jutawan ebay adalah buku terbaru yang selesai saya baca. Tidak seperti apa yang saya gambar mengenai buku ini iaitu menunjukkan teknik yang lebih advan dalam menjana pendapatan di ebay.

Buku ini juga bagi saya terlalu panjang dan tidak begitu banyak gambar yang boleh dilihat. Mungkin disebabkan oleh buku penulisan bersama oleh Stuart Tan & Benjamin Marc Wee. Saya dapat rasakan bab permulaan didalam buku ini dan bab akhir sekali ditulis oleh Benjamin Marc Wee dan Stuart Tan pula menulis di bab-bab di tengah buku ini. Itu hanya pada tekaan saya sahaja. Sebab saya beranggapan demikian kerana bab permulaan dan bab akhir buku ini ada menyelitkan hal peribadi yang dilakukan oleh penulis dan bab ditengah-tengah hanya banyak menceritakan tentang surat jualan ataupun minisite.

Setahu saya Stuart Tan pakar dalam Neuro-linguistic programming (NLP) dan bab di tengah buku banyak menceritakan tentang menulis surat jualan daripada atas iaitu tajuk yang menarik sehinggalah menulis PS di surat jualan.

Read the rest of this entry »

Popularity: 12% [?]

Site Info Alexa

November 8th, 2009 | Tags:

Saya tertarik mengenai artikel yang terbaru oleh problogger saudara rohaizad mengenai penipuan statistik traffik. Di mana ada pemilik-pemilik laman web/blog mendakwa mempunyai traffik yang tinggi tetapi apabila di rujuk kepada alexa.com tidak seperti apa yang didakwa. Jadi berhati-hatilah kepada pengiklan yang ingin mendapatkan ruangan tapak ruangan pengiklan produk anda. Jangan bazirkan wang anda untuk mendapatkan trafik dari web/blog/lain2 tanpa ada mendapatkan statistik sebenar mengenai trafik dari laman web tersebut.

Di bawah ini adalah merupakan site info dari Alexa.com mengenai blog saya ini. Anda boleh membuatnya sendiri di sini.

Dari pada statistik diatas anda dapat mengetahui Traffik Rank : (Populariti di Malaysia)  dan Links In : (Bilangan Link ke Blog ini). Apa yang saya faham dari statistik alexa.com diatas ianya dikira mengikut negara masing-masing. Saya sendiri sudah lama tidak melihat dan mengendahkan statistik dari alexa.com ini sebenarnya.

Saya sendiri juga ada menyediakan ruangan pengiklanan dan memberikan statistik untuk pengiklan berdasarkan unique visitor dari tool yang disediakan oleh penyedia hosting sahaja. Sememangnya statistik traffik tersebut dapat membantu pengiklan untuk membuat keputusan. Pastinya selepas ini saya akan menambah statistik dari alexa juga untuk menambah keyakinan pengiklan.

Mungkin selepas artikel ini anda juga boleh menggunakan kemudahan alexa.com untuk mengkaji sendiri keboleh percayaan mengenai traffik yang masuk ke laman web tersebut. Menggunakan http://www.alexa.com/siteinfo

Popularity: 8% [?]

Strategi Bisnes Manchester United

October 17th, 2009 | Tags: ,

muSebenarnya tidak pun merancang untuk membeli buku ini terlebih dahulu tetapi disebabkan oleh faktor penjenamaan Manchester United (MU) yang begitu terkenal sekali menyebabkan saya membeli juga buku ini.

Seperti apa yang terkandung di bab akhir buku ini menyatakan bahawa MU telah pun memastikan bahawa para peminat mereka telah membeli jenama MU terlebih dahulu sebelum menjual produk mereka yang pelbagai.

Secara keseluruhan buku ini sangat bagus bagi para usahawan yang ingin memperkasakan jenama mereka. Bagi saya penulis telah berjaya membongkar banyak rahsia dan strategi yang diguna pakai oleh MU bagi menjadi jenama besar pada hari ini.

Banyak fakta-fakta menarik mengenai MU dari mula ianya ditubuhkan sebagai sebuah kelab bola sepak terkaya di dunia. Bagi MU, sejak dari penubuhannya sehingga kini, seramai 21 orang telah memainkan peranan sebagai pengurus dengan 2 pengurus yang dianggap terbaik iaitu Sir Matt Busby & Sir Alex Ferguson.

Banyak lagi maklumat yang boleh anda perolehi dari buku ini terutamanya bagaimana MU mengukuhkan kewangan mereka dan menggunakanpelbagai sumber pendapatan seperti :

  1. Penajaan
  2. Stadium Old Trafford
  3. Merchandising
  4. Penjualan Tiket
  5. Hak penyiaran

dan banyak lagi…

P.s : Tidak hairanlah sekiranya ramai penjual di ebay yang akaunnya digantung kerana menjual baranganan custom design MU seperti mouse pad, jam tangan, mug  dan lain-lain lagi.

