Tuesday, 15 January 2019

Pemerhatian dan membuat inferens

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya akan berikan sedikit panduan atau penerangan kepada pelajar untuk menjawab soalan pemerhatian dan bagaimana cara untuk membuat inferens.Baiklah, kita mulakan dengan pemerhatian terlebih dahulu.
Pemerhatian ialah apa yang diperhatikan dengan menggunakan deria mata, telinga, sentuhan, bau dan lidah untuk mengesan perubahan keadaan asal lalu dibuat perbandingan terhadap sesuatu ujikaji, fenomena, gambarajah, jadual, graf,carta dan pernyataan ayat. Sebagai contoh,cuba perhatikan gambarajah di bawah.
contoh pemerhatian yang boleh diberikan berdasarkan gambar tersebut ialah
1. lembu A lebih kecil daripada lembu B.
2. lembu B lebih besar daripada lembu A.
Baiklah, sekarang kita akan teruskan lagi dengan bagaimana cara untuk membuat inferens.Tetapi sebelum itu,mari kita fahami apa yang dimaksudkan dengan inferens.Inferens ialah suatu penerangan/sebab yang logik berdasarkan Pemerhatian yang telah dibuat terhadap sesuatu fenomena/peristiwa.
Inferens terbahagi kepada dua iaitu :-
1. Inferens bebas/tidak terkawal - Sebarang Penerangan/Sebab/Alasan yang logik diperolehi daripada pengetahuan sedia ada, pengalaman lalu, atau pembacaan. Biasanya mempunyai lebih daripada 1 jawapan.

Sebagai contoh
Pemerhatian:
1. Lembu A lebih kecil daripada Lembu B
2. Lembu B lebih besar daripada Lembu A

Nyatakan satu inferans berdasarkan pemerhatian yang telah diberikan.
1. Lembu A tidak mendapat makanan yang cukup berbanding Lembu B.
2. Lembu A baka yang kecil berbanding Lembu B.
3. Lembu A berpenyakit berbanding Lembu B


2. Inferens Terkawal/Jitu – Penerangan / Sebab /Alasan jelas yang telah ditetapkan dengan jawapan yang terhad. Jawapan bagi Inferens Terkawal boleh dirujuk kepada Pembolehubah Dimanipulasi (PM).

Contoh:
Gambar di atas menunjukkan seekor lembu yang diternak dalam tempoh lapan minggu

Pemerhatian
Lembu lebih besar berbanding minggu pertama

Inferens
1. Mendapat makanan yang berkualiti berbanding sebelumnya.
2. Kandang lebih bersih berbanding sebelumnya.
3. Mendapat rawatan penyakit berbanding sebelumnya.

PM(Inferens) merupakan penerangan/punca/sebab terjadinya perubahan dalam PB(Pemerhatian).

Sumber : Cikgu Nizam

No comments:

Post a Comment

Pemerhatian dan membuat inferens

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ini saya akan berikan sedikit panduan atau penerangan kepada pelajar untuk menjawab soalan peme...