Popularity: 6% [?]

Buat Duit Dengan eBay

September 25th, 2009 | Tags:

ebay Buku yang terkini dalam koleksi saya adalah Rahsia Buat Duit Dengan eBay. Walaupun saya telah menjalankan beberapa tansaksi di ebay rasanya tidak lengkap kerana tidak memiliki buku ini.

Pada pendapat saya buku ini sangat sesuai bagi mereka yang masih baru di ebay. Ini kerana penerangan dan gambar yang ditunjukkan di dalam buku ini sangat mudah untuk difahami.

Alhamdulillah dengan panduan yang ditulis oleh En Azahar Abdul Rahman ini saya berjaya membuat jualan di ebay, berbanding dengan sebelum ini hanya membeli barang sahaja. Bagi usahawan internet yang menjalankan perniagaan untuk pasaran tempatan, anda boleh mencuba menjual barang di ebay Malaysia http://www.ebay.com.my. Anda juga boleh menyenaraikan barangan yang ingin dijual secara percuma di ebay Malaysia.

Di sini juga saya kongsikan dengan anda sebuah ebook yang menceritakan tentang drop shipping anda boleh downloadnya di sini. Terdapat juga satu topik perbincangan yang banyak maklumat yang boleh anda perolehi di forum perbincangan WC yang bertajuk Diari Usahawan eBay Berhingus.

Teringat masa pertama kali melakukan melakukan pembelian di ebay. Orang pertama yang memberikan feedback ialah saudara Eruwan Garry. Thanks bro.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Teringat masa pertama kali melakukan melakukan pembelian di ebay. Orang pertama yang memberikan Positive feedback ialah bro Eruwan Garry.

Popularity: 7% [?]

MiniTask Memudahkan Kerja Anda.

September 7th, 2009 | Tags:

Saya ingin berkongsikan dengan anda satu perisian yang dikenali sebagai MiniTask. Saya yakin anda juga pernah menghadapi masalah seperti terlupa tugasan yang perlu anda lakukan pada setiap hari. Ada kalanya juga terlalu banyak meluangkan masa pada mesin ajaib sebab tak tau nak buat apa pada hari tersebut. Walaupun senarai kerja anda ada ditulis pada buku kadang kala terlupa nak buka buku atau pun telah dibawa lari oleh anak anda.  (kisah benar) ;)

minitask

Anda boleh memuat turunnya di sini. Download MiniTask.

Selamat Bercuti Sempena Peristiwa Nuzul al-Quran.

Popularity: 3% [?]

Panduan Forum Versi 1.2

September 2nd, 2009 |

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga saya menyiapkan versi update Panduan Asas Membina Forum. Versi terkini ini agak banyak juga perubahan dan kandungan yang telah ditambah.

Insyaallah sekiranya tiada masalah harga baru untuk produk ini akan diperkenalkan pada hari Isnin minggu hadapan. Iaitu pada 7.9.09. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ebook yang saya tulis ini pada harga yang lama boleh mendapatkannya sebelum tarikh tersebut di laman web berikut http://www.maizul.com/panduanforum

Bagi yang telah mendapatkan produk ini sebelum ini, dapatkan versi kemaskininya  secara percuma dari email yang telah saya hantar.

Popularity: 2% [?]

Cara Nak Upgrade WordPress

August 23rd, 2009 | Tags: ,

Lama tidak menulis sehinggakan wordpress versi terkini 2.8.4 sedangkan saya masih lagi menggunakan wordpress versi 2.7.1 punya lah jauh ketinggalan dengan rakan-rakan blogger yang lain.

Mungkin saya juga boleh dikategorikan sebagai “bargain hunters” di lelong.com.my dan ebay.com sejak saya tidak menulis apa-apa di blog ini. Nak tau apa itu bargain hunters boleh ke blog Dr Irfan Khairi. Setiap seminggu pasti ada barang yang di beli di lelong atau pun ebay. Paling kurang pun 2 barang seminggu. Ini kerana terdapat banyak pilihan dan peniaga di sana walaupun kos penghantaran di tanggung oleh pembeli tetapi kosnya masih lagi murah berbanding di kedai atau pasaraya biasa ditempat.

Ok. Berbalik kepada wordpress. Bagaimana cara nak upgrade wordpress sampaikan saya pun hampir lupa macam mana nak upgrade. Walaupun ada pakai plugin automatik tapi sudah tidak berfungsi lagi. Langkah-langkah yang sering saya lakukan semasa saya melakukan upgrade secara manual telah pun saya tuliskan tutorialnya. Boleh download kat sini.

Popularity: 2% [?]